Wednesday, 26 September 2007

Makna bacaan dalam solat ..really good info ..worth it

Allah Maha Besar Doa Iftitah Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam. Al-Fatihah Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu...

Sunday, 8 July 2007

Jaga hidayah, petunjuk Allah

MANUSIA memang cenderung menjaga sesuatu yang dianggap berharga. Sebaliknya kita akan membuang sesuatu yang dianggap tidak berharga. Semakin bernilai sesuatu semakin bersungguh kita menjaganya.Sesetengah manusia sangat menjaga hartanya kerana dianggap hartanya sangat berharga. Ada pula sentiasa menjaga dan merawat mukanya supaya kelihatan awet muda kerana cantik adalah segalanya.Ada juga bermati-matian mempertahankan kedudukan kerana itu dianggap bernilai dan kalaulah begini perilaku kita, rupanya kita masih menganggap material (kebendaan) adalah segala-galanya.Namun, ada juga yang bermati-matian menjaga hidayah dan petunjuk yang Allah anugerahkan. Orang yang seperti ini berkeyakinan hidup ini tidak akan selamat sampai muara ketenangan di akhirat kecuali hanya dengan bekalan taufik dan hidayah...

Permata Buat Isteri

Permata Buat Isteri Telah ku siapkan Satu daerah paling sunyi Dalam hati ini untuk kau isi Sebagai isteri * : Untuk kau penuhi dengan kemuliaan Seorang wanita Untuk kau beri erti dengan kelembutan Untuk kau hargai denagn kasih sayang Ku ingin kau jadi wanita mulia Yang tahu harga budi dan hati Seorang lelaki bernama suami Ku ingin kau mengerti Bahawa hidup ini tak semudah yang kita janjikan Yang kita janjikan Kerana kau isteri ku ( Ulang Rangkap * ) ( Lagu : Kopratasa - Lirik : Puisi Abdul Aziz H.M...

Thursday, 21 June 2007

Lirik Nasyid : Menanti Di Barzakh

Lagu yg menginsafkan setiap yg bergelar manusia.. Satu masa nanti, di situlah tempat kita. Tiada daya yg mampu mengelak dari sakaratul maut. Mampukah kita bayangkan betapa kuatnya suara malaikat Munkar dan Nakir? Mampukah kita menghadapinya?كُلٌّ نَفسٍ ذَائِقَةُ الْمَوت..Setiap yg bernafas pasti akan merasai mati..اللَهُمَّ اخْتِمْ لنا بِحُسْنِ الْخَاتِمَة وَلاَ تَخْتِمْ عَلَيْنَا يَا الله بِسُوءِ الخَاتِمَة.. Ya Allah, matikanlah kami dengan husnul khotimah. Janganlah Engkau matikan kami dengan su-ul khotimah..Ku merintih, aku menangis,Ku meratap, aku mengharap,Ku meminta dihidupkan semula,Agar dapat kembali ke dunia nyataPerjalanan rohku,Melengkapi sebuah kembara,Singgah di rahim bonda,Sebelum menjejak ke dunia,Menanti di barzakh,Sebelum berangkat ke mahsyar,Diperhitung amalan,Penentu syurga...

Sunday, 22 April 2007

Tajdid Iman: Takutkan Pencipta suatu kebahagiaan

Bila fikiran bercelaru.. perasaan selalu bertanya, kenapa?.. lantas, hati berkata.. kerana dirimu jauh dengan Allah.. Ya Allah .. ampunkan lah diri ini... semoga diri ini tergolong dari mereka yang sentiasa dekat denganMu.. Amin..Petikan di bawah di ambil dari Berita Harian Online....................................................................................................................ABDULLAH bin Abbas pernah ditanya mengenai keadaan orang yang Khawf (takut) kepada Allah SWT. Beliau berkata: ”Hati mereka sentiasa gembira lantaran takut kepada Allah. Mata mereka bercucuran air mata sambil berkata: Bagaimana mungkin kami dapat menikmati kesenangan sedangkan kematian berada di belakang kami, kubur di hadapan kami dan Hari Kiamat dijanjikan kepada kami. Sementara di atas neraka jahanam...

Wednesday, 18 April 2007

Otak Kanan

Dapat emails dari abah.. saje nak simpan dalam website kita, coz dah banyak kali dapat, tapi terus lupa bila lama tak baca.. masa dulu2, masa along sorang je, sempat la jugak ummi practise..tapi, sekarang ni rasa tak sempat sangat..Ingat balik tentang takde masa ni, insaf terasa..coz rasanya masa yang Allah bagi semua sama pada semua orang.. tapi, Allah dah janji jika kita banyak meluangkan masa untukNya, maka Allah akan meluangkan masa untuk kita.. so, kena koreksi balik diri ini.. maybe dah banyak dosa dan sedikit masa yang ummi luangkan padaNya menyebabkan ummi selalu saje terasa takde masa.. Ya Allah .. dekatkanlah diri kami ini denganMu .. Amin..So, about this article.. read and practise it..................................................................................................................................Beberapa...

Pintu - pintu

15 Pintu Syaitan Yang Ada Di Dalam Diri Kita - pintu marah- cinta dunia- kebodohan (keengganan menghadiri majlis ilmu)- panjang angan-angan- rakus- bakhil- suka pada pujian- riak- ujub (merasa kagum)- takut dan gelisah- buruk sangka- memandang rendah pada orang lain- merasa suka pada dosa- merasa aman daripada pembalasan "ALLAH"- putus asa daripada rahmat "ALLAH"15 Senjata Menghalang Syaitan- Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)- Banyakkan berzikir- Banyakan Beristigfar- Baca "la i' la ha illa anta subha naka inni kuntu minaz zoli min"- Jangan tidur berseorangan- Baca doa pagi dan petang- Bersugi- Melaksanakan solat jemaah- Berwudhuk sebelum tidur- menutup aurat- Membaca doa masuk tandas.- Banyak berselawat pada...

Monday, 16 April 2007

Cerita Yang Menarik..

Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi... jeng!jeng!jeng!... bunyi....aauuummmmm!!!Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri.Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni.Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalahtakut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar diadiselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi didepan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni punterjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba.Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek...

Saturday, 14 April 2007

Kembali ke pangkal jalan

Petikan daripada Harian Metro : 15hb April 2007.............................................................................................Kembali ke pangkal jalanSELAYANG: Sejak kali pertama diadakan pada 22 April 2003, Kem Smart Remaja yang dikhususkan kepada pelajar sekolah menengah bermasalah di Selangor sudah ‘mengeluarkan’ hampir 500 pelajar.Daripada jumlah itu, ada yang berjaya dalam kehidupan masing-masing, malah tidak kurang juga menjadi tenaga penggerak dalam pertubuhan Gerakan Ehsan Selangor (GES), satu daripada penganjur program berkenaan.Setiausaha Kehormat GES, Mahezan Baharom Shah, berkata program yang turut dianjurkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Selangor itu terbukti membantu pelajar bermasalah kembali ke pangkal...

Saturday, 7 April 2007

Membentuk Akhlak yang Baik

petikan dari http://ummsyuhada.blogs.friendster.com/bicara_hati/ ................................................................................ Kuliah Maghrib, Masjid Batu, 4 Mac 2007, Ustaz Sidek Noor Sedikit perkongsian... Akhlak yang elok dibentuk dari kecil lagi, dari awal kejadian lagi. Di sinilah ibu bapa memainkan peranan masing-masing untuk membentuk akhlak yang baik dalam diri anak-anak. Sebenarnya, nak didik anak-anak jadi seorang yang mempunyai akhlak yang baik bermula sebelum berkahwin lagi. Seorang lelaki mesti cari seorang calon isteri yang solehah, begitu juga sebaliknya. Asas agama yang baik pada suami dan isteri, insyaAllah akan terbentuklah keluarga yang diberkati Allah. Isteri adalah amanah Allah kepada suami. Ustaz menceritakan satu kisah di zaman...

Tuesday, 20 March 2007

Ufuk Minda: Hukuman tak berkesan didik anak

Bersama Prof Dr Sidek BabaProses sosialisasi sihat, kasih sayang bantu pertumbuhan minda kanak-kanak ANAK adalah harta keluarga yang amat bernilai. Anak yang terbentuk wataknya dengan baik bakal menyumbang kepada keluarga dan negara. Apalagi kalau minatnya menuntut ilmu adalah tinggi, ia bakal menjadi anak cemerlang. Anak cemerlang adalah modal insan yang amat bernilai bagi negara. Anak seperti ini bermula pembentukan dirinya di rumah. Ibu bapalah guru yang terawal sebelum anak ke sekolah. Sekolah berperanan melanjutkan tradisi pembentukan watak dengan ilmu dan kemahiran di samping pemupukan nilai baik.Sebagai ibu dan bapa, ilmu dan ketrampilan mendidik adalah perlu. Ilmu mengenai perkembangan minda, emosi, psikologi dan perkembangan psikomotor atau jasmaninya adalah...

Page 1 of 751234567Next

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Powerade Coupons