Monday, 1 November 2010

Ulama laksana bintang di langit, umpama matahari yang menyinari segala hidupan..

Hati ini cukup tersentuh tatkala membaca rencana yang di tulis oleh Datuk Harussani ini...rintihan yang tulus lahir dari hati yang murni.. dan, tanpa di sedari.. mengalir air mata..sebak di dada..  betapa mulia nya seorang insan yang bernama Ulama'.. dan alangkah beruntungnya mereka yang dapat bersama - sama dengan ulama'..

Sedih dengan keadaan hari ini, yang 'ramai orang' yang seolah - olah menganggap Ulama' hanyalah permainan bagi mereka.. pandangan mereka di perlekehkan.. dan, nasihat mereka tidak di hirau kan.. mengapa begitu?? tidak takut kah dengan bala Allah?.. tidak gerunkah dengan azab Allah??..

Kita mungkin tidak sedar.. dan mungkin tidak pernah terfikir.. bahawasanya keadaan yang aman yang di kecapi oleh kita pada hari ini.. salah satu nya.. adalah datang dari KEBERKATAN doa - doa Ulama' ini??..

Selepas seorang.. dan, seorang lagi akan pergi meninggalkan kita.. sedih. sebak... tidak sanggup untuk berada di kalangan umat akhir zaman yang tidak di huni lagi oleh ulama' ini.. Ya Allah.. selamat kan lah kami dari fitnah akhir zaman ini.. dan, semoga kami sentiasa di kelilingi oleh mereka. Biar mereka yang membetulkan salah kami.. menegur kami di kala kami lalai.. membantu kami sewaktu kami menghadapi kesukaran, dan menunjuki kami cahaya kebenaran.. Bantu kami Ya Allah.. Semoga kami sentiasa berada hampir dengan mereka.. dan sentiasa menjadikan mereka sebagai rujukan kami.. Lindungi lah mereka dari segala bala dan bencana.. dan rahmati lah segala perjuangan mereka.. Ameen Ya Allah..

Semoga bermanfaat buat semua.
Wallahua'lam.

__________________

Oleh Harussani Zakaria


SUATU lagi sejarah tercatat pada tanggal 21 Syawal 1431 Hijri bersamaan 30 September 2010 Masihi ketika umat Islam di seluruh negara malah dunia masih rancak menyambut sambutan hari raya,

saya menerima berita kematian seorang ulama tersohor di negeri Perak yang juga merupakan sahabat karib saya iaitu Tuan Guru Datuk Haji Abdul Latif bin Haji Abdul Rahman. Beliau juga lebih dikenali sebagai Tuan Guru Pak Teh. Beliau merupakan pengasas Pondok Madrasah Ad-Diniah Al Latifiah di Pengkalan Hulu dan juga salah seorang Ahli Majlis Fatwa Negeri Perak. Pemergiannya amat dirasai sehingga kini terutama bagi para pencinta ilmu dan gerakan Islam. Saya mengenali beliau sebagai seorang yang amat istiqamah menyampaikan ilmu, kuat beribadat, tajam hafalan dan begitu komited dalam menyampaikan ilmu kepada masyarakat. Betapa saya melihat sendiri lautan manusia datang menziarah, tanpa disuruh dan dipaksa. Jalan kecil ke pondok pada hari itu terpaksa ditutup kerana lapisan manusia bersesak-sesak mahu menziarahi al-marhum jenazah beliau.

Saya yakin pemergian tokoh ulama seperti Tuan Guru Pak Teh sememangnya meninggalkan ruang kosong dalam masyarakat yang memerlukan ulama dalam memandu kehidupan mereka. Suatu soalan yang ingin saya lontarkan di sini ialah mengapa kematian para ulama disebut sebagai satu ujian kepada kita? Bagi menjawab persoalan ini, saya mengajak para pembaca merenungi sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Imam Bukhari:

“Dari Abdullah bin ‘Amru bin Al ‘Ash berkata; aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah tidaklah mencabut ilmu sekaligus dari hamba, akan tetapi Allah mencabut ilmu dengan cara mewafatkan para ulama hingga bila sudah tidak tersisa ulama maka manusia akan mengangkat pemimpin dari kalangan orang-orang bodoh, ketika mereka ditanya mereka berfatwa tanpa ilmu, mereka sesat dan menyesatkan”.

Imam Ibnu Hajar menyatakan di dalam Kitab Fathul Bari bahawa dari Abu Umamah r.a, ketika mana Baginda SAW menunaikan Haji Wida’ Baginda SAW bersabda : “Ambillah ilmu sebelum ia dicabut atau diangkat.’ Maka para sahabat bertanya, “Bagaimana ilmu itu diangkat?' Jawab Baginda SAW : ‘Ketahuilah, bahawa perginya ilmu itu dengan perginya orang yang menanggungnya ( ulama ).”

Pemergian seorang ulama tidak sama seperti hilangnya seorang doktor, arkitek, peguam mahupun seorang pemerintah. Bukan saya bertujuan mahu memperkecilkan peranan orang lain, namun setiap manusia punya ‘gelanggangnya’ sendiri. Masyarakat yang kehilangan ulama seumpama masyarakat yang hilang arah pedoman hidup. Tiadanya ulama menandakan titik permulaan kehancuran dalam masyarakat. Ketiadaan ulama sebenarnya adalah alamat kepada berlakunya hari kiamat.

Seorang ulama adalah pewaris tugas kenabian sebagai mursyid, murabbi, mudarris, muallim dan muaddib. Tercatat di dalam kitab Tarikh Baghdad diriwayatkan bahawa seorang yang pernah sezaman dengan Imam Syafie r.a menyatakan apabila kami ingin menangis, maka sebahagian dari kami berkata kepada sebahagian yang lainnya “Mari kita pergi bersama-sama kepada pemuda keturunan Bani Muthalib (Imam Syafie) untuk membaca al-Quran. Ketika kami mendatanginya, maka ia mulai membaca al-Quran hingga manusia luluh di hadapannya dan suara tangisan pun akan terdengar. Jika ia mendengar suara-suara tangisan, ia menghentikan bacaannya”.

Seorang ulama adalah laksana bintang di langit yang memandu manusia mencari arah. Di siang hari ulama adalah matahari yang menyinari segala hidupan dengan ilmunya. Oleh kerana itulah Allah SWT telah mengangkat darjat para ulama berbanding manusia yang lain seperti mana firman Allah SWT dalam surah Al-Mujadalah ayat 11 yang bermaksud : “Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha mendalam pengetahuannya tentang apa yang kamu lakukan.”

Banyak ilmuwan bukan bererti banyak ulama

Ketika Imam Abu Hanifah r.a wafat pada tahun 150 Hijriah, lahir juga pada tahun itu Imam Syafie r.a. Maka orang menyatakan telah pergi seorang ulama, tetapi telah datang seorang ulama. Bila Allah SWT mematikan para ulama maka ia ujian bagi umat manusia dalam mencari dan melahirkan generasi ulama baru dalam masyarakat. Kegagalan kita dalam melahirkan dan mengangkat mereka yang selayaknya digelar mahupun dinamakan sebagai ulama akan melebarluaskan ruang kesesatan terhadap umat ini.

Hari ini, ramai dari kalangan anak-anak kita telah dihantar ke universiti di dalam dan luar negara bagi mendalami ilmu-ilmu agama. Secara zahirnya, kita sudah melahirkan para ilmuwan Islam, namun saya berpandangan ia masih belum mencapai tahap sebagai seorang ulama yang hebat. Seorang ulama yang hebat bukan sekadar terbina ilmu dengan timbunan kitab-kitab, tetapi juga perlu menempuh lautan pengalaman. Mereka bukan sekadar penyampai ilmu, tetapi pembimbing dan penasihat. Mereka bijak membawa fatwa untuk diterjemahkan ke dalam dunia hakiki. Setiap katanya adalah mutiara bukannya kaca. Setiap geraknya adalah cerminan adab yang terkandung dalam kitab-kitab. Hidupnya untuk memandu umat bukan dipandu.

Maka adakah para generasi ilmuwan muda pada hari ini mampu mengisi kekosongan ini? Saya bukan pesimistik dengan kehadiran ilmuwan muda hari ini, malah saya sentiasa akan cuba membimbing dan menunjuk ajar mereka sebaik mungkin. Namun inilah cabaran kita hari ini, segulung ijazah adalah permulaan perjalanan untuk menjadi seorang ulama. Terjunlah ke dalam rumpun masyarakat bagi memahami situasi, dengan itu barulah kita mampu menjadi seorang ulama yang hebat.

Cabaran dalam berdakwah

Secara peribadi, saya telah menikmati asam garam dalam kerja-kerja dakwah dan kemasyarakatan dalam jangkamasa yang agak lama. Memegang amanah sebagai Mufti Kerajaan Negeri Perak sahaja sudah menjangkau 26 tahun dan terlibat sebagai Ahli Jawatankuasa Fatwa Peringkat Kebangsaan sudah melangkaui 35 tahun. Saya berserah kepada Allah SWT agar tugasan ini menjadi amal soleh sebagai bekalan saya di akhirat. Terjun dalam arena dakwah memerlukan kesungguhan dan kesabaran yang amat tinggi. Banyak kenyataan yang telah saya keluarkan menjadi bahan cacian dan sendaan pelbagai pihak. Teringat saya kepada kenyataan yang pernah saya nyatakan dahulu bahawa haram hukumnya menonton filem Bollywood. Begitu juga haram menganjurkan program Sure Heboh. Terdapat banyak pihak memberi ulasan yang pelbagai bagi “menghalalkan” filem dan program tersebut untuk dipertontonkan kepada masyarakat. Saya sama sekali tidak pernah akur biarpun didesak oleh pelbagai pihak supaya melihat bahan tontonan dan program tersebut dari perspektif positif, kerana bagi saya pihak berwajib perlu menyajikan kepada masyarakat bahan-bahan yang boleh menambahkan kemantapan aqidah, kekuatan beribadah dan nilai tambah kepada akhlak dan adab. Apatah lagi sajian-sajian tersebut amat digemari oleh generasi pewaris agama, bangsa dan tanah air kita.

Dalam konteks ini, saya ingin menukilkan bahawa alangkah baiknya jika Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dapat memberi ruang kepada para mufti, para agamawan mahupun para cendekiawan Islam bersama-sama memberi idea dan buah fikiran dalam penyediaan garis panduan penyiaran rancangan-rancangan televisyen dan program-program anjuran mereka. Dalam catatan kehidupan saya sebagai mufti khususnya, saya tidak pernah dipanggil secara rasmi untuk dikongsi idea dan pandangan berkenaan hal ini. Pernah para mufti berhasrat untuk bertemu dengan menteri terbabit dan tarikh pertemuan sudah diatur, namun kunjungan kami hanya disambut oleh pegawai dari kementerian terbabit. Dalam hal ini, saya memuji kesediaan Allahyarham Datuk Seri Kamaruddin Mat Isa ketika menjawat jawatan Timbalan Menteri di sebuah kementerian untuk bertemu dan berbincang dengan para mufti terhadap isu-isu yang berlaku ketika itu. Sebagai seorang mufti, saya menzahirkan rasa kecewa kerana keinginan untuk bertemu dengan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan seringkali tidak tercapai sedangkan banyak isu dan permasalahan yang boleh diketengahkan oleh para mufti. Ini satu contoh yang diperturunkan dalam ruangan ini supaya para ulama dan terutamanya para mufti tidak sewenang-wenangnya di labelkan sebagai “bisu” dan “lembab” .

Saya melihat bahawa kegagalan mengawal selia bahan-bahan penyiaran juga merupakan ejen dan penyumbang kepada kerendahan akhlak dan moral para muda mudi dewasa ini. Biarpun terdapat rancangan-rancangan berbentuk keagamaan ditayangkan, namun pada pengamatan saya ia tidak mampu menyaingi rancangan hiburan yang seolah-olah menjadi suatu kemestian untuk disiarkan setiap hari. Pada saya, inisiatif perlu diambil oleh pihak kementerian agar dasar dikaji semula supaya bahan-bahan yang akan ditayangkan dikawal dan disaring agar memenuhi spesifikasi yang ditetapkan oleh syarak. Apakah ertinya melaungkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh sekiranya bahan-bahan tontonan umum tidak menepati penanda aras yang telah ditetapkan oleh Islam?

Mutakhir ini, saya dihubungi oleh pihak media berhubung dengan perancangan Program Transformasi Ekonomi ( ETP ) yang mahu menjadikan Malaysia sebagai hab hiburan bertujuan memaju industri pelancongan negara. Saya difahamkan bahawa program ini akan lebih menyuburkan kegiatan-kegiatan maksiat yang terang-terangan boleh merosakkan akhlak anak bangsa terutamanya di bandar-bandar besar. Biarpun program ini bertujuan menggandakan pendapatan dan akan berlaku peningkatan ekonomi terhadap negara, namun saya menentang keras program ini kerana ia sama sekali tidak menjamin pulangan yang membanggakan terhadap peningkatan akhlak masyarakat. Para mufti, para pendakwah dan para ustaz membanting keringat menyedarkan masyarakat saban hari tentang bahaya maksiat dan dosa, namun dalam masa yang sama aktiviti yang berteraskan maksiat disubur biakkan. Saya mengharapkan agar pihak yang berwajib melakukan kajian semula terhadap cadangan ini dan saya berkeyakinan semua para mufti dan cendekiawan Islam akan bergerak senada dan seirama membantah cadangan ini. Menghindarkan masyarakat dari sebarang kerosakan lebih baik daripada mengubat masyarakat yang sudah rosak dan tenggelam dalam kelalaian.

Sumber : Utusan [ Rencana ]

Sunday, 31 October 2010

Hukum Isteri Meleteri Suami .....

Assalamualaikum semua.

Ada satu artikel menarik yang ummi nak kongsikan dengan semua hari ini. InsyaAllah untuk kebaikan bersama dan di samping dapat kita membetuli segala kesilapan yang mungkin pernah kita lakukan sebelum ini. InsyaAllah..

Artikel ini adalah berkenaan "Hukum Isteri Meleteri Suami ......"

Semoga selepas ini, kita masing - masing akan mengoreksi diri dan memperbetulkan segala niat kita.. segala susah payah kita, jerit perih kita, jangan kita lupa.. ada ganjaran yang sedang menanti.. oleh itu, janganlah kita berkeluh kesah dengan segala ujian, dugaan dan cabaran dalam menempuhi alam rumah tangga kita kerana itu adalah sebahagian dari rencah kehidupan..

Manakala, sabar menghadapi karenah anak - anak yang sekarang yang semakin nakal, merupakan menghapus dosa - dosa kita sebagai ibubapa mereka. Kesemuanya memerlukan kesabaran..

Nasihat buat diri sendiri, semoga kita akan bersama - sama memperbaiki diri ke arah yang lebih baik dan menjadikan matlamat kita untuk menjadi seorang Isteri yang solehah kepada suami kita.. dan ibu yang solehah juga kepada anak - anak kita.. InsyaAllah. Semoga bermanfaat buat semua.. Ameen..

__________________________________________________________

" Abang ni balik je kerja, tak nak langsung tolong saya siapkan kerjarumah. Baca suratkhabar, menghadap TV, itu jelah yang awak tahu. Kita kan sama-sama bekerja bang. Saya pun penat macam abang juga. Sekurang- kurangnyabuatlah air kopi sendiri, bukannya susah pun. Tukarkan lampin anak ke, ringan sikit kerja saya ni. Nak masak lagi. Abang juga yang nak makannanti... pot.. pet.. pot.. pet..... " leter Ina kepada suaminya sejuruskembali dari pejabat masing-masing.


Kalaulah Ina tahu, betapa besar hukuman serta dosanya meleteri suami sendiri,sudah tentu dia tidak akan mengulangi perbuatannya itu. Lebih-lebih lagi, sekiranya Intan menghayati ganjaran pahala yang tidak ternilai kerana berbakti kepada suaminya. Dia tidak akan merasa susah mahu pun penat dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu.


Dewasa ini boleh dikatakan fenomena isteri meleteri suami atau dalam kata lain tidak menghormati suami. Bagaikan sudah menjadi satu perkara lumrah bagi kebanyakkan pasangan, tanpa sedikitpun merasa bersalah melayani mereka seperti adik lelaki sahaja lagaknya.


Apa yang lebih mendukacitakan, apabila ada di kalangan isteri yang menyifatkan menjaga peribadinya dengan bersikap sopan terhadap suami sebagai ketinggalan zaman.


Keadaan ini juga akan menjadi model yang tidak baik kepada anak-anak yang mungkin diwarisi dari satu generasi ke satu generasi lain sehingga akhirnya menjadi satu budaya yang negatif.


Banyak nas al-Quran, terutamanya hadis Nabi yang membincangkan tentang kewajipan isteri mentaati suami, selagi tidak diminta melakukan perbuatan maksiat.


Sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: " Jika sekiranya aku berhak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang yang lain, nescaya akumenyuruh para isteri sujud kepada suaminya. " Hadis tersebut menerangkanbetapa kepatuhan isteri terhadap suami amat diutamakan demi kebaikansesebuah institusi keluarga, sesuai kedudukannya sebagai pemimpin rumahtangga.


Demikian juga halnya ketika junjungan besar Nabi Muhammad s. a. w. mikraj ke langit. Baginda telah dipersaksikan dengan neraka dan penghuninya yang kebanyakkannya terdiri daripada kaum wanita.


Ali Karramallahu Wajhah berkata: " Aku masuk ke rumah Nabi besertaFatimah,aku mendapati baginda sedang menangis tersedu-sedan ." Akubertanya, " Ya Rasulullah, apa yang! membuat anda menangis? "


Baginda menjawab, " Ya Ali, pada malam aku diangkat ke langit, aku melihat kaum perempuan daripada umat ku disiksa di neraka dengan bermacam-macam seksaan. Lalu aku menangis kerana begitu berat seksaan mereka yang aku lihat. "


MENGHERDIK


Baginda antara lain melihat perempuan yang digantungkan dengan lidahnya,sedangkan air panas dituangkan ke dalam tenggoroknya kerana ia telah menyakiti dan menyumpah-nyumpah suaminya.


Ada isteri yang tergamak bercakap kasar malah mengherdik suaminya kerana tidak mendapat apa yang diminta seperti barang kemas, perabot rumah berupaset sofa dan TV rata 29 inci yang menjadi trend semasa.


Lebih buruk lagi perangai si isteri apabila membanding-bandingkan suami dengan jiran tetangga yang mampu menyediakan barangan terbabit, sekali gus dilabelkan sebagai suami mithali. Bukan tidak boleh sama sekali meminta sesuatu daripada suami tetapi janganlah menggesa mereka menuruti kemahuan anda sehingga membebankan dirinya.


Sebaliknya, isteri patut bersyukur kerana berpeluang meraih keredhaan Allah.


Nabi Muhammad s. a. w. bersabda, " Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya. "


Hal ini biasa terjadi kepada suami yang miskin, manakala isterinya pula tergolong dalam orang-orang berada, yang suka mengungkit-ungkit mengenai hartanya, apatah lagi yang telah dinafkahkan kepada suaminya.


Mungkin ia agak sukar untuk dipenuhi apatah lagi bagi isteri yang bekerja,namun percayalah, ia bukan sahaja akan menjadi perkara biasa tetapi juga ringan dan lancar, jika kita menganggapnya sebagai ibadah dan juga satu jihad.


Marilah kita sama-sama merenungi kisah anakanda kesayangan Nabi Muhammad s.a.w. iaitu Fatimah Az-Zahra yang melaksanakan rutin hariannya sebagai seorang suri rumah tangga secara sendirian tanpa pembantu. Fatimah pada suatu hari telah meminta suaminya, Ali pergi menemui Rasulullah s. a. w.dan meminta jasa baik baginda untuk menyerahkan seorang wanita tawanan perang sebagai pembantu rumah.


Rasulullah bagaimanapun tidak dapat memperkenankan permintaan puterinya kerana semua harta rampasan perang termasuk wanita-wanita itu bukan menjadi milik baginda, tetapi milik negara Islam dan kaum Muslimin seluruhnya.


Baginda tidak dapat memberikan sesuatu yang bukan menjadi miliknya.


Permintaan Fatimah itu membimbangkan baginda, bukan kerana tugas berat yangsedang dipikul oleh puterinya itu tetapi disebabkan oleh bayangan keluh kesah seorang isteri yang tertekan akibat tugas-tugas yang perlu di bereskannya.


Pada sebelah malamnya, baginda telah mengunjungi rumah Fatimah dan menyatakan kepadanya: " Apakah kamu berdua (Fatimah dan Ali) suka kepadasatu pemberian yang akan ku berikan ini, sedangkan ia lebih baik daripada apa yang kamu minta siang hari tadi? "


Fatimah amat sukacita mendengarkan tawaran tersebut sekalipun dia tidak mengetahui apa bentuknya. Rasulullah menyatakan kepada Fatimah bahawa hendaklah dia membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar,masing-masing sebanyak 33 kali setiap kali sebelum tidurnya.


Semenjak itu, wirid yang diajarkan oleh Rasulullah telah menjadi amalan anak dan menantunya. Hasilnya, Fatimah mendapati dia tidak lagi menjadi keluh kesah dalam menghadapi apa jua kerja-kerja sehariannya yang berat,malah merasa cukup bahagia melakukannya.


Baginya, segala tugasan yang disempurnakannya sebagai seorang suri rumah merupakan satu amalan yang solehah. Dengan taufik Allah, sesungguhnya walau seberat mana sekalipun tugasan yang menanti di rumah, tidak akan memenatkan selagi steri tidak meletakkan dirinya seolah-olah sama taraf dengan suami, walau setinggi mana sekalipun darjatnya.


Kepada para suami, kita sama-sama maklum, dalam zaman moden yang serbamencabar ini terutamanya di bandar-bandar besar, kita tidak dapat mengelak kos sara hidup yang tinggi sekaligus memerlukan kedua-dua suami isteri keluar bekerja.


Si isteri telah melakukan pengorbanan mencari rezeki tambahan untuk menyara keluarga yang sepatutnya menjadi tanggungjawab suami. Jadi sudi apalah kiranya sang suami bersama-sama meringankan tugas si isteri seadanya. Bukankah Rasulullah s. a. w. telah berpesan supaya para suami berbuat baik kepada isteri mereka. Jikalau isteri taat kepada kalian, janganlah pula menyusahkan mereka.


Nabi Muhammad s. a. w. bersabda yang ertinya: " Orang-orang yangterbaik daripada kamu sekalian adalah yang lebih baik dalam mempergaulikeluarganya dan saya adalah yang terbaik dalam mempergauli keluargaku. "


Bagi kaum wanita & lelaki yg sudah berumah-tangga, marilah kita sama-samabelajar saling tolong-menolong meringankan beban pasangan kita.


Semoga kisah tadi membawa menfaat bagi kita semua... insya'Allah. .


SIKAP ISTERI tidak menghormati SUAMI adalah GEJALA SOSIAL MUSLIM sekarang.Ia dilakukan kerana berfikir bahawa SUAMI mesti buat seperti ISTERI dalam RUMAHTANGGA.


TABIAT-ISTERI suka meleteri suami dan TABIAT-SUAMI yang suka meletakkan semua tanggungjawab rumahtangga ke atas bahu isteri semata-mata; mestilahdihentikan, demi mendidik MENTAL ZURIAT kita ke suatu BUDAYA IBADAT.


WASSALAM..

Saturday, 30 October 2010

Kuasa Besar Di Sebalik Tabir IFF

Sedutan www.islamicfashionfestival.com.my

Bukan hanya di Dubai seperti paparan di atas, penyebaran konsep asing ini di atas nama Islam tidak berlaku sekadar di peringkat akar umbi masyarakat malah didukung oleh sebuah badan antarabangsa yang dikenali sebagai Islamic Fashion Festival (IFF). Penganjur kepada Festival Fesyen Islam di peringkat antarabangsa ini ditubuhkan pada tahun 2006 dengan warga Malaysia menjadi tulang belakang utamanya, dengan Datin Paduka Seri Rosmah Mansor sebagai penaung utamanya.

Gagasan ini mahu menyebarkan satu rujukan budaya dan visual yang mahu memperlihatkan bagaimana Islam boleh dimesrakan dengan dunia moden semasa serta memperbaiki imej Islam yang tercalar oleh keganasan di sana sini. Amat malang sekali apabila ijtihad sebenar ini tiada langsung memperlihatkan sebarang rujuk silang dengan agamawan, atau badan-badan agama untuk membimbing konsep rekaan fesyen yang mahu ditampilkan.

Terkini, Islamic Fashion Festival yang berlangsung di Monte Carlo pada 9 Ogos 2010 mengulangi penampilan atas nama Islam, yang sangat jelek dan terang-terangan menghina Syariat Allah Subhanahu wa Ta’aala.
Saya berbangga kerana IFF telah berjaya sampai sebegini jauh untuk mempromosikan busana Islam dan mendapat maklum balas daripada pelbagai latar belakang dan agama di samping memperkukuhkan industri fesyen tersebut ke peringkat lebih tinggi” ujar Datin Paduka Seri Rosmah Mansor usai berlangsungnya Festival Fesyen Islamik tersebut.

Penyelewengan konsep ‘Busana Muslimah’ ini sesungguhnya bukan lagi kerja tukang jahit di Masjid India atau butik-butik kecil sekitar ibu kota. Islamic Fashion Festival bertindak sebagai sebuah gagasan antarabangsa yang mendapat empati dunia atas nama Islam progresif, moden dan anti keganasan.
Ia adalah sebuah gerakan.

“Ayah, emak, saya sudah memakai hijab seperti yang kalian suruh. Bye-bye!”

BEBAS
“Inilah kata-kata orang agama. Semua salah” ulasan yang muncul.
“Semua itu hanya Male Chauvinism. Semua perbuatan orang perempuan mahu dikawalnya” tegas seorang yang lain.
Sesungguhnya kata-kata seperti itu sangat jauh dari kalam terbitan IMAN.
Islam memuliakan kaum lelaki dan perempuan, pada TAQWA, iaitu kualiti diri berkaitan dengan ilmu, bakat, Akhlaq, keupayaan diri dan jauh sekali daripada memperhambakan diri kepada mengejar usaha mengisi makna CANTIK yang tidak pernah berakhir itu. Sesungguhnya CANTIK itu adalah satu bentuk perhambaan wanita yang menyeronokkan (lagi menguntungkan).

Jika demikianlah komen-komen yang timbul tatkala saranan ini datang, ketahuilah anda sememangnya bebas berpakaian sesuka hati anda dan kita tidak akan mengganggu kebebasan individu yang dibanggakan itu. Namun sebaik sahaja pakaian jelek itu kalian nisbahkan kepada Islam, kami bangkit menentangnya.
Kami cemburu dengan agama kami.
BUSANA MUSLIMAH yang tidak mematuhi Islam seperti itu adalah penghinaan kepada Syariat Allah.

Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan – apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara – (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata. [al-Ahzaab 33: 36]

Ihsan dari : SaifulIslam

Thursday, 28 October 2010

7 Golongan Yang Mendapat Perlindungan ArashNya di Akhirat

Abu Hurairah ra telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:


"Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya. Pemimpin yand adil; pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT; seseorang yang hatinya terpaut pada masjid; 2 lelaki yang berkasih sayang dan bertemu dan berpisah kerana Allah SWT; lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah; seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehinggakan tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya; dan seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.” Riwayat Muslim


1. Pemimpin (imam) yang adil.

Setiap yang dipertanggungjawabkan akan dipersoalkan kembali kelak. Maka bergembiralah kepada mana-mana peminpin yang dapaat berlaku adil. Pemimpin di sini termasuklah seorang suami yang memimpin isteri dan anak-anak. Seorang isteri yang memimpin anak-anaknya dan sebagainya.


2. Pemuda yang membesar dalam ibadah kepada Allah.

Naungan Ilahi ini juga dijanjikan kepada lelaki dan perempuan yang sentiasa hidup dalam ibadah kepada Allah. Sentiasa menyedari bahawa Allah melihat segala perbuatannya. Di mana segalanya di bawah kawalan dan naungan Ilahi.


3. Lelaki yang hatinya sentiasa rindukan (teringat-ingatkan) rumah Allah.

Begitu jua bagi lelaki yang hatinya sentiasa rindukan rumah Allah. Tertunggu-tunggu setiap masa untuk beribadah di dalamnya. Baik untuk sembahyang wajib lima waktu setiap hari dan untuk ibadah lain.


4. Dua orang lelaki yang cinta mencintai kerana Allah bertemu dan berpisah kerana ALLAH.

Dalam satu hadis Rasulullah bersabda:


“Allah telah mengutuskan malaikat kepada seorang lelaki semasa dalam perjalanan untuk menziarahi saudaranya kerana Allah”.

Lalu malaikat bertanya: “Nak kemana?”

Dijawab: “Aku mahu menziarah saudara ku… … ..”

Tanya malaikat lagi: Untuk apa?”

Lelaki itu menjawab: Tiada apa-apa tujuan.”

Ditanya lagi: “Apa hubungan dengan kamu?”

Lalu dijawab oleh lelaki itu:” Tiada apa-apa hubungan.”
Ditanya lagi: ” Apa budinya kepada kamu?”

Dijawab:”Tiada apa-apa pun.” Ditanya lagi:”

Apa tujuannya?” Lelaki itu menjawab:

"Aku mencintainya kerana Allah.” Berkata malaikat: sesungguhnya Allah telah mengutusku kepada mu untuk memberitahu bahawa kerana kecintaanmu kepadanya maka ALLAH telah mengizinkan kamu memasuki syurgaNYA.” (Riwayat Muslim)


Perasaan sayang dan kasih terhadap orang lain bukan kerana ada tujuan lain. Bukan untuk memikat anak gadisnya atau hartanya, sebaliknya hanya mengharap keredhaan Ilahi. Hanya kerana Allah hubungan ini dieratkan.


5. Lelaki apabila mengingati ALLAH bersendirian menitis airmatanya.

Hadirnya perasaan takut kepada ALLAH walaupun bersendirian sehingga menitis airmatanya. Ianya bukan saja-saja tetapi hadir dari hati yang menginsafi kebesaran ALLAH.


6. Seorang lelaki yang dirangsang oleh seorang perempuan berdarjat lagi cantik untuk berzina, lalu ia berkata: “Tidak! Aku takutkan ALLAH” (inni akhofullah)

Sesiapa yang takut untuk berbuat kesalahan, takut kepada ALLAH dan azab api neraka akan sentiasa mendapat perlindungan dari-NYA.


7. Lelaki yang bersedekah dan tidak pula dimegah-megahkannya.

Pemberian yang mengharapkan balasan dari Ilahi tidak akan diperbesar-besarkan. sebaliknya akan dilakukan secara tersembunyi. Sehingga digambarkan seolah-olah tangan yang kiri tidak mengetahuinya apa yang disedekahkan oleh tangan kanan. Lupakan kebaikan dan pemberian kita, sebaliknya banyak mengingatkan kesilapan dan kesalah diri kita terhadap ALLAH dan orang lain.Rebutlah peluang ini, jadilah orang yang beruntung di akhirat. Tiada yang mustahil untuk kita lakukan. Jadilah hambaNYa yang ikhlas dan redha atas segala yang berlaku. Semoga kita semua tergolong dalam golongan orang yang mendapat perlindunganNYA selalu.
Sumber artikel : Abu Ulwan

Gambar Asal : Kredit to National Geographic

Tuesday, 26 October 2010

Ulama Muda PAS Pula Nasihat Ulama muda Umno..

IFF dikritik banyak pihak. Antara yang lantang mengkritik ialah Pemuda PAS. Mereka kritik melalui ucapan, tulisan dan demo. Ulama muda UMNO nasihat PAS, kalau nak nasihat tu biarlah beradab. Istilah popular yang sering ditujukan kepada PAS yang orang PAS dah tak larat nak denagar dan baca ialah "Tarik tangan pemimpin untuk dinasihati."

Semalam, ulama muda PAS, iaitu ketua Pemudanya Ust Nasrudin Hasan pula menasihati ulama muda UMNO supaya sepatutnya dia menasihati pembesar dan pemerintah bukan mengipas mereka..

Saya dan kita semua sebagai umat Islam sepatutnya amat berterimakasih kepada NGO-NGO yang menimbulkan isu ini , menjelaskan dan membantahnya.  Termasuk juga isu-isu lain seperti isu iklan raya TV3 santa claus pak haji yang dengan sebab merekalah pihak berkenaan secara terbuka dan sukarela menarik balik iklan berkenaan.

Dan mengenai nasihat ust Nasrudin Hasan kepada ulama muda UMNO agar beri nasihat kepada pemimpin bukan mengipas mereka. Yang ini saya tak bersetuju. Sebenarnya saya yakin ulama muda ini telahpun menarik tangan pemimpin kita dan menasihati mereka jauh dari orang dan khalayak ramai. Sebab itulah ust Nasrudin Hasan dan kita semua tak tahu.



ha ha ha ha..!
Baca lanjut di : Al-Ahkam
Written by Administrator   
Sunday, 24 October 2010 08:23
Oleh zain-ys         

---Petikan Berita----
Ulama muda Umno patut nasihat, bukan kipas

KUALA LUMPUR, 23 Okt: "Ulama muda Umno sepatutnya menasihati pemerintah dan pembesar, bukan mengipasnya dalam perkara yang beliau sendiri tahu ia salah," kata Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hasan ketika memberi respons kepada kenyataan Fathul Bari yang berucap dalam perhimpunan Agung Umno di PWTC, hari ini.

Nasrudin berkata, semua orang yang menyaksikan bentuk persembahan Festival Busana Muslim (Islamic Fashion Festival) itu melihat pertunjukan tersebut bercanggah dengan Islam.

"Apa yang kita bantah ialah pertunjukkan fesyen  yang kita saksikan melalui satu siaran yang disiarkan oleh CNN dan juga melalui laman web IFF sendiri," katanya ketika dihubungi tadi.

Beliau memberitahu bahawa Pemuda PAS dan NGO Islam bukanlah bertindak melulu tetapi Datin Seri Rosmah Mansor sebagai penaung yang hadir dalam majlis tersebut mesti bertanggungjawab, memohon maaf, bertaubat dan tidak mengulangi kesilapan tersebut.

"Sering kali orang pertikai kenapa bantah mungkar itu, kenapa tidak tanya dulu penganjur dan penaungnya?

“Kalau saya tanya kembali masa putuskan (untuk) menganjurkannya mengapa tidak tanya ulama dahulu?

"Sepatutnya sebelum buat kena tanya dulu, bukan dah buat orang kena tanya mereka (penganjur dan penaung) mengapa mereka buat," katanya.

Beliau juga melihat tindakan Fathul Bari mempertahankan Rosmah itu sebenarnya akan terus mengheret pemimpin itu kekal dalam maksiat.

Ulama muda Umno tersebut juga dilihat cuba membersihkan Rosmah yang menaungi penganjuran itu agar kesalahan itu ditanggung oleh penganjur.

"IFF boleh terus berkarya menghasilkan reka fesyen selama mana ia tidak bertentangan dengan Islam dan Datin Seri Rosmah boleh menaunginya tanpa halangan selama mana ia tidak mengulangi penganjuran seperti di Monte Carlo," tambahnya.

Dewan Pemuda PAS juga, ujarnya akan memberikan pandangan bertulis yang berasaskan Islam kepada penganjur mengenai perkara itu.

Timbalan Ketua Lajnah Ulama Pelapis Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Azhar Yahya dalam kenyataannya pula menganggap tindakan IFF itu secara spontan telah mengguris perasaan para pecinta Rasulullah s.a.w. dan pendokong syariat Islam.

Katanya, sekiranya Rosmah tidak mahu bertanggungjawab jangan sesuka hati hendak menjadi penaung kepada program seperti itu.

"Fathul Bari bila dikalungkan sebagai ulama muda, maka pastinya akan mempertahankan pengalungnya.

"Kini isteri pengalungnya sedang dipaliti najis yang dinamai kononnya Islamik, maka tidak hairanlah Fathul Bari muncul dengan megahnya di PWTC membelai manja para perwakilan kononnya pembangkang tidak berakhlak Islam," katanya. [harakahdaily]

Lebih Banyak Kelab Malam & Spa: Ulama Muda UMNO Perlu Tarik Tangan Pemimpin

Entah betul. Entah tidak apa yang malaysiakini laporkan semalam berkenaan pentadbiran PM sekarang mahu menjadikan Malaysia sebagai hub pusat hiburan malam. Kata artikel berkenaan, ini untuk memacu industri pelancungan berdasarkan Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Apa itu Program Transformasi Ekonomi? Bunyi macam Transformer saja. Tak kisahlah, transformer kah, iron man kah, superman kah, yang penting orang kampung yang celik IT macam saya ni, ada macam yang tak sedap sikit bunyinya pada artikel berkenaan.

Hub pusat hiburan?

Yang betul!?

Tak tahulah betulkah atau tidak, yang pasti Adam Lambert seorang 'gay' itupun dengan penuh selambanya dilepaskan dan diizinkan untuk membuat persembahan di negara ini sekalipun NGO-NGO Islam membantahnya.

Saya sebagai seorang Islam. Dan tuan-tuan sekelian juga sebagai seorang muslim sudah tentu risau dengan berita dan perkembangan ini. Risau yang teramat sangat. Sampai peringkat nak makan tak lalu. Nak mandi tak basah. Nak tidur tak mahu lelap. Tapi bila saya teringatkan bahawa PAS kan ada untuk mengepalai NGO-NGO Islam untuk membantah melalui pelbagai cara, maka hati saya jadi legalah sedikit. Dan selama ini kepada merekalah kita sandarkan harapan kita untuk menjuarai dan mengetengahkan yang membabitkan isu-isu kepentingan umat Islam dan bukan Islam.

Nanum, bila saya teringat 40 ulama muda masuk UMNO yang sekarang ini menyandang gelaran Ulama Muda UMNO hati saya bertambah lega. Tambahan pula bila mendengar dan membaca hujah\-hujah mantap, padat, berisi, kukuh, kuat.. bla..blaa...blaa...Macam-macam lah yang mereka hujahkan. Mereka kata, nak nasihat pemimpin ini mestilah begini dan begitu. Tak boleh di hadapan khalayak ramai. Hendaklah berhikmah, beradab, bersopan santun, lemah lembut penuh gemalai dan seterusnya. Mereka ada bawa perkataan imam al-Syafii yang entah apa, sayapun tak berapa faham tapi ia saya ingat sebab bunyinya sangatlah sedap untuk ditaqlidi. Kata mereka lagi pembangkang nasihati pemerintah macam Khawarij. Lantaklah apa makna Khawarij tu, yang penting ia berbunyi ala-ala Arab dan sedap untuk ditaqlidi.

Dalam hati saya bagusnya idea Ulama Muda UMNO. Alangkah bestnya kalau pendakwah begini sikapnya. Ohh! Hebatnya akhlak kalau begini. Saya fikir, betapa teruk dan betapa dahsyatnya kekhawarijan pembangkang dan NGO-NGO Islam. Nampaknya saya dan umat Islam semua sudah ada tempat baru untuk bergantung dan untuk menumpang teduh. Mereka inilah yang akan diharapkan dapat mengepalai isu-isu Islam. Menyetelkan apa sahaja yang membabitkan kepentingan umat Islam.

Ulama Muda UMNO. Saya ucap berkali-kali perlahan sambil menoleh kanan dan kiri. Mereka akan menarik tangan pemimpin dan menasihati mereka jauh dari orang ramai. Tak ada ceramah berapi-api menasihati pemimpin. Tak ada demo. Tak ada poster itu dan ini. Bukankah bagus begitu..

Baca lanjut di Al-Ahkam

'The Dead Sea Scroll' berada di online





Sebelum pulang semalam, sempat membelek The Star yang di langgan di pejabat. Terjumpa satu artikel yang berkaitan dengan Dead Sea Scrolls.. tertarik untuk scan dan masukkan dalam posting kerana ia merupakan salah satu artifak sejarah yang sangat bernilai.

Kenapa ummi katakan ianya sangat bernilai?...
Sebelum ini, ummi juga kurang berminat dengan bahan sejarah ini, tetapi selepas membaca buku  Membongkar Misteri Dajjal, sedar bahawasanya bahan sejarah ini mengandungi maklumat penting untuk kita perhatikan bersama - sama tentang peringatan dari Nabi terdahulu tentang fitnah Al Masih Dajjal di akhir zaman...

Memetik apa yang di nyatakan dalam buku tersebut tentang bahan sejarah ini :
"Sejauh perjalanan dari Nabi Nuh as dan turun kepada para Nabi yang lain pasti ada pengikut para Nabi ini yang mencatat kata - kata peringatan tentang Dajjal. Barangkali ada tulisan yang terselamat dari pupus dan hancur sepertimana manuskrip yang di catat oleh Kaum Nabi Isa as yang ditemui di Qumran yang di kenali dengan The Dead Sea Scroll. (Penemuan tulisan atau manuskrip lama turut di temui di Qumran 13km dari Laut Mati bersebelahan Palestinia. Penemuan itu di kenali dengan nama The Dead Sea Scroll. Ia mengandungi tulisan pengikut Nabi Zulkifli as, Nabi Daud as dan Nabi Musa as. Kita umat Islam mengenalinya sebagai mashaf.)"
Wallahua'lam. 

Di bawah adalah antara berita yang di muatkan ke dalam petikan berita tersebut yang ummi perolehi nya dari ABC news



Israel to share Dead Sea Scrolls online

By Middle East correspondent Anne Barker
Posted Wed Oct 20, 2010 7:41am AEDT
The ancient biblical writings were found in a desert cave 60 years ago
The ancient biblical writings were found in a desert cave 60 years ago (Reuters: Baz Ratner: file photo)
Israel has signed an agreement with Google to put the Dead Sea Scrolls online.
The 2,000-year-old manuscripts are regarded as one of the most exciting archaeological discoveries of the past century and contain some of the oldest surviving biblical texts.
Israel's Antiquities Authority has announced it is joining forces with Google to give the texts free, global access online.
High-resolution photos of the scrolls will be uploaded within months.
They will be shown in their original languages - Hebrew, Aramaic and Greek - along with an English translation.
The scrolls include parts of the Hebrew bible and have given historians an insight into early Judaism and the origins of Christianity.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Powerade Coupons