🔴Assalamualaikum, ustazah.Apakah doa dan amalan yang paling sesuai diucap dan diamalkan apabila kita tiba-tiba teringat kepada seseorang yang sudah lama meninggal dunia.🔴Waalaikumussalam, Nurul 'Aini.🔸Ringkasnya, ada dua perkara yang boleh dilakukan iaitu :Pertama, doakan mereka, khususnya keampunan dan rahmat buat mereka.Kedua, bersedekah (harta) untuk mereka.Penjelasan lanjut :🔸Dari sudut psikologi, soalan ini mengandungi makna ingin melakukan sesuatu kebaikan buat si mati sudah lama meninggal dunia, ketika tiba-tiba kita teringat kepadanya.Kebaikan yang diperlukan oleh si mati mestilah ada petunjuk dan jaminan daripada nas al-Quran dan al-Hadith, kerana kita sendiri tidak tahu apakah sebenarnya perkara yang bermanfaat bagi...