Satu kupasan jawapan yang baik dari kak Ummu Abbas.
Sebenarnya Ummi pun pernah di tanyakan dengan soalan yang lebih kurang macam ni.. dan, jawapan ummi pun InsyaAllah lebih kurang sama.. cuma, tidak lah pandai nak menyusun kata - kata yang begitu baik seperti Kak Ummu Abbas ni.. ^_^
InsyaAllah bermanfaat buat semua. Ameen.
Bismillah.
Entry kali ini, saya copy paste soal jawab melalui email sahaja dengan sedikit suntingan dan penambahan jawapan.
Wassalam.Assalamu’alaikum..ustazah..
Saya ada soalan… Non- Muslims people keep asking us this question:How do the Muslim kid know her mother while she wear Niqab between many women wearing Niqab ? Anyone have an answer for them?..so, saya tanya pendapat kawan2 saya..ramai cakap instinct ..saya baru terjumpa ustazah punya blog dan kalau tidak silap ustazah pakai purdah..mungkin ustazah boleh share jawapan yg lebih ilmiah..thankss ~
Muhammad
******************************
From:
To: ”ummu_abbas@ymail.com” <ummu_abbas@ymail.com>
Sent: Monday, 12 December 2011 6:57 PM
Subject: soalan
Wa’alaikum salam warahmatullah.
Muhammad,
Maaf ye… icon di atas menggambarkan reaksi awal saya tatkala membaca soalan saudara… saya tidak senyum dan ketawa kepada saudara tetapi kepada soalan yang ditanya.
Namun tidak mengapa… ia soalan yang baik untuk diberi penjelasan buat mereka yang keliru.
Benar, menurut pengalaman saya, ‘instinct’ adalah satu jawapan yang kurang tepat… ada hujjah aqli yang lebih kuat.
Insya Allah, saya mahu survey pandangan rakan-rakan yang berpurdah terlebih dahulu. Dan saya akan kongsikan bersama saudara dan juga di dalam blog.
Jawapan lojiknya ada di sekitar manusia itu sendiri sebenarnya jika mereka mahu berfikir jauh sedikit. Namun jika berfikir bercampur prejudis atau kita sudah ada persepsi tertentu, agak sukar sikitlah untuk melihat hikmah di sebalik kebenaran dalam beragama. Saya tujukan kata-kata ini kepada mereka yang prejudis terhadap ajaran agama sendiri dan juga golongan non-muslim yang melihat Islam adalah satu agama yang memayahkan umatnya.
Mohon bersabar sedikit kerana sudah tentu saya juga perlukan masa untuk mendapatkan feedback dari rakan2 niqabis.
Wassalam.
*******************
Thanks a lot .. saya pon dah cuba tanya kawan2..tapi yelah..saya cuba nak carikan jawapan yang lebih ilmiah dan tepat dari orang yang berilmu dan memakainya sendiri..bila non-muslim tanya soalan macam tu saya sendiri pon tak tahu bagaimana nak beri jawapan yang terbaik (kurang ilmu)
Muhammad
********************
From: W Nor Ainon W Abdullah <ummu_abbas@ymail.com>
To:
Sent: Monday, January 2, 2012 11:18 AM
Subject: Pasal Purdah
Sedikit perkongsian setakat termampu:
Jawapan kepada persoalan yang pernah dikemukakan sebelum ini lebih kepada aqli. Memang begitu adatnya, jika akal manusia sudah mampu berfikir mengenainya, petunjuk naqli tidak diperlukan.
Cuba tanya mereka kembali, bagaimana jika adik beradik atau ibubapa yang membesar bersama-sama di dalam satu rumah menelefon mereka, adakah mereka mampu mengecam atau tidak suara tanpa tuan di dalam talian?
Adakah bila terdengar derap langkah orang yang rapat [seperti ibubapa dan adik beradik yang tinggal serumah sejak kecil] menuju ke muka pintu, mereka boleh mengecam siapakah itu?
Kita biasa lihat wawancara di dalam TV dengan orang tertentu tanpa melihat wajahnya, kita boleh kenalkah suaranya? [Maksudnya dengan tokoh yang sudah dikenali ramai namun kadang-kadang tokoh tersebut berada di luar kawasan. Jadi wawancara menerusi talian telefon digunakan]
Kita lebih-lebih lagi biasa mendengar tokoh atau agamawan tertentu yang sudah biasa bercakap di radio, kita akan kenal siapa yang bercakap tanpa melihat tuannya.
Pengenalan kepada seseorang lebih dari sekadar melihat rupa paras… kalau mendengar suara sahaja, kita mampu membezakan siapakah empunya suara, inikan pula niqabi yang masih kelihatan dua biji matanya… atau jika tidak kelihatan 2 biji mata, saiz tubuh, ketinggian dan cara gerak-gerinya tetap berbeza dari individu yang lain.
Jika kita beralasan, ada sesetengah orang suaranya hampir sama- jawapannya kita ada istilah ‘pelanduk dua serupa’. Maknanya, kadang-kadang rupa seseorang juga boleh hampir sama… namun kita mengenal pasti seseorang dalam banyak aspek, dan bukannya satu aspek sahaja.
Kami pernah melihat seorang sahabat dari jauh berjalan menuju ke arah kami (tidak nampak muka sebab jauh)… pada masa itu, dia tidak memakai purdah. Terkeluar dari mulut kami, “Tengok cara berjalan sahaja sudah tahu itu Norma”. Apabila sahabat itu dekat dengan kami, memang sah ia adalah Norma.
Kalau keakraban kita yang tidak seakrab seorang ibu dan anak sekalipun, kita mampu mengecam seseorang tanpa melihat wajahnya… apatah lagi kemampuan seorang anak dalam mengenal ibunya. Yang mana seseorang anak itu membesar 9 bulan dalam rahim ibunya. Selepas dilahirkan, bayi itu menyusu dan sentiasa mendapat sentuhan, belaian dan pelukan hangat dari ibunya. Suara ibunya begitu sinonim dengannya sejak ia berada dalam kandungan. Gerak geri ibunya, derap langkah ibunya dan kelibat ibunya semua tercerna secara semulajadi dalam diri seorang bayi yang dibelai sepenuh masa.
Berbanding seorang ibu yang bukan sahaja tidak berpurdah, bahkan tidak menutup aurat di luar rumah namun tidak suka membesarkan sendiri anak-anaknya, ibu begini akan dijauhi anak-anaknya, bahkan anak-anaknya mungkin lebih mengenali seorang ‘bibik’ dari ibu kandungnya sendiri.
Biasa berlaku seorang anak akan mengikut orang dewasa yang bukan ibubapanya kerana tersalah sangka- sedangkan ibubapa tersebut tidak pun memakai purdah… Dalam kes begini, purdah sedikit pun tidak menjadi penyebab kepada kekhilafan anak tersebut. Atau sememangnya kanak-kanak terdedah kepada sifat lemah dalam memerhati?
Ini salah satu komen kenalan niqabi di Facebook;Assalamualaikum. Ana nak kongsi pengalaman ana bila ana berjumpa dengan seorang pasangan suami isteri ini. Mereka ini sangat baikkk dengan ana. Ana suka mereka. Kakak tu bernama Kak Yong. Cara mereka ..subhanallah..sangat menyejukkan mata dan buat ana nak nikah cepat. ehehe. Selepas makan bersama, ana jaga anak kecilnya..rasanya..tak sampai setahun. Masa Kak Yong tu solat, anak dia tu, main-main dengan ana. Selepas ibunya solat dan pakai purdah, anak dia masih dengan ana. Tapi, tiba-tiba dia toleh pada ibunya. dan dia merangkak laju pergi pada ibunya. Mungkin disebabkan bau badan ibu dia (menuju ke arah-editor) ibunya. wallahualam.Satu lagi, seingat sayalah, tidak pernah lagi baca berita dari Arab Saudi yang mewajibkan muslimah warganegaranya di Tanah Haram memakai purdah, berlaku kes anak tersalah ikut ibunya, atau suami tersalah bawa balik isteri. Di sana lagilah nampak sama sebab semuanya pakai serba hitam.
(Untuk makluman, ‘ana’ dalam komen di atas juga seorang gadis yang berpurdah dan memakai purdah ketika bermain-main dengan anak Kak Yong)
Rumusan saya, sesuatu yang ada di dalam syariat tetap akan memberi manfaat dan sedikit pun tidak memayahkan jika ia ditanggapi dengan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah. Saya sendiri tidak pernah terfikir tentang kemungkinan suami tidak akan mengenali saya sebagai isterinya atau anak-anak tidak akan mengenali saya sebagai ibunya semata-mata kerana saya berpurdah. Apatah lagi untuk bimbang mengenainya.
Alhamdulillah, dari 6 orang anak, tidak pernah sekali pun anak-anak mengikut orang lain kerana tersalah sangka bahawa itu ibu mereka.
Saya meyakini bahawa Allah adalah Tuhan yang Esa… dan saya meyakini bahawa setiap yang ada di dalam syariatNya ada kebaikan di sebaliknya serta tidak memudaratkan imma ianya ditatang sebagai hukum khilaf di kalangan ulama.
Saya kira memadai setakat ini dulu respon saya.
Mohon maaf atas segala kekurangan.
Wassalam.
***************
Terima kasih sangat2..saya share dengan kawan2 ..
Muhammad.
*************************
Apa yang baik dari Allah.
Ummu Abbas
12.01am
22 Safar 14433H
Sumber : Sayang Islam
0 comments:
Post a Comment