Sunday 11 October 2009

TUHAN YANG MENAMBAH DAN MENAHAN USIA





Penatnya bermusafir balik ke kampung bagaikan masih terasa, walaupun Syawal sudah hampir sampai ke penghujungnya. Menjalani trimester ketiga, dalam usia menjejaki 35 tahun, dalam bulan Ramadan dan Syawal pula, rupa-rupanya satu pengalaman yang mencabar. Juadah lazat hanya mampu dijamah yang terpilih sahaja.





Lumrah hidup di dunia, apabila makan kita menjadi kenyang. Lain pula lumrah hidup di syurga, tidak ada rasa lapar dan apabila makan tidak pula rasa kekenyangan, sebab jika sudah kenyang nikmat makan itu sudah tidak ada, sedangkan juadah syurga begitu banyak terhidang dan tersedia buat dijamah oleh penghuninya pada bila-bila masa.




Aduh, dapatkan kita masuk syurga?




Dan lumrah hidup di dunia juga kita akan menjadi tua. Meskipun terlalu penat pada awal Syawal di kampung, saya menggagahkan diri ikut keluarga menziarahi nenek yang sudah hampir 100 tahun usianya. Pendengarannya adakalanya baik, ada kalanya kurang. Ketika pendengarannya baik, bercakap dengan suara biasa yang perlahan pun dia dapat mendengar dan membalas. Ingatannya juga masih baik.




"Baru sebulan nenek tidak dapat bangun berjalan," kata ibu saudara saya. Lama sudah saya tidak pulang ke kampung.




"Bagaimana mulanya?" saya bertanya.




"Tiba-tiba sahaja suatu pagi dia kata dia rasa sangat letih. Langsung tidak dapat berjalan sejak hari itu."




Semudah itu Tuhan menarik nikmat berjalan. Kami diam memanjang.




"Makannya bagaimana pula?" saya bertanya lagi.




"Masih berselera, tetapi lepas makan dia kata badannya menjadi sangat letih."




Saya memegang tangan tua nenek saya. Seingat-ingat saya, sejak zaman saya kanak-kanak lagi, dia tidak pernah diserang penyakit berat. Semasa mudanya dia memang bekerja kuat. Saya menjamah urat-urat hijau berselirat timbul dari tangan yang kurus itu. Kuku-kuku tangan dan kakinya juga sudah tinggal sedikit, bagaikan sudah mati akarnya, tidak akan tumbuh panjang lagi. Nenek saya tersenyum memerhatikan kami semua yang mengelilinginya. Saya menahan airmata, jangan sampai tertumpah di depan ramai itu.




"Barangkali semua sistem badannya sudah lemah. Apabila makanan dicerna, badan pun turut menjadi letih," saya mengagak.




"Ya, begitulah agaknya. Ada sekali nenek kata dia sudah hendak mati. Katanya, 'Telefon Abang Hasan.'"




Ayahanda saya melawatnya hampir setiap hari. Beliau pun sudah uzur, tetapi jarak Kampung Tiong dengan kampung Kota yang dekat memudahkan beliau berulang alik menziarahi bondanya.





Kami tidak berlama-lama. Kami mahu nenek berehat awal. Kata ibu saudara saya semasa menghantar kami ke pintu, "Kadang-kadang terfikir juga, biarlah dia pergi meninggalkan kita, sebab barangkali mati itu lebih baik baginya."



Ada sebuah kisah yang diceritakan oleh HAMKA semasa menafsirkan ayat 5 dan 6 Surah al-Tin.    




ثُمَّ رَدَدۡنَـٰهُ أَسۡفَلَ سَـٰفِلِينَ (٥) إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ فَلَهُمۡ أَجۡرٌ غَيۡرُ مَمۡنُونٍ۬ (٦     





Kemudian
(jika dia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan
itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang
rendah, (5)
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus. (6)











Kata HAMKA, "...Tentang ini penulis tafsir ini berpengalaman. 'Ammati (saudara perempuan ayahku), Uaik Tuo Aisyah meninggal dalam usia 86 tahun. Sejak beberapa tahun sebelum meninggal beliau telah pekak tuli, sehingga tidak mendengar lagi apa yang kita bicarakan dekat beliau. Tetapi sejak masih gadisnya beliau menuruti ajaran ayahnya, Tuanku Syaikh Amrullah iaitu mewiridkan membaca al-Quran sekhatam-khatam. Dan kalau tidak ada kesempatan, namun surah-surah Yasin, al-Waqi'ah, al-Kahfi, al-Mulk dan beberapa surah lain beliau hafal di luar kepala, dan surah-surah itulah yang selalu beliau baca. Maka meskipun sudah tua dan telinga sudah pekak, namun beliau tidak sampai pikun. Kerja beliau sehari-hari hanya membaca al-Quran sehingga pekaknya tidak jadi rintangan baginya. Setelah dia sakit akan meninggal, mulutnya masih berkomat-kamit membaca al-Quran. Dan beberapa jam lagi dia akan menutup mata masih sempat dengan senyum dia berkata bahawa dia mendengarkan suara-suara yang indah merdu membaca al-Quran. Lalu beliau suruh anak cucu yang mengelilinginya turut berdiam mendengarkan bacaan itu. Padahal bacaan itu tidak didengar oleh mereka. Dan beliau pun meninggal dalam senyum, barangkali dalam suasana mendengar suara merdu membaca al-Quran..."

 

Sekian dari HAMKA yang saya salin secara verbatim.




Jika Ramadan dan Syawal tahun ini umur kita sekian, tahun depan, kalaupun kita hidup, umur kita akan bertambah. Dari tahun ke tahun kita akan tetap semakin tua, walaupun kita sendiri mungkin berasa masih muda. Dari tahun ke tahun kita semakin dekat dengan alam akhirat yang merupakan perkara 'as-sam'iyyat', perkara-perkara yang semata-mata kita dapat tahu melalui kata Tuhan dalam al-Quran dan kata Nabi dalam hadis beliau.







Garis-garis halus di wajah kita tidak akan bertambah halus, apatah lagi menghilang. Garis-garis itu akan bertambah nyata dari tahun ke tahun yang akan datang. Semakin bertambah usia, rezeki anak dan rezeki harta biasanya bertambah-tambah juga. Mudah-mudahan, garis-garis halus itu mengingatkan kita, di dunia ini Tuhan akan sentiasa menambah usia seiring dengan bertambahnya rezeki dan anak-anak kita.




Muda selamanya hanya ada di dalam syurga, sebab hanya di sana Tuhan tahan usia kita, tidak bertambah sampai bila bila.





اللهم أصلح لي ديني الذي هو عصمة أمري

وأصلح لي دنيايا التي فيها معاشي

وأصلح لي أخرتي التي فيها معادي

واجعل الحياة زيادة لي في كل خير

واجعل الموت راحة لي من كل شر

Sunday 4 October 2009

Saad bin Muaz

"Sebuah kisah mengenai seorang sahabat Nabi Muhamad SAW iaitu Saad bin Muaz.

Saad Bin Muaz ialah sahabat nabi yang paling hitam, lebih hitam dari bilal. Beliau telah memeluk islam pada umur 31 tahun dan beliau telah meninggal dunia pada umur 37 tahun kerana telah syahid didalam peperangan. Ini bermakna beliau hanya memeluk islam selama 6 tahun sahaja.

Tetapi disaat syahid beliau, Rasulullah berkata Arash Allah bergegar kerana dengan tangisan para malaikat.Ini kerana besarnya sumbangan dan pengorbanan Saad bin Muaz kepada perkembangan Islam pada masa itu.

" Cuba kita fikirkan sudah berapa lama kita dalam islam - 20 tahun? 30 tahun ? 50 tahun mahupun 70 tahun ??? Cuba senaraikan apakah sumbangan dan pengorbanan kita kepada agama islam yang maha suci ini??

Umat islam kini lebih sibuk mengumpul harta dunia dan lebih bersifat individulistik ??"

Memandangkan ummi dah terlalu lama mengabaikan blog pengisian keluarga kita ini, maka di kelapangan yang Allah berikan ini, ingin ummi sampai kan sesuatu untuk semua sebagai pengisian untuk kita semua.. semoga bermanfaat..

Kisah ni, ummi baru dapat semasa kuliah agama di office semalam. Tapi, bila browse internet, dah pun ada details mengenainya dalam salah satu blog sahabat ni.. so, ummi copy and paste here.

sebagai pengisian untuk semua..
---------------------------------------------------------------
Saad bin Muaz, beliau ada seorg sahabat yg berkulit amat hitam. kisahnya beliau ini telah meminang ramai wanita, tetapi semua menolak beliau, jadi beliau pun pergi berjumpa dengan Rasulullah. Rasulullah berkata jgnlah engkau risau wahai Saad, aku menjamin engkau. Lalu Rasullullah bertanya kepada sahabat yg lain samada ada diantara mereka yg tahu tempat tinggal seorang gadis yg amat terkenal kecantikannya di madinah pada waktu itu lalu jawablah seorang sahabat. sahabat tersebut disuruh oleh Rasulullah untuk membawa Saad bin Muaz untuk meminang gadis tersebut dengan Nabi sendiri yg menjamin Saad.

Di rumah wanita tersebut, setelah berborak buat seketika dengan bapa wanita tersebut, saad pon menyatakanlah hajat dia iaitu mahu meminang anak gadisnya dengan Rasul menjadi penjamin. lalu terperanjatlah bapa wnaita ini tadi, berubah air mukanya dan menghalau saad keluar dr rumahnya. lalu keluarlah Saad dan pulang menemui Rasulullah. wanita tersebut keluar berjumpa bapanya dan bertanya kenapa ditolak pinangan Saad. tanya bapanya adakah dia mahu berkahwin dengan saad yg hodoh orgnya itu? maka kata anaknya mahu atau tidak bukan jawapannya, kerana saad itu adalah pilihan Allah dan Rasulnya, maka tidaklah boleh mereka menolaknya. Pulang Saad menemui Rasulullah, dikhabarkannya bahawa pinangan beliau telah pun ditolak. kemudian dtg bapa gadis tersebut menemui Rasulullah dan memohon maaf kerana menolak pinangan saad sebelum itu dan menyatakan persetujuaannya di atas pinangan tersebut.

Di tanya Rasulullah kepada Saad, adakah kau duit untuk berkahwin? maka jawab saad tiada, lalu Rasulullah menyuruh beliau menemui Abdul Rahman bin Auf dan meminta 20 dinar, menemui Abu Bakar (kalo tak saya, nnt sy check balik) dan meminta 10 dinar dan saidina Ali berjumlah 10 dinar. lalu pergilah saad berjumpa mereka dan diberi oleh Abdul Rahman sebanyak 40 dinar, Abu Bakar sebanyak 20 dinar dan Saidina Ali memberi 20 dinar. lalu pulang Saad berjumpa Rasul dan menyatakan bahawa beliau telah mendapat 80 dinar. lalu Rasulullah berkata, gunakanlah 40 dinar untuk mahar dan selebihnya untuk membeli peralatan rumahtangga. jadi pergilah saad membeli barang keperluan rumahtangganya.

semasa memilih barang keperluannya, terdengar saad jeritan mengatakann Rasulullah memanggil semua bersedia untuk berperang kerana musuh telah tiba, lalu saad menggunakan semua wang miliknya untuk membeli kuda, pedang dan baju perisai lengkap dan terus ke medan perang. sesampainya beliau dilihat telah ramai org bersedia dan beliau terus ke bahagian hadapan dan duduk di sebelah saidina umar (yg ni pon lupa, sahabat yg mana, nnt check balik). berbisik-bisiklah sahabat yg lain mengatakan siapakah itu kerana saad perperisai penuh menutup muka, ada yg mengatakan mungkin dtg dari yaman dan turut serta di dalam peperangan setelah diseru oleh Rasulullah.

dalam peperangan tersebut, kuda Saad telah di panah lalu tumbang, saad yang jatuh, bangun lalu menyinsingkan lengannya kemudian barulah sahabat yg lain perasan bahawa itu adalah Saad bin Muaz yg terkenal dengan kehitamannya. Beliau telah gugur di dalam peperangan tersebut sebagai seorang syahid tanpa sempat menyentuh pon isteri beliau. Berkata Rasulullah, di saat syahidnya Saad, bergegarlah Arash Allah dengan tangisan para malaikat.

Ini adalah satu kisah yang memaparkan betapa besar pengorbanan para sahabat yg sanggup meninggalkan isteri yg baru mereka nikahi untuk pergi ke medan perang memperjuangkan agama Allah.

Sumber : http://www.blogcatalog.com/blog/selamat-datang-ke-blog-melayu-bestari/cdc5cd46293c51c412943cc764491079
dan : http://azmirabdullah.blogspot.com/2007/01/saad-bin-muaz.html

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Powerade Coupons