Sunday, 15 November 2020

Hadith Palsu Pelaris Barangan

Assalamualaikum.Apa pandangan ustazah tentang topi, kopiah dan pakaian lain yang berlogo capal yang dikatakan direka dan dijual supaya orang ingat kepada Nabi dan berselawat. Lambang ini juga kelihatan terpampang sebagai penaja ceramah dan sebagainya.Waalaikumussalam.Ini jawapan kita secara ringkas.Haram menggunakan hadith palsu dalam apa tujuan sekalipun, termasuk untuk menyuruh orang berbuat baik. Lakaran capal berasal daripada kepercayaan pelakar terhadap satu HADITH PALSU, kononnya Nabi Muhammad saw naik dengan selipar-seliparnya ke arasy pada malam mi’raj. Inilah sebab mengapa kita dapati capal yang dilakar, bukan pakaian lain. Berdusta atas nama Nabi Muhammad saw ataupun membuat dan menyebar hadith palsu diancam dengan neraka....

Thursday, 12 November 2020

HUKUM BERI ISYARAT HORMAT MENGGANTIKAN BERJABAT TANGAN

Soalan :Assalamualaikum.Tersebar satu tulisan yang mengatakan bahawa memberi isyarat hormat ke dada menggantikan bersalam itu haram kerana meniru perbuatan orang kafir. Mohon pandangan ustazah.Jawapan Ringkas :Waalaikumussalam.Pelbagai Isu TularBanyak isu tular seiring dengan menularnya waba’ Covid-19. Bermula dengan kontroversi bahawa Covid -19 itu dikatakan sebagai konspirasi Yahudi, isu pemakaian mask semasa solat tidak sah, penjarakan semasa solat berjamaah meniru amalan kuil, penetapan had jemaah semasa solat Jumaat agenda musuh Islam, sehinggalah kepada isu ini, iaitu memberi isyarat hormat bagi menggantikan berjabat tangan.Dalam isu penjarakan semasa solat berjamaah di masjid misalnya, ada yang mendakwa cara itu meniru agama lain di tempat ibadat mereka. Disebarkan gambar perbandingan...

Page 1 of 751234567Next

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Powerade Coupons