
MODUL 1 : UJIAN TANDA KASIH-NYAA. Tema : Modul ini berasaskan ayat al-Quran iaitu Surah al-Hadid, ayat 22-23.B. Konsep : Membibitkan kesedaran kepada mangsa banjir bahawa ujian yang menimpa mereka telah diketahui oleh Allah swt sejak bumi belum dicipta, dengan tujuan menguji hamba2Nya yang terpilih. Golongan yang berjaya ialah golongan yang bersabar, serta tidak berganjak daripada mentaati perintah Allah.C. Modus Operandi :1. Membuat halaqah al-Quran, membaca surah al-Hadid. Bimbingi satu ayat demi satu ayat. Options :a. Sebaiknya mula dari ayat 1 hingga 29. b. Jika masa terhad, boleh mulakan dari ayat 16 sehingga 29.c. Jika tahap audiens dirasakan perlu kepada bacaan yang lebih ringkas, baca Surah al-Fatihah, al-Ikhlas 3x, al-Falaq 3x...