Showing posts with label Konspirasi Akhir Zaman. Show all posts
Showing posts with label Konspirasi Akhir Zaman. Show all posts

Tuesday, 12 February 2013

POPE BENEDICT XVI MENGUMUMKAN PERSARAAN... MENGAPA SEKARANG? WHY NOW?

Semua telah tahu... hari akhir Sith Lord Benedict XVI bertugas ialah 28 Februari 2013. Dan, menjelang hujung bulan Mac 2013, Sith Lord yang baru akan dilantik. Khabar2 angin amat kuat bertiup mengatakan Sith Lord yang baru akan menggunakan nama "Paul". Sama2 la kita lihat nanti sama ada ini benar atau pun tidak. Jika benar, maka tahu lah akan kita bahawa tidak lama lagi akan muncul la Jedi yang ditunggu2. Calon2 Sith Lord yang baru ialah Turkson, Ouellet dan Arinze.

Dua persoalan utama di antara persoalan2 lain yang timbul ialah kenapa perlu bersara? Mengapa sekarang? Selalunya lantikan Pope baru hanya berlaku setelah Pope lama mati. Kali terakhir ini berlaku ialah lebih kurang 600 tahun dulu pada tahun 1415; di mana Pope Gregory XII telah melepaskan jawatan Sith Lord ini. Pada waktu itu, kuasa Pope telah dituntut oleh tiga pihak juga iaitu Roman Pope Gregory XII, Avignon Antipope Benedict XIII, and Pisan Antipope John XXIII.

Jawapan kepada dua persoalan utama tadi ialah... Darth Vader kini telah bersedia untuk mengambil alih tampuk pemerintahan The Empire. Justeru, apa petunjuknya?

Sama2 la kita semua melihat sekeliling kita. Kini Dunia sudah siap dipersiapkan. Kita dan seisi keluarga kita telah benar2 berada di tengah2 SISTEM DAJJAL... 1 sistem yang pernah diAMARANkan oleh setiap nabi2 di planet bumi ini... tentang bencana FITNAH BESAR yang akan dibawa Al-Masih Darth Vader Dajjal.

Memang menjadi kebimbangan dan ketakutan kita kalau2 fitnah inilah boleh menyebabkan umat nabi2 itu...
senang2 sahaja masuk NERAKA, maka sia2lah dakwah mereka, tapi yang lebih menyakitkan hati kita sekarang...
FITNAH MAHA BESAR ini tak tertimpa di zaman umat2 yang lepas, bahkan telah diTAKDIRkan untuk hadir di zaman kita... lebih tepat lagi kalau dikatakan... SEDANG TERJADI SEKARANG INI. Ya... sedang terjadi di era Age of Aquarius ini.

Lihatlah apa yang sedang berleluasa sekarang...

- sistem matawang kertas (riba)
- sistem matawang digital (riba)
- sistem riba = kesudahannya adalah ke NERAKA?
- siapa yang di sini yang tak terlibat dengan RIBA?
- sistem makanan dunia (perhatikan molekul2 makanan kita, adakah benar2 HALAL?)
- perhatikan cara perempuan berpakaian
- lihat trend pemakaian seluar JEANS (sila study dari golongan manakah seluar ini ?)
- hiburan dunia
- minuman dunia
- pakaian dunia
- cara hidup yang sama sahaja di seluruh dunia
- cara kerja yang sama sahaja di seluruh dunia
- cara pemerintahan yang sama sahaja di seluruh dunia
- ketenteraan dan kostum tentera yang sama sahaja di seluruh dunia
- media massa yang sama sahaja di seluruh dunia
- pasaraya yang punya pelbagai JENAMA tetapi sama sahaja di seluruh dunia
- teknologi yang sama sahaja di seluruh dunia
- sukan yang sama sahaja di seluruh dunia
- pemimpin yang sama sahaja TRENDnya di seluruh dunia... demokrasi dan lain2 lagi seumpamanya.

Perhatikan baik2 simbol "1", telah dipakai tanpa SEDAR atau sedar tapi buat2 tak sedar di seluruh dunia...

1 konsep bendera yang sama,
1 bahasa materialistik yang sama,
1 cara hidup yang sama,
1 makanan yang sama,
1 nyanyian yang dikongsi bersama,
1 hiburan yang sama,
1 matlamat yang sama,
1 corak pemerintahan yang sama di hampir semua negara,
1 cara bekerja yang sama,
1 cara berdagang yang sama,
1 sistem matawang yang sama,
1 jalan ke arah globalisasi dunia,
1 dunia 1 order yang sama,
dan yang paling penting sekali,
hampir seluruh negara di dunia ini,
mempunyai 1 slogan yang hampir sama pernah dipopularkan oleh negara Israel,
iaitu slogan 1 negara 1 dunia
1 ORDER DUNIA... ONE WORLD ORDER

Inilah the New World Order.

(Selamat Datang Ke New WORLD ORDER)

ONE RING TO RULE THEM ALL ----> TO HELL FIRE
IN THE DARKNESS THAT BINDS THEM

DENDAM IBLIS TELAH MENCAPAI KEMUNCAKNYA DI "ZAMAN KITA"

Dimanfaatkan Oleh Kehadiran Al-Masih Darth Vader Tak Lama lagi.

Sebab itulah...
Bayang2 Mata 1 dan simbol Mata 1 ada di mana2 sahaja di planet bumi ini, termasuk di negara kita sendiri.

Mengapa? Sebab sistem dunia hari ini, MASTER MINDnya ialah makhluk yang sama... SI MATA 1... Kombinasi terbaik yakni sinergi IBLIS + Dajjal.

Ini hanya pandangan sahaja... Saya mungkin silap... Sebagai manusia, saya sudah tentu pernah silap. Sama2 la kita memerhatikan perkembangan2 selepas ini...

Selepas 28 Februari 2013 nanti, semuanya akan berlaku pantas... omputih kata "on the fast track".

Apa sahaja benda yang kamu diberi adalah kesenangan kehidupan dunia dan perhiasannya; dan apa yang ada di sisi Allah adalah lebih baik dan lebih kekal. Tidakkah kamu faham? [Al-Quran, Al-Qasas, Ayat-60]

Ketahuilah bahawa kehidupan dunia adalah tiada,
melainkan satu permainan, dan satu hiburan, dan perhiasan, dan bermegah-megah antara kamu, dan persaingan dalam harta dan anak-anak. Ia persamaan hujan di mana tanamannya mengagumkan orang-orang yang tidak percaya; kemudian ia menjadi kering, dan kamu melihatnya menjadi kuning, kemudian ia menjadi jerami yang hancur. Dan di akhirat ada azab yang keras, dan keampunan daripada Allah, dan kepuasan hati; dan kehidupan dunia adalah tiada, melainkan kesenangan yang menipukan. [Al-Quran, Al-Hadid, Ayat-20]

RAMAI DI ANTARA KITA MASIH MENAFIKANNYA... MANY OF US DENY...

Semoga boleh difikir2 kan.


Public Secret - Allahu'alam... Wassalam.

Monday, 17 September 2012

Jangan Tonton Filem Hina Nabi ~ Pesanan Imam al-Sudaisi

Bismillah.
Kecoh!  Gegak gempita!  Geger lagi umat Islam seluruh dunia dengan filem terbaru, ” Innocence of Muslims” arahan Sam Bacile yang menghina Rasulullah s.a.w dan Islam.
Pelbagai reaksi umat Islam dan non-muslim yang menghormati hak-hak antara kaum dan agama terhadap isu ini.  Apabila ia dimuat naik ke youtube, trailer 14 minit ini lebih mudah diakses oleh sesiapa sahaja.  Jadi kemungkinan ada di antara umat Islam yang ‘cuba-cuba’ mahu lihat sejauh manakah dikatakan filem ini menghina Nabi s.a.w dan Islam?  Rentetan dari itu, Imam Al-Sudaisi berpesan; Jangan tonton filem yang menghina Rasulullah saw. Dibimbangi terlintas di fikiran ‘wajah palsu’ Nabi semasa menyebut nama Baginda s.a.w.
Sebarkan kerana ia penting bagi umat Islam.
(Terjemahan secara bebas oleh Ummu Abbas.  Saya ambil mafhumnya sahaja.)
Ummu Abbas:
1.  Pihak Google tidak serius menangani isu yang menyentuh sentimen agama ini, jadi kalau tidak setuju dengan perbuatan mereka yang menghina Rasulullah s.a.w, jangan tengok!   Apakah tindakan sewajarnya dari umat Islam terhadap Google itu sendiri?
2.  Pemimpin tanah air yang hina Islam di media perdana bagaimana pula?  Isu janggut Rasulullah, isu hudud dan lain-lain.  ~  Kalau tidak setuju dengan mereka yang hina Islam ~ jangan undi mereka!
3.  Ramai lagi dari kalangan umat Islam sendiri yang perleceh ajaran Islam seperti merendah-rendahkan amalan berjubah dan serban di kalangan lelaki, amalan berpurdah di kalangan wanita,  mengatakan politik suku agama suku dan lain-lain.  Apa tindakan umat Islam terhadap golongan ini?
Lampiran dari Facebook Imam Syeikh ‘Abdul Rahman al-Sudaisi, imam Masjidil Haram di Mekah

Ummu Abbas
1 Zul Qi’dah 1433H
Melbourne, 10.44pm.
Sumber

Sunday, 15 July 2012

Jenayah Atarturk....



Di antara jenayah Mustafa kamal Atarturk termasuklah :

1-Menghapuskan sistem Khilafah dan mendaulatkan sistem sekular
2-Mempromosikan pesta arak secara terbuka
3-Mengarahkan azan dilaungkan dalam bahasa Turki
4-Mengarahkan Qur'an dicetak hanya dalam bahasa Turki
5-Membuang Islam daripada agama negara dan menyerang Islam secara terbuka
6-Menutup masjid dan melarang solat berjamaah
7-Membenarkan bertudung hanya sekiranya dengan memakai skirt.
8-Menghapuskan kalender Islam
9-dan seribu satu macam jenayah yang lain....

Tentunya menjadi satu kesilapan yang sangat besar apabila seorang yang telah bersekongkol dengan Barat bagi menjatuhkan sistem khilafah ini digelar sebagai Bapa Pembangunan Turki Moden....
Sumber

Wednesday, 11 July 2012

Bekas PM Israel Koma Umpama Mayat Hidup

Bagi sesiapa yang sentiasa mengikuti perkembangan semasa mengenai kehidupan rakyat Islam di Palestin, pastinya mengenali individu bernama Ariel Sharon.
Untuk sesiapa yang baru pertama kali mendengar namanya, ini adalah kisah hidup lelaki itu.
Ariel Sharon adalah bekas Perdana Menteri Israel yang telah berkhidmat memegang jawatan itu sejak dari 7 Mac 2001 hingga 14 April 2006.
Seperti umum mengetahui, kaum Israel terlalu ganas dan selalu bertindak kejam terhadap penduduk-penduduk Palestin. Malah, keganasan mereka semakin berleluasa hingga kini.
Di bawah pemerintahan Ariel, dia tidak pernah melenyapkan perkataan zalim, kejam, bunuh dan ganas dari kotak pemikirannya. Pemimpin itu telah banyak melakukan kerosakan dan kezaliman terhadap bumi Palestin.
Ketika menjadi pemimpin tertinggi Israel, Ariel dipandang tinggi oleh para pengikutnya. Malah, dia digelarkan pemimpin penuh dengan kontroversi oleh pihak dalam dan luar Israel. Ramai yang beranggapan Ariel banyak mempertahankan keamaan Israel tanpa mengorbankan satu nyawa penduduk Israel. Sebaliknya, rakyat Palestin yang beragama Islam di tukar menjadi korban.
Sewaktu Perang Lubnan 1982, Ariel dikatakan bertanggungjawab sepenuhnya di atas kematian beribu-ribu rakyat Sabra dan Shatila. Sejak dari itu, banyak nyawa yang terkorban akibat dari pemerintahan kezalimannya.
Namun, tiada siapa yang tahu akan perkembangan dirinya saat ini. Di ruangan internet sudah banyak tersebar luas kisah hidup pemimpin yang zalim itu. Ariel dikhabarkan ketika ini sudah  koma hampir lima tahun.
Media-media antarabangsa juga malu untuk menyiarkan perkembangan diri bekas pemimpin Israel itu.
Ketika ini, Ariel sudah pun menjangkau usia 83 tahun. Tubuhnya terbaring lesu di atas katil tanpa sebarang pergerakan. Hakikatnya, dia masih lagi bernafas, namun, keadaan dirinya tidak ubah seperti mayat hidup yang hanya mempunyai berat badan 15 kilogram sahaja berbanding dahulu yang mempunyai badan gempal. Doktor menjangkakan dia akan terus koma sehingga umur 90 tahun.
Pada mulanya dia dirawat di Hospital Hadassah di Jerussalem kerana berlaku penyumbatan di bahagian otak yang menyebabkan lumpuh seluruh badan dan akhirnya koma. Namun, keadaannya semakin serius memandangkan badannya kian mereput dan membusuk akibat jangkitan kuman walaupun masih bernyawa.
Dia kemudian dipindahkan ke Chaim Sherba Medical Center. Difahamkan Sharon telah dimasukkan ke bilik pembedahan untuk menyambung bahagian ususnya yang membusuk dan merebak ke seluruh bahagian lain.
Menurut para doktor lagi, sekiranya perlu, mereka terpaksa memotong bahagian-bahagian yang mereput untuk mengelakkannya menjadi semakin parah. Beliau dah jadi umpama mumia firaun atau mumia hidup. Hidup terpenjara dalam jasad yang sudah membusuk!
Setiausaha kepada Ariel pernah mendedahkan, bekas pemimpin itu pernah mengalami mimpi ngeri di setiap malam sebelum dia jatuh koma. Tidur malamnya sering diganggu oleh satu mimpi yang sama.
Dalam mimpi itu Ariel telah bermimpi dia ditangkap oleh penduduk GAZA yang begitu marah dan dendam kepadanya ekoran tindakannya yang angkuh menyerang bumi Palestin. Didalam mimpi itu dia telah diseksa, dirantai tangan dan kakinya kemudian di arak sekeliling bandar GAZA dan di humban kedalam api.
Nauzubillah! Tidak siapa yang dapat memberikan maklumat lanjut mengenai keadaan diri Ariel sekarang. Keadaannya dikatakan dikawal rapi oleh pihak Israel. Namun, gambar-gambar yang memperlihatkan keadaan diri Ariel yang terseksa dan kurus kering tersebar meluas kerana jururawat yang merawat Ariel telah bertindak menangkap gambar bekas pemimpin zalim itu.

Bukan itu sahaja, sebuah muzium di Israel telah bertindak membuat patung lilin yang memakai alat oksigen yang menggambarkan itu adalah diri Ariel. Keadaan dirinya yang diperlihatkan adalah pucat, tidak mampu bergerak mahu pun bertutur. Patung itu direka oleh Noam Braslavsky.
Jika benar keadaan Ariel seperti yang diceritakan dalam laman-laman blog, maka, benarlah firman Allah S.W.T di dalam Al-Quran yang menjelaskan setiap manusia yang melakukan kezaliman pasti mendapat balasan yang setimpal dengan perbuatannya.
Astaghfirullah!
“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahwa Al Qur’an itu adalah benar. Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahwa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu?” – Al-Fushshilat, 53.
Oleh: NAIMAH SHAARI
Sumber

KEKEJAMAN MUSTAFA KAMAL ATTATURK

Hardy boy : Mungkin ramai diantara kita tidak mengenali asal usul Mustafa Kamal Ataturk yang merupakan individu paling utama yang memusnahkan empayar Khilafah Uthmaniah di Turki (yang dahulunya amat hebat dan utuh) semasa pemerintahannya dengan amalan sekularisme. Sehinggakan, jika di Turki, wanita dibenarkan memakai tudung tetapi wanita wajib memakai skirt pendek (maksudnya, takde ertinya kalau pakai tudung tapi perlu membuka aurat).


Natijahnya,  balasan yang Allah berikan kepada Mustafa Kamal Ataturk laknatullah ini, sehingga kini mayatnya tidak dapat ditelan bumi yang akhirnya mayatnya diawet serta dijadikan pameran dalam kotak kaca di Turki untuk tontonan umum  generasi sekarang (begitu besar Allah berikan balasan sehingga mayatnya diaib sebegitu rupa).


---------------------------------------------------------------------------------------------
Dulu Empayar Uthmaniah digeruni oleh Eropah, namun kini mereka digelar Orang Sakit Eropah. Dan dengan keadaan dan suasana hiruk-pikuk serta terasak dari semua penjuru akhirnya Khilafah Uthmaniah ini tercabut terus dari leher pemimpin dan ummahnya pada awal abad ke-20. 

Perdana Menteri mengalungkan bunga di kubur Kamal Attaturk
Selain daripada penyebab di atas, Mustafa Kamal Ataturk adalah manusia yang paling bertanggungjawab memusnahkah sistem Khilafah Uthmaniah Turki, di mana pengkhianatannya bermula semasa beliau dilantik menjadi panglima perang di Palestin. 

Mengikut Dr. Ali Hassan, pada tahun 1924, di mana secara sepihak (tanpa pengetahuan pasukan panglima yang lain) Ataturk menghentikan peperangan dengan Inggeris dan mengundurkan tenteranya secara tiba-tiba. Dia memberi jalan kepada musuh untuk mara ke Utara Palestin tanpa sebarang tentangan sesuai dengan rencana yang telah mereka sepakati bersama Inggeris. 
Inggeris juga memujuk Kamal Ataturk untuk mengadakan pemberontakan terhadap Sultan dan Inggeris berjanji akan membantu rancangan tersebut. Ataturk menkhianati sultan Muhammad VI, dia menjadi tali barut Inggeris, munafik dan talam dua muka. 

Kamal Ataturk memang jelas menjadi tali barut Inggeris, semasa dia dipilih Sultan Abdul Hamid untuk memimpin bala tentera melawan pihak bersekutu dalam beberapa siri peperangan, dia berpura-pura berperang dan membuat lakonan yang anti dan amarah kepada tentera Inggeris, bagi mengelabui mata Sultan, dan pernah satu ketika hasil dari lakonan tersebut dia dianugerahkan dengan pingat gagah berani oleh sultan, sedang di tangan kirinya penuh dengan tipu muslihat dan perjanjian sulit dengan Inggeris untuk meruntuhkan Institusi Khilafah. 

Apabila jatuhnya empayar Uthmaniyah ditangan anak didik barat, Mustafa Kamal Ataturk dengan membawa ideologi sekularisme. Mujadid Said Nursi mengatakan bahawa Turki akan pulih selepas tujuh keturunan setelah beliau melihat  bagaimana Islam telah dihina dan dikeji. 

Beliau sendiri dipenjarakan oleh rejim Ataturk semasa mempertahankan Islam daripada segolongan  sekular didikan barat yang diketuai oleh Mustafa Kamal Ataturk  dengan ideologi sekularisme. Sehingga kini pihak tentera masih lagi berpaksikan ideologi Kamalisme walaupun tampuk kerajaan Turki sudah diambil alih Edogan yang pro Islam.
Kebenaran Said Nursi,setelah tujuh keturunan Turki hampir berubah

Mustafa Kamal Atatürk 1881-10 November 1938 adalah pengasas Republik Turki . Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi, negarawan dan presiden Turki yang pertama.
Beliau adalah komander tentera yang berjaya dan berkhidmar sebagai panglima tentera semasa Pertempuran Gallipoli iaitu ketika Perang Dunia I. Angkatan tentera pimpinan beliau berjaya merampas kembali wilayah Anatolia dan Palestin . Ketika itu Empayar Ottoman / Uthmaniyah sedang dikoyak-koyak oleh Tentera Bersekutu. Mujurlah Mustafa Kamal telah memimpin pergerakan kebangsaan Turki menghadapi Perang Kemerdekaan Turki.
Sultan Abdul Hamid 11,Khalifah Ottoman/Uthmaniyah terakhir

Perginya Khalifah Uthmaniyah terakhir yang tidak menjual walau seinci pun bumi Palestin walaupun telah ditawarkan berbilion dolar oleh pertubuhan Yahudi sedunia.
Bila Khalifah, Sultan Abdul Hamid mengalami kelemahan dan terasak oleh pihak sekutu dan juga Inggeris, Kamal mengambil kesempatan untuk berkuasa. Menurut pendapat Dr. Abdullah Azzam, Mustafa Kamal Ataturk dilahirkan di kota Yahudi, kota Salonika, di mana terdapat 100,000 orang Yahudi daripada keseluruhan penduduk kota berkenaan yang berjumlah 140,000 orang. Banyak sejarawan dan penulis yang mengembalikan asal usul dia dengan keturunan Yahudi, baik nasabnya, darahnya mahupun perbuatannya. 

Kamal Ataturk berpendirian bahawa segala masalah yang dihadapi oleh bangsa Turki adalah disumbangkan oleh Islam. Islam dipersalahkan sebagai punca kepada kemunduran dan kehinaan yang dialami oleh bangsa Turki, walaupun sejarah dengan jelas telah membuktikan bahawa Islamlah menunjangi keagungan pemerintahan Islam Daulah Uthmaniah yang pernah mewujudkan kekuasaan merentangi tiga benua. 

Menurut Dr Abdullah Azzam dan Dr. Mohammad Redzuan Othman, setelah Kamal Ataturk berkuasa pada 29 Oktober 1932, beliau mengistiharkan kelahiran republik Turki moden dengan : 
1. Mengikut segala model Barat dalam pemerintahan. 
2. Sistem yang menjadi dasar adalah sistem republik sekular. 
3. Menghapuskan sistem pemerintahan khilafah . 
Mustafa Kamal Ataturk
4. Pemakaian hijab dilarang di kalangan kaum wanita. Sekiranya dipakai ia dianggap jenayah dan hukuman berat dikenakan. 
5. Pemakainan tarbusy oleh lelaki diganti dengan topi. Juga dianggap jenayah sekiranya dipakai. 
6. Menggantikan huruf arab dengan latin. 
7. Menukar sistem pemerintahan Islam dengan sekular sebagaimana termaktub dalam perlembagaan tahun 1933. 
8. Memansuhkan Artikel 2 yang menyatakan ýAgama Bagi Negara Turki Adalah Islam.ý 
9. Memansuhkan Kementerian Kehakiman Syariah dan diganti dengan Badan Kehakiman Sivil. 
10. Melarang berpoligami dan menyamaratakan hak pewarisan harta dan perkahwinan antara lelaki dan wanita. 
11. 3 Mac 1924 sistem pendidikan sekular menjadi dasar dan sebaliknya dia menutup dan memansuhkan semua madrasah, sekolah agama rakyat, gerakan tariqat dan amalan sufi. 
12. Menggantikan budaya Islam dengan budaya berasaskan Turki dan Barat. 
13. 6 Febuari 1933 arahan telah dikeluarkan agar azan dilaungkan dalam bahasa Turki dan tidak lagi dalam bahasa Arab. 
14. Masjid Aya Sophia diubah statusnya menjadi muzium. 
15. Melatih tentera cara latihan ala Barat. 
16. Mengarahkan supaya dirobohkan tempat azan yang dikumandangkan berhampiran dengan istananya kerana bising dan menganggunya beristirehat. 
17. Melarang kaum muslimin mengerjakan Haji di Makkah. 
18. Perlembagaan Turki melarang keras sebarang unsur dan usaha mengembalikan Islam untuk ditukar dengan sistem pemerintahan dan dasar sekular yang diasaskan oleh Ataturk. Usaha untuk itu dianggap sebagai jenayah dan boleh didakwa, dan yang mendokongi kuat fahaman ini adalah pihak tentera dan juga sekularis-sekularis tulin. 
19. Mendirikan patungnya di setiap tempat. 
20. Menghapuskan Kementerian Wakaf. 
21. 26 November 1925 menghapuskan penggunaan Kalender Hijrah dan menggantikannya dengan kalender Barat. 
22. Mengarahkan agar cuti hujung minggu yang selama ini ialah pada hari Jumaat supaya ditukar ke hari Ahad sebagaimana yang diamalkan oleh Barat. 
Dosa Mustafa Kamal Ataturk
1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.

2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat)


3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden”

5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.


6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
Patung Kamal Attaturk
Patung Kamal Attaturk
8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya diseluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga dibuang sebagai Agama Rasmi negara.


11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.


16. Membatalkan undang-undang waris,faraid secara islam
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Mustafa Kamal Ataturk

Pada 23 Mac 1924 Khilafah Uthmaniah pun dihapuskan dengan resminya oleh Mustafa Kamal Ataturk dari bumi Turki. Satu saat yang paling memilukan hati-hati ummah semesta alam yang cintakan Islam. 



Mustafa Kamal Ataturk tokoh hitam sejarah Islam yang tidak sewajarnya diberi sanjungan kerana pelbagai penghianatan telah dilakukannya terhadap agama Islam, ekonomi dan rakyat Turki. Beliau yang pada mulanya pernah disanjung sehingga digelar “Khalid al Walid” kerana berjaya mengalahkan tentera British lalu diangkat menjadi Presiden Turki yang pertama, menunjukkan belang hitamnya setelah berkuasa.

Beliau menjatuhkan khalifah Uthmaniyah, menghina Islam sehingga sanggup memerintahkan seruan azan dilaungkan dalam bahasa Turki, al Quran yang mengandungi tulisan arab dibakar kerana orang ramai hanya dibolehkan membaca tafsiran dalam bahasa Turki, menukar masjid menjadi gereja, menukar undang-undang Islam kepada undang-undang barat, menggalakan kaum wanita mendedahkan aurat, membunuh ramai ulama yang tidak bersetuju dengan corak pemerintahannya dan pelbagai kekejaman lagi.

Pemimpin yang diagungkan barat sehingga digelar “bapa moden Turki itu” ternyata tidak membawa apa-apa kemodenan terhadap Turki berbanding semasa pemerintahan khalifah Utmaniyah. Kejayaan beliau yang paling ketara hanya membina patung beliau diseluruh Turki seolah mahu rakyat menyembahnya.


Mustafa Kamal Ataturk adalah tokoh hitam sejarah Islam yang telah menjatuhkan kerajaan Uthmaniyah serta melakukan pelbagai penghianatan terhadap Islam...

Ketika Mustafa Kamal Ataturk berada di puncak kuasa...


Mayatnya tidak ditanam tetapi diletakkan dalam keranda lalu disimpan di tempat ini...




Setiap yang bermula akan berakhir, yang kuat akan lemah, yang pasang akan surut, dan kekafiran, kemunafikan, kefasikan dan kezaliman akan terpadam juga akhirnya. Era kezaliman pemimpin brutal ini menemui pintu penghujung hayatnya, yang muda akan tua dan seterusnya akan menemui ajalnya. 

Mustafa Kamal Ataturk
Selama 15 tahun (1923-1938) Ataturk bermaharajalela, melakukan kefasadan yang amat luar biasa terhadap Khilafah Uthmaniah Turki dan Ummahnya. Namun dalam tempoh itu sudah amat cukup untuk dia meperlakukan Islam, menodai ummah dan mencalar-balarkan wajah ummah dengan wajah Barat dan sekular dengan semahu-mahunya. 

Mustafa Kamal Ataturk
Namun ingatlah bahawa Allah itu Maha Mengetahui, Maha Perkasa dan Maha Adil. Dialah yang menetapkan segala keputusan ke atas segala makhluknya. 

Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan 

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia. 

Antaranya ialah : 

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasagatal-gatal seluruh badan. 
2. Sakit jantung. 
3. Penyakit darah tinggi. 
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau. 

Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung,beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. 

Patung Mustafa Kamal Ataturk
Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot denganharapan beliau akan merasa sejuk. 
Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! 

Mustafa Kamal Ataturk
Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan. 

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi,mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. 

Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang memintaulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. 

Mustafa Kamal Ataturk
Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan kedalam muzium yang diberi nama Etna Grafi selama 15 tahun sehingga tahun 1953). 

Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satubinaan marmar beratnya 44 tan. 

Mustafa Kamal Ataturk
Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk".

Mustafa Kamal Ataturk


Makam Mustafa Kamal Ataturk


Mustafa Kamal Ataturk


Mustafa Kamal Ataturk


Bendara Zionis


Mustafa Kamal Ataturk


Mustafa Kamal Ataturk


Mustafa Kamal Ataturk


Mustafa Kamal Ataturk
 



Monday, 18 June 2012

Umat Islam Di Myanmar Di Seksa

Sekiranya kita melakukan tinjauan di kalangan umat islam hari ini dan bertanya mengenai umat Islam yang tertindas, nescaya kita akan mendapat jawapan Palestin, Afghanistan, Iraq, Chechnya dan sebagainya. Namun tidak ramai di kalangan kita yang menginsafi terhadap permasalahan umat Islam Rohingya.
Selama beberapa dekad, orang-orang Rohingya telah menjadi mangsa pelanggaran hak asasi manusia yang sistematik dan meluas di tangan junta tentera Myanmar (Burma).

Dalam satu laporan terbaru yang dikeluarkan oleh Pusat Hak Asasi Manusia Ireland (ICHR), seorang pakar undang-undang hak asasi manusia antarabangsa mendakwa bahawa kekejaman massa yang dilakukan oleh kerajaan junta tentera terhadap minoriti Rohingya yang tinggal di daerah Barat Myammar mungkin merupakan antara jenayah terhebat terhadap kemanusiaan di abad ini.



Permasalahan mereka telah telah diabaikan selama bertahun-tahun dan tiada sebarang tindakan yang sistematik telah dilakukan untuk membantu mereka meneruskan kehidupan sebagai masyarakat manusia yang normal.
Siapakah umat Islam Rohingya?


Umat Islam Rohingya kebanyakannya tinggal di sebelah barat Burma (kini Myanmar) di Negeri Arakan yang bersempadan dengan Bangladesh. Mereka adalah keturunan daripada para pedagang Arab, Parsi, Turki dan lain-lain yang berkahwin dengan penduduk setempat seperti Mughals, Pathan, dan Bengali. Penyebaran Islam di Arakan (dan di sepanjang kawasan pantai selatan Bangladesh) dilakukan oleh para pedagang dan pendakwah dari Asia Barat ini.

Mereka terus menetap di kawasan ini untuk tempoh yang panjang, berkahwin dengan penduduk setempat dan hidup sebati dengan budaya tempatan. Kini, umat Islam Rohingya merupakan 1/3 daripada jumlah penduduk wilayah Arakan, Myanmar dan selebihnya adalah penganut Buddha Arakanese.

Apakah nasib mereka?
Umat Islam Rohingya telah dinafikan daripada hak-hak asasi kemanusiaan dan sentiasa terdedah kepada pencabulan hak asasi manusia secara konsisten oleh pihak juta tentera Myanmar.

Di antara kekejaman yang dilakukan ke atas mereka :
a) Tidak mengiktiraf kerakyatan mereka, dinafikan sijil kelahiran mahupun sijil perkahwinan mereka.
b) Perampasan tanah-tanah milik mereka bagi meneruskan projek pembinaan saluran paip gas dan minyak yang merentasi wilayan Arakan
c) Menjadi mangsa perhambaan moden sebagai buruh paksa seperti bekerja tanpa gaji di tapak pembinaan jalan raya, kereta api, dan bangunan berek tentera.
d) Sekatan makanan sehingga mereka hidup di dalam keadaan kebuluran
Anak-anak Rohingya menagih simpati dunia antarabangsa
e) Sekatan ekonomi, kemudahan kesihatan dan kemudahan asas pendidikan
f) Wanita-wanita dan remaja perempuan mereka dirogol secara beramai-ramai oleh tentera Myanmar
g) Penyembelihan secara beramai-ramai seumpama tragedi 1942 apabila lebih 100,000 orang di kalangan mereka yang telah dibunuh.
h) Pada tahun 1978, seramai 300,000 di kalangan mereka telah dihalau keluar secara massa ke Bangladesh. Kerajaan Bangladesh enggan untuk menyediakan bekalan makanan dan keperluan lain sehingga ramai di kalangan mereka mati kebuluran dan akibat penyakit.

Pada tahun 1991, tentera Burma sekali lagi telah melakukan operasi pembersihan apabila 268,000 ribu di kalangan mereka terpaksa melarikan diri kerana Myanmar ternyata tidak lagi selamat untuk mereka
Selepas bertahun-tahun melalui siri penderitaan yang panjang dan besar, mereka mula mengambil bot-bot kecil ke laut terbuka dengan harapan untuk mendarat di suatu tempat sebagai pelarian politik, ekonomi dan agama.

Ada di kalangan mereka yang mendarat di Thailand, Malaysia, Indonesia dan sebahagiannya di Australia. Namun kebanyakan mereka telah ditolak mentah-mentah oleh semua negara ini.
Diheret ke tengah lautan dalam dan dibiarkan di dalam kapal yang telah dicabut enjinnya

Bahkan ramai di kalangan ‘orang bot’ yang mendarat di Thailand telah dihalau semula ke laut dalam bersama sampan mereka yang telah dicabut enjinnya agar mereka terus hanyut terkapai-kapai tanpa hala tuju. Sebahagian daripada mereka terdampar di Malaysia, Indonesia dan Australia tetapi ribuan di kalangan mereka yang telah mati lemas atau kebuluran di tengah laut.

Tiada siapa yang mahukan mereka ! Bahkan negara-negara yang mendakwa mewakili umat Islam juga tidak mahu mereka, sekali gus membuktikan bahawa seolah-olah umat ini ‘tidak ada harga’ kepada mereka.
Pelarian Rohingya di Acheh

Umat Islam Rohingya telah memohon diberikan status ‘Pelarian Sementara Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sehingga negara-negara lain bersetuju untuk mengambil mereka buat sementara. Indonesia dikatakan akan mempertimbangkan permohonan mereka untuk tinggal di Acheh buat sementara.
Kalau bukan kita, siapa lagi ?
Kenapakah kami dilupakan ?
Isu Rohingya adalah isu umat Islam sejagat. Mereka telah ditindas buat sekian lamanya dan kini sebahagian daripada mereka telah pun mendarat di Malaysia bagi mendapatkan perlindungan dan bantuan kemanusiaan daripada saudara seaqidah mereka.
Ingatlah, bahawa mengambil tahu dan mempunyai kepedulian terhadap orang lain terutamanya saudara seaqidah adalah sesuatu yang sangat dituntut oleh agama Islam yang luhur ini sebagaimana sabdaan Rasulullah saw yang bermaksud,
“Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukanlah mereka daripada kalangannya”
Beberapa saranan :
Kerajaan Malaysia seharusnya mengambil inisiatif untuk menjuarai isu umat Islam Rohingya samada di peringkat antarabangsa dengan menyuarakan permasalahan kronik ini di persidangan OIC, PBB, WHO, ASEAN dan sebagainya.
Badan-badan kerajaan di peringkat nasional dan negeri seharusnya mengambil tanggung-jawab kerana semakin ramai di kalangan umat Islam Rohingya yang telah mendarat bagi mendapatkan perlindungan di Malaysia. Mereka adalah pendatang yang jauh lebih baik untuk dibantu jika dibandingkan daripada kebanyakan pendatang Afrika yang kerap melakukan kekacauan di sana sini terhadap masyarakat temnpatan mahupun sebahagian daripada pelancung dari beberapa Negara yang terlibat dengan aktiviti pelacuran.
NGO dan badan kebajikan yang ada di Malaysia harus mengambil bahagian bagi meringankan bebanan yang dihadapi oleh pelarian Rohingya yang sangat memerlukan bantuan di sudut sosial, ekonomi, kesihatan, pendidikan terutamanya di kalangan anak-anak mereka.
Kalau rakyat Malaysia begitu perihatin dan pelbagai NGO telah ditubuh bagi menangani masalah umat antarabangsa seperti Palestin dan lain-lainnya, kenapa kita kita mengagihkan sedikit tenaga dan bantuan kepada saudara seaqidah yang kini terdampar di negara kita sendiri.
Orang ramai di Malaysia seharusnya mengambil peluang menunjukkan keperihatinan terhadap isu kemanusiaan yang kronik ini dengan membantu meringankan bebanan kehidupan demi masa depan mereka.
Kita juga boleh membantu dengan mendoakan keselamatan dan masa depan mereka serta mengambil tahu perkembangan semasa terhadap keperitan umat yang berpanjangan ini.
Keceriaan mereka, kegembiraan kita….
Dari Nu’man bin Basyir r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda:
“Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal saling mencinta, saling mengasihi dan saling menyayang, bagaikan sebuah tubuh. Apabila salah satu anggota tubuh merasa sakit, maka seluruh tubuh merasa sakit, tidak dapat tidur dan terasa demam.”
Hadith riwayat Muslim
Jom, peduli ummah…..

Sumber: http://www.zainurrashid.com/

Thursday, 10 May 2012

Zionis konsisten dalam misi memusnahkan al-Aqsa

Tarikh 21 Ogos adalah detik hitam bagi umat Islam di seluruh dunia. Genap 42 tahun lalu (21 Ogos 1969), maruah umat Islam tercalar dengan penghinaan apabila Masjid Al-Aqsa dibakar pelampau Yahudi yang disokong kuat Kristian Zionis.

Usaha terkutuk ini dilakukan penjenayah dari Australia, Michael Dennis Rohan.
Rohan menyalakan api di dalam Masjid Al-Aqsa untuk membakar dan sekali gus memusnahkannya. Api marak hampir saja memusnahkan keseluruhan Masjid al-Aqsa. Namun tindakan tangkas umat Islam di Baitulmaqdis selama sehari suntuk mengizinkan mereka memadamkan api berkenaan.

Rohan sebenarnya tidak bersendirian dalam melakukan jenayah keji ini. Dia mendapat sokongan rejim Zionis Israel yang mahu melihat Masjid Al-Aqsa lenyap daripada muka bumi bagi meneruskan projek membina Yahudi, Solomon Temple atau Haikal Sulaiman di dataran Baitulmaqdis.

Penjenayah yang bertanggungjawab terhadap pembakaran itu ditangkap, namun dibebaskan tanpa hukuman. Mahkamah Israel sentiasa bersandiwara apabila memutuskan Rohan, seorang doktor perubatan sebagai tidak siuman dan hanya dihantar pulang ke Australia. Rohan pula dengan bongkaknya berkata, apa yang dilakukannya adalah tanggungjawab agama seperti dalam ajaran Talmud. Dia turut mendakwa berjaya melaksanakan misi diperintahkan tuhan.

Pihak Zionis memulakan perancangan dengan menutup saluran paip ke Masjid Al-Aqsa agar agenda jahat itu berjaya membuahkan hasil maksimum. Tentera Israel juga menghalang pasukan bomba dan warga Arab memasuki kawasan masjid pada hari berkenaan.

al aqsa dibakar 2 Zionis konsisten dalam misi memusnahkan al Aqsa
Tindakan biadab ini menyebabkan sebahagian besar Masjid Al-Aqsa rosak dan menjadi arang. Kemusnahan itu melebihi sepertiga kawasan iaitu kira-kira 1,500 meter persegi daripada 4,400 meter persegi keluasan masjid. Mimbar Salahuddin al-Ayyubi yang bersejarah, Mihrab Zakaria, Masjid Umar al-Khattab dan sebahagian besar serambi masjid juga hangus. Turut musnah atap masjid serta tiang indah dihiasi ayat al-Quran.

Pembakaran Al-Aqsa mengundang protes seluruh dunia Islam bermula dari Maghribi di Barat hingga ke Indonesia di Timur. Banyak pertemuan dan perundingan peringkat serantau dan antarabangsa diadakan bagi menghentikan kemarahan umat Islam. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga terpaksa mengadakan sidang tergempar dan mengeluarkan Resolusi 271 yang mengutuk Israel dan menyeru agar menghentikan segala usaha yang bertujuan merubah status Baitulmaqdis dan pengyahudian Masjid Al-Aqsa.

Pemimpin negara Islam pula bergabung dan bersetuju menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) berikutan pembakaran Masjid Al-Aqsa. Mereka mengadakan pertemuan tergempar di Rabat, ibu negara Maghribi serta menghasilkan resolusi mencegah apa jua usaha penodaan Masjid Al-Aqsa. Namun sedihnya resolusi itu hanya tinggal resolusi yang tidak berjaya dilaksanakan. OIC sebenarnya terbukti gagal dalam mewakili umat Islam bagi menangani keselamatan dan kesucian Masjid Al-Aqsa.

Kesan pahit daripada pembakaran Masjid Al-Aqsa pada 1969 terus dirasai dunia Islam hingga ke saat ini. Banyak lagi jenayah yang dilakukan terhadap Al-Aqsa.

Kini, selepas 42 tahun pembakaran Masjid Al-Aqsa, masih ada ribuan lagi pengganas Zionis dan Yahudi radikal yang terus menanti kelalaian umat Islam untuk memusnahkannya. Zionis sebenarnya bertungkus-lumus untuk mengyahudikan Masjid Al-Aqsa sejak peristiwa An Naksah (malapetaka yang berulang) iaitu peristiwa penjajahan Baitulmaqdis Timur dan Masjid Al-Aqsa pada 1967.

masjid al aqsa 3 300x200 Zionis konsisten dalam misi memusnahkan al Aqsa
Banyak lagi jenayah projek pengyahudian Al-Aqsa dilakukan, termasuk menghalang umat Islam menziarahi masjid ini dan memakmurkannya, menghalang usaha membaik pulih Masjid Al-Aqsa yang rosak, merampas Tembok Buraq yang menjadi sebahagian Al-Aqsa, mengadakan upacara agama Yahudi di dalam Masjid Al-Aqsa, siri pengeboman secara terancang ke atas masjid, siri pembunuhan umat Islam di Masjid Al-Aqsa, penggalian terowong besar dan panjang di bawah masjid ini, mengubah identiti Islam dan Arab kepada Yahudi di Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa serta pembinaan Sinagog Hover bersebelahan Al-Aqsa.

synagog hover Zionis konsisten dalam misi memusnahkan al Aqsa
Synagog Hover yang telah dibina bersebelahan dengan Masjid al-Aqsa
jewish only bridge 300x195 Zionis konsisten dalam misi memusnahkan al Aqsa
Jambatan khusus untuk Yahudi sahaja di perkarangan Masjid al-Aqsa
Sudah terlalu banyak jenayah yang telah dilakukan oleh Zionis terhadap Masjid Al-Aqsa yang menjadi jantung hati umat Islam di sekuruh dunia.
 al aqsa41 300x250 Zionis konsisten dalam misi memusnahkan al Aqsa
Al-Aqsa adalah kiblat pertama, masjid ketiga suci serta bumi Israk dan Mikraj. Masjid Al-Aqsa mesti diselamatkan daripada kemusnahan tangan-tangan jahat Zionis. Apa yang sudah dan sedang berlaku terhadap Al-Aqsa patut menyedarkan umat Islam daripada terus lena di buaian mimpi…..
Artikel ini pernah diterbitkan di ‘The Malaysian Insider’ pada 19hb Ogos 2010 bersempena dengan Sambutan Memperingati Hari Al-Quds Sedunia pada 21hb Ogos di setiap tahun.
Sumber

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Powerade Coupons