Hardy  boy : Mungkin ramai diantara kita tidak mengenali asal usul Mustafa  Kamal Ataturk yang merupakan individu paling utama yang memusnahkan  empayar Khilafah Uthmaniah di Turki (yang dahulunya amat hebat dan utuh)  semasa pemerintahannya dengan amalan sekularisme. Sehinggakan, jika di  Turki, wanita dibenarkan memakai tudung tetapi wanita wajib memakai  skirt pendek (maksudnya, takde ertinya kalau pakai tudung tapi perlu  membuka aurat).
Natijahnya,  balasan yang Allah berikan kepada Mustafa  Kamal Ataturk laknatullah ini, sehingga kini mayatnya tidak dapat  ditelan bumi yang akhirnya mayatnya diawet serta dijadikan pameran dalam  kotak kaca di Turki untuk tontonan umum  generasi sekarang (begitu  besar Allah berikan balasan sehingga mayatnya diaib sebegitu rupa).
---------------------------------------------------------------------------------------------
Dulu  Empayar Uthmaniah digeruni oleh Eropah, namun kini mereka digelar Orang  Sakit Eropah. Dan dengan keadaan dan suasana hiruk-pikuk serta  terasak  dari semua penjuru akhirnya Khilafah Uthmaniah ini tercabut  terus dari  leher pemimpin dan ummahnya pada awal abad ke-20. 
![]()  | 
| Perdana Menteri mengalungkan bunga di kubur Kamal Attaturk | 
Selain   daripada penyebab di atas, Mustafa Kamal Ataturk adalah manusia yang   paling bertanggungjawab memusnahkah sistem Khilafah Uthmaniah Turki, di   mana pengkhianatannya bermula semasa beliau dilantik menjadi panglima   perang di Palestin. 
Mengikut  Dr. Ali Hassan, pada tahun 1924, di  mana secara sepihak (tanpa  pengetahuan pasukan panglima yang lain)  Ataturk menghentikan peperangan  dengan Inggeris dan mengundurkan  tenteranya secara tiba-tiba. Dia  memberi jalan kepada musuh untuk mara  ke Utara Palestin tanpa sebarang  tentangan sesuai dengan rencana yang  telah mereka sepakati bersama  Inggeris. 
Inggeris  juga memujuk  Kamal Ataturk untuk mengadakan pemberontakan terhadap  Sultan dan  Inggeris berjanji akan membantu rancangan tersebut. Ataturk  menkhianati  sultan Muhammad VI, dia menjadi tali barut Inggeris,  munafik dan talam  dua muka. 
Kamal  Ataturk memang jelas menjadi tali barut  Inggeris, semasa dia dipilih  Sultan Abdul Hamid untuk memimpin bala  tentera melawan pihak bersekutu  dalam beberapa siri peperangan, dia  berpura-pura berperang dan membuat  lakonan yang anti dan amarah kepada  tentera Inggeris, bagi mengelabui  mata Sultan, dan pernah satu ketika  hasil dari lakonan tersebut dia  dianugerahkan dengan pingat gagah berani  oleh sultan, sedang di tangan  kirinya penuh dengan tipu muslihat dan  perjanjian sulit dengan Inggeris  untuk meruntuhkan Institusi Khilafah. 
Apabila  jatuhnya empayar Uthmaniyah ditangan anak didik barat, Mustafa Kamal  Ataturk dengan membawa ideologi sekularisme. Mujadid Said Nursi  mengatakan bahawa Turki akan pulih selepas tujuh keturunan setelah  beliau melihat  bagaimana Islam telah dihina dan dikeji. 
Beliau  sendiri dipenjarakan oleh rejim Ataturk semasa mempertahankan Islam  daripada segolongan  sekular didikan barat yang diketuai oleh Mustafa  Kamal Ataturk  dengan ideologi sekularisme. Sehingga kini pihak tentera  masih lagi berpaksikan ideologi Kamalisme walaupun tampuk kerajaan Turki  sudah diambil alih Edogan yang pro Islam.
![]()  | 
Kebenaran Said Nursi,setelah tujuh keturunan Turki hampir berubah  | 
Mustafa  Kamal Atatürk 1881-10 November 1938 adalah pengasas Republik Turki .  Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi, negarawan dan  presiden Turki yang pertama.
Beliau  adalah komander tentera yang berjaya dan berkhidmar sebagai panglima  tentera semasa Pertempuran Gallipoli iaitu ketika Perang Dunia I.  Angkatan tentera pimpinan beliau berjaya merampas kembali wilayah  Anatolia dan Palestin . Ketika itu Empayar Ottoman / Uthmaniyah sedang  dikoyak-koyak oleh Tentera Bersekutu. Mujurlah Mustafa Kamal telah  memimpin pergerakan kebangsaan Turki menghadapi Perang Kemerdekaan  Turki.
![]()  | 
Sultan Abdul Hamid 11,Khalifah Ottoman/Uthmaniyah terakhir  | 
![]()  | 
Perginya  Khalifah Uthmaniyah terakhir yang tidak menjual walau seinci pun bumi  Palestin walaupun telah ditawarkan berbilion dolar oleh pertubuhan  Yahudi sedunia.  | 
Bila   Khalifah, Sultan Abdul Hamid mengalami kelemahan dan terasak oleh  pihak  sekutu dan juga Inggeris, Kamal mengambil kesempatan untuk  berkuasa.  Menurut pendapat Dr. Abdullah Azzam, Mustafa Kamal Ataturk  dilahirkan di  kota Yahudi, kota Salonika, di mana terdapat 100,000  orang Yahudi  daripada keseluruhan penduduk kota berkenaan yang  berjumlah 140,000  orang. Banyak sejarawan dan penulis yang  mengembalikan asal usul dia  dengan keturunan Yahudi, baik nasabnya,  darahnya mahupun perbuatannya. 
Kamal   Ataturk berpendirian bahawa segala masalah yang dihadapi oleh bangsa   Turki adalah disumbangkan oleh Islam. Islam dipersalahkan sebagai punca   kepada kemunduran dan kehinaan yang dialami oleh bangsa Turki, walaupun   sejarah dengan jelas telah membuktikan bahawa Islamlah menunjangi   keagungan pemerintahan Islam Daulah Uthmaniah yang pernah mewujudkan   kekuasaan merentangi tiga benua. 
Menurut  Dr Abdullah Azzam dan  Dr. Mohammad Redzuan Othman, setelah Kamal  Ataturk berkuasa pada 29  Oktober 1932, beliau mengistiharkan kelahiran  republik Turki moden  dengan : 
1. Mengikut segala model Barat dalam pemerintahan. 
2.  Sistem yang menjadi dasar adalah sistem republik sekular. 
3.  Menghapuskan sistem pemerintahan khilafah . 
![]()  | 
| Mustafa Kamal Ataturk | 
4. Pemakaian hijab  dilarang di kalangan kaum wanita. Sekiranya dipakai ia dianggap jenayah  dan hukuman berat dikenakan. 
5. Pemakainan tarbusy oleh lelaki  diganti dengan topi. Juga dianggap jenayah sekiranya dipakai. 
6.  Menggantikan huruf arab dengan latin. 
7. Menukar sistem pemerintahan  Islam dengan sekular sebagaimana termaktub dalam perlembagaan tahun  1933. 
8. Memansuhkan Artikel 2 yang menyatakan ýAgama Bagi Negara  Turki Adalah Islam.ý 
9. Memansuhkan Kementerian Kehakiman Syariah  dan diganti dengan Badan Kehakiman Sivil. 
10. Melarang berpoligami  dan menyamaratakan hak pewarisan harta dan perkahwinan antara lelaki dan  wanita. 
11.  3 Mac 1924 sistem pendidikan sekular menjadi dasar dan  sebaliknya dia  menutup dan memansuhkan semua madrasah, sekolah agama  rakyat, gerakan  tariqat dan amalan sufi. 
12. Menggantikan budaya  Islam dengan budaya berasaskan Turki dan Barat. 
13. 6 Febuari 1933  arahan telah dikeluarkan agar azan dilaungkan dalam bahasa Turki dan  tidak lagi dalam bahasa Arab. 
14. Masjid Aya Sophia diubah statusnya  menjadi muzium. 
15. Melatih tentera cara latihan ala Barat. 
16.   Mengarahkan supaya dirobohkan tempat azan yang dikumandangkan   berhampiran dengan istananya kerana bising dan menganggunya   beristirehat. 
17. Melarang kaum muslimin mengerjakan Haji di Makkah. 
18.  Perlembagaan Turki melarang keras sebarang unsur dan usaha   mengembalikan Islam untuk ditukar dengan sistem pemerintahan dan dasar   sekular yang diasaskan oleh Ataturk. Usaha untuk itu dianggap sebagai   jenayah dan boleh didakwa, dan yang mendokongi kuat fahaman ini adalah   pihak tentera dan juga sekularis-sekularis tulin. 
19. Mendirikan  patungnya di setiap tempat. 
20. Menghapuskan Kementerian Wakaf. 
21.  26 November 1925 menghapuskan penggunaan Kalender Hijrah dan  menggantikannya dengan kalender Barat. 
22.  Mengarahkan agar cuti  hujung minggu yang selama ini ialah pada hari  Jumaat supaya ditukar ke  hari Ahad sebagaimana yang diamalkan oleh  Barat. 

Dosa Mustafa Kamal Ataturk
1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat  pakai skirt/ROK.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan  syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat)
3.  Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak  ramai. Beliau sendiri  pernah menari dengan seorang wanita di sebuah  parti umum yang pertama  di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan  maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden”

5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6.  Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki  sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
![]()  | 
| Patung Kamal Attaturk | 
![]()  | 
| Patung Kamal Attaturk | 
8.  Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk  memodenkan Turki.  Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan  tugu-tugunya  diseluruh bandar Turki.
9.  Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau  dengan  terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan  dengan  urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga dibuang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan  terang-terangan
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar  berdasarkan undang-undang barat.

14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang  berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan  anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang  waris,faraid secara islam
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan  huruf Arab kepada huruf Latin.
18.  Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun.  Berlaku peristiwa  apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan  dan dimana tuhan  tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab  ‘Kamal Atartuk  adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan  yang diberikan  oleh askar itu.
Pada  23 Mac  1924 Khilafah Uthmaniah pun dihapuskan dengan resminya oleh  Mustafa  Kamal Ataturk dari bumi Turki. Satu saat yang paling memilukan  hati-hati  ummah semesta alam yang cintakan Islam. 
Mustafa  Kamal  Ataturk tokoh hitam sejarah Islam yang tidak sewajarnya diberi  sanjungan  kerana pelbagai penghianatan telah dilakukannya terhadap  agama Islam,  ekonomi dan rakyat Turki. Beliau yang pada mulanya pernah  disanjung  sehingga digelar “Khalid al Walid” kerana berjaya mengalahkan  tentera  British lalu diangkat menjadi Presiden Turki yang pertama,  menunjukkan  belang hitamnya setelah berkuasa.
Beliau menjatuhkan khalifah Uthmaniyah, menghina Islam sehingga sanggup memerintahkan seruan azan dilaungkan dalam bahasa Turki, al Quran yang mengandungi tulisan arab dibakar kerana orang ramai hanya dibolehkan membaca tafsiran dalam bahasa Turki, menukar masjid menjadi gereja, menukar undang-undang Islam kepada undang-undang barat, menggalakan kaum wanita mendedahkan aurat, membunuh ramai ulama yang tidak bersetuju dengan corak pemerintahannya dan pelbagai kekejaman lagi.
Pemimpin yang diagungkan barat sehingga digelar “bapa moden Turki itu” ternyata tidak membawa apa-apa kemodenan terhadap Turki berbanding semasa pemerintahan khalifah Utmaniyah. Kejayaan beliau yang paling ketara hanya membina patung beliau diseluruh Turki seolah mahu rakyat menyembahnya.
Beliau menjatuhkan khalifah Uthmaniyah, menghina Islam sehingga sanggup memerintahkan seruan azan dilaungkan dalam bahasa Turki, al Quran yang mengandungi tulisan arab dibakar kerana orang ramai hanya dibolehkan membaca tafsiran dalam bahasa Turki, menukar masjid menjadi gereja, menukar undang-undang Islam kepada undang-undang barat, menggalakan kaum wanita mendedahkan aurat, membunuh ramai ulama yang tidak bersetuju dengan corak pemerintahannya dan pelbagai kekejaman lagi.
Pemimpin yang diagungkan barat sehingga digelar “bapa moden Turki itu” ternyata tidak membawa apa-apa kemodenan terhadap Turki berbanding semasa pemerintahan khalifah Utmaniyah. Kejayaan beliau yang paling ketara hanya membina patung beliau diseluruh Turki seolah mahu rakyat menyembahnya.
![]()  | 
Mustafa  Kamal Ataturk adalah tokoh hitam sejarah Islam yang telah menjatuhkan  kerajaan Uthmaniyah serta melakukan pelbagai penghianatan terhadap  Islam...  | 
![]()  | 
| Ketika Mustafa Kamal Ataturk berada di puncak kuasa... | 
![]()  | 
| Mayatnya tidak ditanam tetapi diletakkan dalam keranda lalu disimpan di tempat ini... | 
 Setiap yang bermula akan berakhir, yang kuat akan lemah, yang pasang akan surut, dan kekafiran, kemunafikan, kefasikan dan kezaliman akan terpadam juga akhirnya. Era kezaliman pemimpin brutal ini menemui pintu penghujung hayatnya, yang muda akan tua dan seterusnya akan menemui ajalnya.
Selama  15 tahun (1923-1938) Ataturk bermaharajalela, melakukan kefasadan yang  amat luar biasa terhadap Khilafah Uthmaniah Turki dan Ummahnya. Namun  dalam tempoh itu sudah amat cukup untuk dia meperlakukan Islam, menodai  ummah dan mencalar-balarkan wajah ummah dengan wajah Barat dan sekular  dengan semahu-mahunya. 
Namun  ingatlah bahawa Allah itu Maha Mengetahui, Maha Perkasa dan Maha Adil.  Dialah yang menetapkan segala keputusan ke atas segala makhluknya. 
Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan 
Di  saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau  sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab  yang Allah berikan di dunia. 
Antaranya ialah : 
1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasagatal-gatal seluruh badan. 
2. Sakit jantung. 
3. Penyakit darah tinggi. 
4.  Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa  diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam.  Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di  dalam selimut untuk menyejukkan beliau. 
Maha  suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh  kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung,beliau menjerit  sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. 
Oleh  kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka yang bertanggung jawab  telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot  denganharapan beliau akan merasa sejuk. 
Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! 
Pada  26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu  panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan. 
Pada  9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya  meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang  memandi,mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. 
Mayatnya  diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang  memintaulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan  menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan  azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. 
Bila  mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak  bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya). Disebabkan putus asa,  mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan kedalam muzium yang diberi  nama Etna Grafi selama 15 tahun sehingga tahun 1953). 
Selepas  15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi  sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu  bukit ditanam dalam satubinaan marmar beratnya 44 tan. 
Mayatnya  ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama  sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa "jangan kata bumi  Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk".
![]()  | 
| Mustafa Kamal Ataturk | 
![]()  | 
| Makam Mustafa Kamal Ataturk | 
![]()  | 
| Mustafa Kamal Ataturk | 
![]()  | 
| Mustafa Kamal Ataturk | 
![]()  | 
| Bendara Zionis | 
![]()  | 
| Mustafa Kamal Ataturk | 
![]()  | 
| Mustafa Kamal Ataturk | 
![]()  | 
| Mustafa Kamal Ataturk | 
![]()  | 
| Mustafa Kamal Ataturk | 
01:09





























 Posted in:  
5 comments:
Allah itu Maha Adil
Maha Suci Allah...
Subhanallah
bukan dia sorang menjatuhkan Kalifah Uthmaniyyah jangan lupa puak-puak besar khawrij,syiah,wahabi dan lain2 pengkianat bersama yahudi dan nasrani mereka yang dalam 72 golongan di katakan Rasulullah saw orang-orang munafik, berpeganglah aswj fahaman asyairah dan maturudiyyah sebenar ulamak tabiul tabiin, dan para tabi'n iaitu ulama mujtahid
terima kasih atas perkongsian. bersyukur sangat apabila dapat mengetahui siapa MKA yang disebut² dalam buku cerita cinta Ahmad ammar. said nursi pula? hehe
Post a Comment