Saturday 27 March 2010

HATI-HATI BERDOA KETIKA MARAH




 

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم




وَيَدۡعُ
ٱلۡإِنسَـٰنُ بِٱلشَّرِّ دُعَآءَهُ ۥ بِٱلۡخَيۡرِ‌ۖ وَكَانَ ٱلۡإِنسَـٰنُ
عَجُولاً۬ -١١





Dan manusia berdo’a untuk kejahatan sebagaimana ia berdo’a
untuk kebaikan. Dan adalah manusia bersifat tergesa-gesa. 





Ayat 11 Surah al-Isra'.





"Setelah Allah Taala menerangkan sifat-sifat al-Quran yang memberi petunjuk, diterangkan pula perihal manusia yang menerima petunjuk. 





Manusia itu bertabiat terburu-buru. Semasa marah dia tidak keberatan supaya dirinya, atau anak-anaknya, atau harta bendanya ditimpa mala petaka. Dia memohon yang demikian sebagaimana dia berdoa memohon kebaikan. Padahal kalaulah dia bertenang tentulah dia tidak tergamak melakukan perkara yang tidak sepatutnya itu."





Sekian penjelasan yang saya salin daripada Tafsir Pimpinan al-Rahman. 



Marah adalah fitrah manusia. Samalah seperti sayang, benci, sedih dan gembira. Bohonglah sesiapa yang tidak pernah berasa marah. 



Ujian yang menyebabkan kita marah pun barangkali banyak. Kita diajar supaya memohon agar dijauhkan daripada ujian yang tidak tertanggung. 



Dan kita juga diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w. supaya jangan mendoakan keburukan buat diri sendiri, anak-anak ataupun harta benda kita.




لاَ تَدْعُوا عَلَى
أَنْفُسِكُمْ وَلاَ تَدْعُوا عَلَى أَوْلاَدِكُمْ وَلاَ تَدْعُوا
عَلَى أَمْوَالِكُمْ لاَ تُوَافِقُوا مِنَ اللَّهِ سَاعَةً يُسْأَلُ
فِيهَا عَطَاءٌ فَيَسْتَجِيبُ لَكُمْ ‏






Nabi Muhammad s.a.w. berkata, maksudnya, "Jangan saudara-saudara doakan keburukan kepada diri sendiri, anak-anak ataupun harta benda saudara, sebab mungkin masa saudara berdoa itu bertepatan dengan masa Allah perkenankan doa, lalu Dia perkenankan doa saudara."



Hadis ini direkodkan oleh Imam Muslim.

 

Marah itu mulia sekiranya bertempat, sekiranya kena pada tempat yang sesuai. Tetapi kita ini manusia yang selalunya lupa, dan sebagaimana yang Tuhan 'declare' kepada kita, kita ini bersifat terburu-buru. Marah kita selalunya terburu-buru, bukan pada tempat yang sesuai.



Berhati-hatilah berdoa dalam keadaan marah, lebih-lebih lagi pada saat-saat doa sangat mudah diperkenankan.




Allah-lah yang lebih mengetahui.






اللهم إني أعوذ بك من جهد البلاء


ومن درك الشقاء


ومن سوء القضاء


ومن شماتة الأعداء

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Powerade Coupons