Monday, 24 February 2020

ADAKAH BENAR MALAM 1 REJAB ANTARA MALAM MUSTAJAB DOA?

Assalamualaikum.



Mohon pencerahan ustazah tentang malam-malam mustajab doa ini, adakah ia sahih :















Waalaikumussalam.





Ini hadith palsu.





Hadith yang sahih menyatakan bahawa setiap 1/3 akhir malam adalah masa mustajab doa. 





Sabda Nabi Muhammad saw :





ينزل ربنا تبارك وتعالى كل ليلة إلى السماء الدنيا حين يبقى ثلث الليل الآخر 


يقول : من يدعوني فأستجيب له


 من يسألني فأعطيه 


.من يستغفرني فأغفر له


Maksudnya :





"Tuhan kita yang Maha Mulia dan Maha Tinggi turun pada setiap malam ke langit dunia, ketika malam tinggal 1/3 terakhir. Tuhan berkata : Sesiapa berdoa kepadaKu, akan Aku perkenankan doanya. Sesiapa meminta kepadaKu, akan Aku berikan permintaannya. Sesiapa memohon keampunan dariKu, akan Aku ampunkan dia."





(Sahih al-Bukhari, Kitab al-Tahajjud, Bab Berdoa Dan Solat Pada Akhir Malam)





Waktu 1/3 akhir malam ada pada SEMUA malam, termasuk malam 1 Rejab dan malam hariraya.





Jangan mengejar dan menyebarkan sesuatu yang tiada asal, kerana ia akan menutup apa yang lebih utama diketahui dan diamalkan.





Rebut peluang yang dijanjikan oleh hadith yang sahih.





Sebarkan apa yang dijanjikan dalam hadith yang sahih.





والله الموفق




0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Powerade Coupons