Sunday, 3 December 2017

ISLAM, MA’RIFATULLAH DAN ITTIBA’ SUNNAH RASULULLAH SAW

🔸Allah swt  menurunkan agama yang lengkap dan bersistem, menerusi Nabi Muhammad saw. Setiap suruhan dan larangan mengandungi hikmah yang mendalam. 🔸Agama yang Allah turunkan itu dipelihara Allah swt dalam disiplin ilmu yang kemas. Allah swt memelihara al-Quran daripada sebarang tokok tambah, dan Allah memelihara hadith Nabi saw daripada campur tangan manusia. Setiap kali tersebar hadith palsu misalnya, akan ada ulama’ yang mendalami ilmu al-Quran dan al-Sunnah akan menepis dan memperingatkan akan kepalsuannya. 🔸Allah swt Maha Mengetahui akan tabiat dan sikap hamba-hambaNya, sama ada mereka bernama ulama', ustaz, ustazah, kiyai, tok guru, murid ataupun orang awam.Semua hamba Allah, tidak kira siapa mereka, Allah perintahkan agar kembali kepada ajaran Allah dan...

Saturday, 2 December 2017

Zikir Dan Istighfar Untuk Memajukan Bisnes?

Pandangan Ringkas Tentang Zikir Dan Istighfar Bagi Melariskan Jualan Dan Memajukan Bisnes🔸Dalam hadith sahih, disebut bahawa Nabi Muhammad saw memang beristighfar lebih daripada 70 kali sehari. عن أبي هريرة : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول :والله، إني لأستغفر الله وأتوب إليه في اليوم أكثر من سبعين مرة.Maksudnya : Abu Hurairah ra melaporkan, ‘Saya mendengar Rasulullah saw bersabda, “Demi Allah, saya beristighfar memohon ampun kepada Allah dan bertaubat kepadaNya lebih daripada 70 kali sehari.”(Sahih al-Bukhari, Kitab al-Da’awaat)Dalam hadith sahih lain, disebut dengan lafaz 100 kali sehari.Orang yang mempelajari hadith-hadith sahih dengan cara berdisiplinakan faham akan kepentingan istighfar, dan ingin beristighfar mengikut cara Nabi Muhammad saw. Namun bukan dengan...

Friday, 25 August 2017

Jin Ummu Sibyan?

🔴Soalan :Assalamualaikum.Benarkah riwayat tentang wujudnya jin Ummu Sibyan?🔴Jawapan :Waalaikumussalam.🔸Riwayat tentang Ummu Sibyan ini adalah riwayat لا أصل لها.Dengan kata lain, ia adalah riwayat PALSU.🔸Sebaran tentang jin ummu sibyan ini bahaya, boleh menyebabkan masyarakat ketakutan, dan timbul kepercayaan yang salah. Disangka jin berkuasa menyekat rezeki, membunuh zuriat dan lain-lain!Mengeruhkan tauhid kepada Allah.Mutakhir ini ada juga yg usahakan pusat rawatan dengan menggunakan khidmat jin. Jin serang jin. Merawat 'saka' dan lain-lain dengan kaedah yang tidak dibenarkan Islam.🔸Ada banyak versi tulisan yang viral tentang Ummu Sibyan ni yang pernah diterima. Ia adalah satu kepercayaan khurafat yang datang daripada riwayat palsu.🔸Walau...

Friday, 21 July 2017

DOSA MAKAN HARTA ANAK YATIM

Soalan : Apakah balasan bagi orang yang makan harta anak yatim?Jawapan :🔴 1. MAKAN HARTA ANAK YATIM ADALAH DOSA BESARMakan harta anak yatim jelas termasuk dalam dosa-dosa besar, kerana larangan serta ancaman terhadap pelakunya disebut dengan jelas dalam ayat-ayat al-Quran dan hadith-hadith yang sahih.Anak yatim termasuk dalam golongan orang-orang yang lemah. Mereka adalah kanak-kanak yang memerlukan penjagaan dan pembelaan daripada orang dewasa yang bukan ibubapanya. Orang yang diharapkan menjaga amanah, tiba-tiba mengambil kesempatan di atas kelemahan insan yang lemah, sangat dimurkai Allah dan diancam dengan neraka.Al-Imam al-Dhahabi, dalam kitabnya (yang asal) iaitu al-Kabair/Dosa-Dosa Besar, meletakkan perbuatan makan harta anak yatim sebagai dosa besar yang ke-8.(Dosa besar yang ke-9...

Friday, 30 June 2017

MEMULIAKAN TETAMU : ANTARA SAHIH DAN PALSU

🔴 Soalan :AssalamualaikumMohon penjelasan ustazah tentang kesahihan kisah kelebihan tetamu ini :1📌Seorang perempuan mengadu kepada Rasulullah s.a.w. tentang perihal suaminya yang suka menjemput tetamu ke rumah. Si isteri sangat penat menghidangkan makanan dan melayan tetamu.Perempuan tadi pun pulang ke rumah tanpa sebarang jawapan daripada Rasulullah s.a.w.   Tidak berapa lama kemudian Rasulullah s.a.w. memberitahu kepada suami perempuan tadi bahawa dia akan ziarah ke rumahnya. Lalu suami tadi pun memberitahu kepada isterinya bahawa pada hari ini kita ada tetamu istimewa yang akan datang. Isterinya bertanya:"Siapakah tetamu itu?"Maka dijawab olehnya bahawa tetamu itu adalah Rasulullah s.a.w.. Isteri tadi sangat gembira mendengar...

Page 1 of 751234567Next

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Powerade Coupons