Wednesday 29 July 2009

JANGAN SALAHKAN TUHAN JIKA KITA BUAT SALAH


"Apa nak buat. Terimalah. Ini takdir Tuhan. Tuhan hendak saya jadi begini. Kamu jangan menolak takdir."




Itu antara alasan orang bersalah supaya memaksa orang lain menerima segala kesalahannya tanpa kecuali.





Allah memberikan kemampuan kepada manusia untuk menggunakan lidah, tangan, mata, kaki dan sebagainya. Asalnya, Allah-lah yang mencipta semua manusia dan perbuatan  mereka.Namun dalam masa yang sama, Allah berikan kemampuan berikhtiar dan berusaha kepada manusia. 



Kita boleh memilih, hendak makan ataupun tidak. Kita boleh membuat keputusan hendak bercakap ataupun tidak. Dalam keadaan biasa, kita tidak akan bercakap jikalau kita tidak hendak. 'Kehendak itulah ikhtiar ataupun pilihan daripada manusia. Hendak bercakap perkara baik ataupun tidak hendak. Mahu menghubungi seseorang ataupun tidak mahu.





Perbuatan hamba adalah hak makhluk. Allah menjadikan perbuatan manusia, sama ada dprbuatan tersebut dilakukan oleh manusia melalui pergerakan anggota badan , penglihatan, percakapan dan sebagainya. Namun dalam satu ayat, Allah mengatakan, 'Wa asirruu qaulakum' (dan perlahankanlah suara percakapanmu.) Maknanya, Allah menisbahkan perbuatan manusia kepada manusia, kerana memperlahankan dan menguatkan suara itu adalah ikhtiar dan usaha daripada manusia sendiri. 



Manusia bukan 'majbur,' maksudnya bukan terpaksa secara total. Manusia bukan seperti bulu ayam ataupun kapas yang tidak dapat mengawal dirinya sendiri, hanya mengikut arah yang bertiup.  Dalam banyak ayat al-Quran, Tuhan menisbahkan perbuatan manusia kepada manusia sendiri.





Meskipun manusia dan segala perbuatan manusia itu asalnya Tuhan-lah yang menciptanya namun perbuatan itu masih melibatkan ikhtiar dan usaha manusia sendiri. Kerana adanya ikhtiar dan usaha inilah Tuhan mempertanggungjawabkan perbuatan manusia di alam barzakh dan di alam akhirat nanti.





Tuhan adil, jangan kita salahkan Tuhan.





Ikhtiar dan usaha kita sendiri yang hendak buat salah.









اللهم أعني على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك.




Monday 20 July 2009

MOTIVASI SABAR DARI KISAH NABI-NABI

SURAH AL-ANBIYA' (NABI-NABI) ayat 83-90.



وَأَيُّوبَ إِذۡ نَادَىٰ رَبَّهُ ۥۤ أَنِّى مَسَّنِىَ ٱلضُّرُّ وَأَنتَ أَرۡحَمُ ٱلرَّٲحِمِينَ (٨٣) فَٱسۡتَجَبۡنَا لَهُ ۥ فَكَشَفۡنَا مَا بِهِۦ مِن ضُرٍّ۬‌ۖ وَءَاتَيۡنَـٰهُ أَهۡلَهُ ۥ وَمِثۡلَهُم مَّعَهُمۡ رَحۡمَةً۬ مِّنۡ عِندِنَا وَذِڪۡرَىٰ لِلۡعَـٰبِدِينَ (٨٤) وَإِسۡمَـٰعِيلَ وَإِدۡرِيسَ وَذَا ٱلۡكِفۡلِ‌ۖ ڪُلٌّ۬ مِّنَ ٱلصَّـٰبِرِينَ (٨٥) وَأَدۡخَلۡنَـٰهُمۡ فِى رَحۡمَتِنَآ‌ۖ إِنَّهُم مِّنَ ٱلصَّـٰلِحِينَ (٨٦) وَذَا ٱلنُّونِ إِذ ذَّهَبَ مُغَـٰضِبً۬ا فَظَنَّ أَن لَّن نَّقۡدِرَ عَلَيۡهِ فَنَادَىٰ فِى ٱلظُّلُمَـٰتِ أَن لَّآ إِلَـٰهَ إِلَّآ أَنتَ سُبۡحَـٰنَكَ إِنِّى ڪُنتُ مِنَ ٱلظَّـٰلِمِينَ (٨٧) فَٱسۡتَجَبۡنَا لَهُ ۥ وَنَجَّيۡنَـٰهُ مِنَ ٱلۡغَمِّ‌ۚ وَكَذَٲلِكَ نُـۨجِى ٱلۡمُؤۡمِنِينَ (٨٨) وَزَڪَرِيَّآ إِذۡ نَادَىٰ رَبَّهُ ۥ رَبِّ لَا تَذَرۡنِى فَرۡدً۬ا وَأَنتَ خَيۡرُ ٱلۡوَٲرِثِينَ (٨٩) فَٱسۡتَجَبۡنَا لَهُ ۥ وَوَهَبۡنَا لَهُ ۥ يَحۡيَىٰ وَأَصۡلَحۡنَا لَهُ ۥ زَوۡجَهُ ۥۤ‌ۚ إِنَّهُمۡ ڪَانُواْ يُسَـٰرِعُونَ فِى ٱلۡخَيۡرَٲتِ وَيَدۡعُونَنَا رَغَبً۬ا وَرَهَبً۬ا‌ۖ وَڪَانُواْ لَنَا خَـٰشِعِينَ (٩٠


Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika dia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani. (83)

Maka Kami perkenankan doa permohonannya, lalu Kami hapuskan penyakit yang menimpanya, serta Kami kurniakan kepadanya: Keluarganya, dengan seganda lagi ramainya, sebagai satu rahmat dari Kami dan sebagai satu peringatan bagi orang-orang yang taat kepada Kami (supaya bersabar dan mendapat balasan baik). (84)

Dan (demikianlah pula) Nabi-nabi Ismail dan Idris serta Zulkifli; semuanya adalah dari orang-orang yang sabar. (85)

Dan Kami masukkan mereka dalam (kumpulan yang dilimpahi) rahmat Kami: Sesungguhnya mereka adalah dari orang-orang yang soleh. (86)

Dan (sebutkanlah peristiwa) Zunnun, ketika dia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan dia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan; (setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku) maka dia pun menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita dengan berkata: Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri. (87)

Maka Kami kabulkan permohonan doanya dan Kami selamatkan dia dari kesusahan yang menyelubunginya dan sebagaimana Kami menyelamatkannya, Kami akan selamatkan orang-orang yang beriman (ketika mereka merayu kepada Kami). (88)

Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika dia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi. (89)

Maka Kami perkenankan doanya dan Kami kurniakan kepadanya (anaknya) Yahya, dan Kami perelokkan keadaan isterinya yang mandul, (untuk melahirkan anak) baginya. (Kami limpahkan berbagai ihsan kepada Rasul-rasul itu ialah kerana) sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan dan sentiasa berdoa kepada kami dengan penuh harapan serta gerun takut dan mereka pula sentiasa khusyuk (dan taat) kepada Kami. (90)


 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Powerade Coupons