Wednesday, 26 September 2007

Makna bacaan dalam solat ..really good info ..worth it

Allah Maha Besar

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.




"wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup
keNerakamu....kami lah hamba yang mengharap belas darimu ."ya allah
jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua
ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal
dunia"

Sunday, 8 July 2007

Jaga hidayah, petunjuk Allah

MANUSIA memang cenderung menjaga sesuatu yang dianggap berharga. Sebaliknya kita akan membuang sesuatu yang dianggap tidak berharga. Semakin bernilai sesuatu semakin bersungguh kita menjaganya.

Sesetengah manusia sangat menjaga hartanya kerana dianggap hartanya sangat berharga. Ada pula sentiasa menjaga dan merawat mukanya supaya kelihatan awet muda kerana cantik adalah segalanya.

Ada juga bermati-matian mempertahankan kedudukan kerana itu dianggap bernilai dan kalaulah begini perilaku kita, rupanya kita masih menganggap material (kebendaan) adalah segala-galanya.

Namun, ada juga yang bermati-matian menjaga hidayah dan petunjuk yang Allah anugerahkan. Orang yang seperti ini berkeyakinan hidup ini tidak akan selamat sampai muara ketenangan di akhirat kecuali hanya dengan bekalan taufik dan hidayah Allah.

Taufik dan hidayah sangat penting di dalam diri manusia. Pernah suatu ketika seorang yang dibutakan matanya dalam permainan diminta supaya berjalan, tiba-tiba menangis.

Dia berasa langkahnya berisiko, mungkin terpelecot, bimbang terhantuk atau jatuh tangga. Begitulah akibatnya sekiranya tidak mendapat panduan.

Orang yang yang berjalan tanpa arah sentiasa berada dalam cemas, takut, bingung. Tidak sedikit orang kaya yang menderita dengan kekayaan. Bagaimana kekayaan yang melimpah semakin membuatnya sengsara.

Pendek kata orang yang jauh daripada petunjuk Allah dan al-Quran, apa pun diberikan Allah kepadanya pasti hanya akan membuatkan dirinya hina.

Harta, pangkat, kedudukan atau penampilan kalau tidak diiringi dengan ketaatan pasti akan menyiksakan.

Kemerdekaan yang kita kecapi sekarang jika tidak diiringi dengan ketaatan kepada Allah membuatkan kita mudah lalai. Negara saja merdeka tetapi jiwa tidak, malah ditawan syaitan.

Sedarlah, syaitan adalah penjajah yang tidak pernah berputus asa. Dalam satu perisytiharan, menurut hadis Rasulullah s.a.w, syaitan pernah berkata: "Demi kebesaran-Mu, aku bersumpah wahai Allah, aku tidak akan berpisah dengan anak Adam selagi nyawanya masih di badan.”

Bayangkan kesungguhan syaitan, isytihar perang dengan manusia. Kalau kita masih main-main, mudah tertipu.

Syaitan ibarat tukang joget atau penari. Dia akan menari ikut muzik. Kalau dondang sayang ada lenggoknya, kalau lagu rock pandailah dia meloncat...maknanya syaitan tahu sasarannya kalau orang alim begini caranya, kalau sesatkan pemuda lain caranya, orang kaya lain pula kaedahnya.

Kita memberikan tumpuan kepada yang nampak di mata, yang besar-besar biasanya menjadi tumpuan, yang kecil tidak berapa dipedulikan. Kita kadang kala lupa sesuatu yang tidak nampak itu sangat berharga.

Iman kecil sahaja, tidak nampak tapi sangat berharga. Jadi dalam hidup ini lihat dan utamakan pandangan Allah.

Thursday, 21 June 2007

Lirik Nasyid : Menanti Di Barzakh

Lagu yg menginsafkan setiap yg bergelar manusia.. Satu masa nanti, di situlah tempat kita. Tiada daya yg mampu mengelak dari sakaratul maut. Mampukah kita bayangkan betapa kuatnya suara malaikat Munkar dan Nakir? Mampukah kita menghadapinya?

كُلٌّ نَفسٍ ذَائِقَةُ الْمَوت..

Setiap yg bernafas pasti akan merasai mati..

اللَهُمَّ اخْتِمْ لنا بِحُسْنِ الْخَاتِمَة وَلاَ تَخْتِمْ عَلَيْنَا يَا الله بِسُوءِ الخَاتِمَة..

Ya Allah, matikanlah kami dengan husnul khotimah. Janganlah Engkau matikan kami dengan su-ul khotimah..

Ku merintih, aku menangis,
Ku meratap, aku mengharap,
Ku meminta dihidupkan semula,
Agar dapat kembali ke dunia nyata

Perjalanan rohku,
Melengkapi sebuah kembara,
Singgah di rahim bonda,
Sebelum menjejak ke dunia,
Menanti di barzakh,
Sebelum berangkat ke mahsyar,
Diperhitung amalan,
Penentu syurga atau sebaliknya

Tanah yang basah berwarna merah,
Semerah mawar dan juga rindu,
Tujuh langkah pun baru berlalu,
Seusai talkin bernada syahdu,
Tenang dan damai di pusaraku,
Nisan batu menjadi tugu,
Namun tak siapa pun tahu resah penantianku

Terbangkitnya aku dari sebuah kematian,
Seakan ku dengari,
Tangis mereka yang ku tinggalkan,
Kehidupan disini bukan suatu khayalan,
Tetapi ia sebenar kejadian

Kembali oh kembali,
Kembalilah kedalam diri,
Sendirian sendiri,
Sendiri bertemankan sepi,
Hanya kain putih yang membaluti tubuhku,
Terbujur dan kaku,
Jasad didalam keranda kayu,

Ajal yang datang dibuka pintu,
Tiada siapa yang memberi tahu,
Tiada siapa pun dapat hindari,
Tiada siapa yang terkecuali,
Lemah jemari nafas terhenti,
Tidak tergambar sakitnya mati,
Cukup sekali tak sanggup untuk ku mengulangi

Jantung berdegup kencang,
Menantikan malaikat datang,
Menggigil ketakutan gelap pekat dipandangan,
Selama ini diceritakan,
Kini aku merasakan,
Di alam barzakh jasad dikebumikan

Sunday, 22 April 2007

Tajdid Iman: Takutkan Pencipta suatu kebahagiaan

Bila fikiran bercelaru.. perasaan selalu bertanya, kenapa?.. lantas, hati berkata.. kerana dirimu jauh dengan Allah.. Ya Allah .. ampunkan lah diri ini... semoga diri ini tergolong dari mereka yang sentiasa dekat denganMu.. Amin..

Petikan di bawah di ambil dari Berita Harian Online
....................................................................................................................

ABDULLAH bin Abbas pernah ditanya mengenai keadaan orang yang Khawf (takut) kepada Allah SWT. Beliau berkata: ”Hati mereka sentiasa gembira lantaran takut kepada Allah. Mata mereka bercucuran air mata sambil berkata: Bagaimana mungkin kami dapat menikmati kesenangan sedangkan kematian berada di belakang kami, kubur di hadapan kami dan Hari Kiamat dijanjikan kepada kami. Sementara di atas neraka jahanam jalan kami dan di hadapan Tuhan tempat kami berdiri untuk dibicarakan?”
Bayang-bayang ketakutan sentiasa menghantui kita. Manusia memiliki pelbagai jenis ketakutan. Takut kepada penyakit, takut diceroboh harta bendanya, takut menghadapi musibah, takut kehilangan orang dicintai, takut miskin, takut gagal, takut tua, takut tidak glamor dan pelbagai jenis ketakutan seumpama itu.

Semua itu menjadi sifat semula jadi yang terbentuk dalam diri manusia ketika menghadapi realiti kehidupannya setiap hari. Namun sifat takut yang sebegitu tidak seharusnya menghapus sifat takut paling penting dan wajib dimiliki hamba yang beriman, iaitu sifat takut kepada Allah Taala.

Seperti perkataan Ibnu Abbas tadi, takut kepada Allah SWT menjadikan diri kita gembira menikmatinya. Jika takut kepada realiti ujian duniawi, kita pasti akan berasa sedih dan risau.

Berlainan dengan rasa takut pada Allah SWT yang mendatangkan kegembiraan di hati. Anda pasti boleh membezakan ketika anda menangis kehilangan wang ringgit; adakah sama dengan tangisan ketika bersimpuh di hadapan Allah SWT pada waktu tengah malam yang tiada seorangpun bersama anda kecuali Dia. Anda menangis mengakui kesilapan diri dan datang kepada-Nya untuk bertaubat. Adakah sama tangisan itu?

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Ya Allah! Kurniakanlah hamba mata yang banyak menangis, yang dapat menyembuhkan hati dengan tangisan itu kerana takut kepada-Mu, sebelum mata itu berubah menjadi darah.” – (Hadis Riwayat Imam Al-Tabrani)

Ada beberapa faktor menyebabkan seseorang itu kehilangan rasa takut kepada Allah SWT antaranya:

l Tertipu dengan angan-angannya mengenai rahmat Allah SWT. Syaitan membisikkan ke dalam hati mereka bahawa rahmat Allah SWT itu mengatasi kemurkaan-Nya, oleh itu tiada sebab untuk meninggalkan maksiat.

Al-Imam Ibnu al-Qayyim al-Jauzi dalam kitabnya Talbisul Iblis (Belitan Iblis) menuliskan mengenai keadaan orang yang dibelit iblis laknatullah dalam hal menafikan takut kepada Allah SWT kerana mengharapkan rahmat-Nya.

Berkata Abu Amru bin Al-Ala’: “Diceritakan kepadaku bahawa Farazdaq pernah duduk dengan suatu kaum yang menyebut mengenai rahmat Allah, lalu mereka bertanya kepadanya: Mengapa engkau suka mencaci wanita yang baik dan suci? Dia berkata: Cuba kalian semua fikirkan, kalaulah aku berbuat dosa kepada ibu bapaku, sama seperti aku berbuat dosa kepada Tuhanku, apa pendapat kamu, adakah tergamak kedua-duanya melemparkan aku ke dalam kawah yang penuh api? Mereka menjawab: Tentulah tidak, kerana kedua-duanya mengasihimu! Dia berkata lagi: Aku penuh yakin dengan rahmat Tuhanku lebih daripada keyakinanku terhadap rahmat kedua-dua ibu bapaku!”

Ibnu al-Qayyim menjawab dalam tulisannya dengan menyatakan: “Ini adalah kesilapan, yang pertama dia hanya melihat pada rahmat Allah SWT tanpa mengira azab-Nya. Dia melupakan rahmat Allah SWT itu hanya diberi kepada orang yang bertaubat dan bertakwa seperti firman Allah yang bermaksud: “Dan sesungguhnya Aku Maha Pengampun bagi siapa yang bertaubat.” (Surah Taha, ayat 82)

Firman Allah lagi yang bermaksud: “Dan rahmat-Ku meliputi segala sesuatu dan Aku mencatatkannya untuk orang-orang yang takut (bertakwa).” – (Surah al-A’raf, ayat 156)

Bagaimana mungkin orang yang melakukan maksiat, tidak mahu bertaubat serta menganggap baik perbuatan jahat akan mendapat rahmat-Nya? Dan bagaimana mungkin orang yang kotor dengan dosa dapat disamakan dengan orang yang bertakwa? Alangkah sempitnya akal dan gelapnya hati orang yang mencari alasan untuk menghalalkan kemaksiatannya.

l Berasa yakin amalan yang dilakukan mampu menyelamatkannya daripada api neraka, sehingga dia tidak berasa takut berbuat maksiat di samping ketaatannya itu.

Sembahyang dikerjakan tetapi menghasut dan memfitnah orang jadi kegemaran. Puasa jadi amalan namun sayang nafsu tak dapat dikawal. Ada yang suka bersedekah tetapi gaji pekerjanya tidak dibayar. Dia tidak takut kepada azab Allah SWT kerana yakin sedekahnya boleh membela dirinya.

Sungguh terjadi kecelaruan amal dalam diri manusia begini. Baik dan buruk sama dibuat, dia tak tahu di manakah untung nasibnya bergolek. Syurga atau neraka bergantung kepada timbangan hisabnya. Begitulah bahayanya apabila kita beramal tetapi tidak disertai dengan rasa takut kepada Allah SWT.

Takut bukan bermakna lari daripada-Nya, bahkan semakin hamba takut, semakin dekat dia kepada Allah Taala. Sesungguhnya Allah SWT menjadikan hati mereka gembira merasai nikmat ketakutan kepada-Nya.

Penulis bertugas di Pejabat Mufti Sarawak

Wednesday, 18 April 2007

Otak Kanan

Dapat emails dari abah.. saje nak simpan dalam website kita, coz dah banyak kali dapat, tapi terus lupa bila lama tak baca.. masa dulu2, masa along sorang je, sempat la jugak ummi practise..tapi, sekarang ni rasa tak sempat sangat..
Ingat balik tentang takde masa ni, insaf terasa..coz rasanya masa yang Allah bagi semua sama pada semua orang.. tapi, Allah dah janji jika kita banyak meluangkan masa untukNya, maka Allah akan meluangkan masa untuk kita.. so, kena koreksi balik diri ini.. maybe dah banyak dosa dan sedikit masa yang ummi luangkan padaNya menyebabkan ummi selalu saje terasa takde masa.. Ya Allah .. dekatkanlah diri kami ini denganMu .. Amin..
So, about this article.. read and practise it..

................................................................................................................................

Beberapa minggu lepas boss aku ada cakap kat aku yg dia antaq anak die 2 thn pergi Sichida kelas...yakni kelas yg di uruskan oleh jepun melatih anak-anak befikir menggunakan otak sebelah kanan. Otak sebelah kanan ni lebih efektif sebenarmya dari otak sebelah kiri tetapi kena practise sikitlah penggunaannya. Kelas ni mahal,kalau kelas tadika juanna yg aku nak masukkan tahun depan tu cost nye lebih tinggi dari cost kite satu semester kat ITM, tapi boss aku ni atas kesedaran bahawa ramai sgt cine yang pergi kelas tu utk ajar anak2 depa dan melayu
cuma setengah kerat aje...dia pun bersetuju ngan niat ikhlasnye untuk ajar aku dan staff melayu yg lain.

Aku pun nak korang practisekan bende ni kat anak korang, sebab baru seminggu aku buat kat anak aku...dah nampak keberkesanannya.

1. Sewaktu anak nak tidur atau tidur-tidur ayam, cakap kat die sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia, dia budak baik, dia anak soleh, dia budak
kuat, tak sakit, dia budak pandai dsb. Sbb during tidur-tidur ayam ni otak kanan sedang bekerja, otak kiri dah tidur dah, tapi kena buat seikhlas hati...kalau tengah marah ..tak jadi. kalau anak korang tu dah tidur, ramas-ramas jari atau tangan dia, macam picitlah supaya dia kembali berada dalam tidur2 ayam punya situation. Aku buat kat anak aku sebab die bangun pagi lambat pas tu siap melalak-lalak lagi, aku cakap hari-hari kat dia, dia budak baik, dia suka pergi sekolah, dia budak sihat, dia nak bangun awal....sekarang 6.30 dah bukak mata termasuk sabtu n Ahad.

2. Start guna cards untuk ajar anak. Aku ajar ABC-Z guna card seminggu je,sekarang dah kenal semua huruf dah siap boleh eja perkataan
pendek-pendek..buat card banyak-banyak dan tunjuk kat dia orang
cepat-cepat..macam..a..b..c..d..e, insya Allah cepat die dapat sebab bila kita tunjuk kad laju-laju atau cepat-cepat
otak kanan die bekerja keras untuk tangkap apa benda yang kite tunjuk tu...kita boleh buat card 1,2,3, gambar-gambar...potonglah gambar kat mana-mana dsb.

3. Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan, so ajar anak korang main tanah liat, main water colour, melukis, gunting kertas, origami dsb. memang le kite
yang kene mengemas tapi takpe......... satu lagi cuba korang lukis gambar, contohnye rama2, tapi sebelah sahaja dan suruh die orang sambung lukis ikut apa yg
korang lukis tu kat sebelah lagi...ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan....Korang tau kenapa cine, ngan jepun pandai-pandai....sebab depa
makan guna chopstik...chopstik tu mengaktifkan kerja tangan and as well gerakkan otak kanan.

4. Jgn marah-marah atau tengking anak........sebab depa boleh simpan semuanya dalam otak kiri.......kalau termarah depa, pi balik kat cara no 1 tadi, and mintak
maaf kat die.....

5. Satu lagi develop they all punya imagination by start bercerita kat die orang dan suruh depa sambung cerite tu, walaupun cerita tu memang lah merapu takpa.........kita pun bukan tak biasa merapu.......

6. Main teka-teki ngan they all, taruk satu barang dalam kotak tissue and suruh depa teka apa benda tu. First few times boleh bagi option macam....bagi tau colour, bunyi, lama-lama depa boleh develop six sence by concentrating depa boleh teka apa benda dlm kotak tissue tu........ni semua utk aktifkan otak sebelah kanan. Tapi ingat.....semua game yg hangpa nak buat ngan dia tu cuma boleh buat setengah jam sehari..tak payah lama-lama.

Sebelum buat exercise ni, kena tarik nafas dalam-dalam and relaks...tak boleh buat time tengah nak masak ka, basuh kain ka tengok tv ka, tak jadi....Buat kena ikhlas, and merendah diri sikitlah bila dah terror ini semua satu cara yng Tuhan lagi Maha Mengetahui kalau Dia izin anak kite nak pandai Alhamdulillah tapi kita kena berusaha, dan bersyukur kalau dah berhasil sebab bila2 Dia boleh tarik balik..betui dak......Aku pun tengah try lagi ni...
Lagi satu untuk berkongsi sesama pembaca....

Kaunselor UTM, Dr, Syed Mohd. Shafek pun ada cakap benda yang sama dan dia ada ckp ttg perkataan jangan kat anak-anak. kalau kita banyak sangat guna perkataan jangan kat anak-anak.....itu lah yang anak akan buat.....so lepas nie kena ganti perkataan jangan tu kepada perkataan lain plak...contohnya....Tolong senyap Abang,,,berbanding Jangan bising bang..

Dlm Islam sendiripun menggalakkan kita ibubapa bercakap2/berdoa dgn anak2 ketika mrk dlm proses nak tidur sbb pada ketika itulah di antara waktu2 doa dimakbulkan.

Pintu - pintu



15 Pintu Syaitan Yang Ada Di Dalam Diri Kita

- pintu marah
- cinta dunia
- kebodohan (keengganan menghadiri majlis ilmu)
- panjang angan-angan
- rakus
- bakhil
- suka pada pujian
- riak
- ujub (merasa kagum)
- takut dan gelisah
- buruk sangka
- memandang rendah pada orang lain
- merasa suka pada dosa
- merasa aman daripada pembalasan "ALLAH"
- putus asa daripada rahmat "ALLAH"


15 Senjata Menghalang Syaitan

- Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)
- Banyakkan berzikir
- Banyakan Beristigfar
- Baca "la i' la ha illa anta subha naka inni kuntu minaz zoli min"
- Jangan tidur berseorangan
- Baca doa pagi dan petang
- Bersugi
- Melaksanakan solat jemaah
- Berwudhuk sebelum tidur
- menutup aurat
- Membaca doa masuk tandas.
- Banyak berselawat pada hati
- Bertaubat, beristighfar
- Banyakan baca Al-Quran
- Membaca surah Yassin setiap pagi


Rumah yang Tidak Dimasuki Syaitan


- Rumah yang bersih
- Penghuni membaca "Bismillah" ketika memasuki rumah
- Sentiasa berzikir (ahli rumah menegakkan solat)
- Penghuninya jujur dan memenuhi janji
- Penghuninya memakan makanan yang halal (dan cara mendapatkannya halal)
- Penghuninya mengekalkan silaturahim (sentiasa mesra)
- Rumah yang penghuninya berbakti kepada Ibu Bapa

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Powerade Coupons