
Seketika, semalam, nikmat dapat melihat dengan sempurna ditarik sebentar.Penat yang memanjang, bermusafir dan bercuti, mendengar amanat, menziarahi guru dan berkhidmat untuk ibubapa dan keluarga, kemudian bermusafir lagi merentasi desa orang Asli, ke Perlok. Semalam adalah noktah kecil untuk 2 minggu berturut-turut. Petangnya, saya masuk ke dapur menyiapkan kari udang dan ayam goreng, setelah hampir 3 minggu dapur tidak berasap dengan juadah berat. Malamnya, sebaik sahaja Miqdad tidur, saya duduk melepaskan lelah. Sedar-sedar, lebih kurang 10 minit kemudian. Rupa-rupanya saya terlelap. Tidur yang tidak sempurna, tanpa doa dan tanpa persediaan. Sebelah mata saya terasa terbenam jauh ke dalam. Berpinar-pinar. Saya berjalan ke dapur dengan resah....