
Ada seorang lelaki yang sudah lama menderita sakit jiwa. Dia asyik berkurung di dalam rumah kerana takut bertemu dengan orang lain. Jangankan bergaul, melihat orang pun dia akan terketar - ketar ketakutan. Apabila ditanya sebab dia berkeadaan demikian, katanya, "Saya berasa diri saya macam seekor kambing dan orang lain macam harimau... Mereka semua akan membaham saya. Saya takut.."Dia dihantar oleh keluarganya ke hospital sakit jiwa untuk di rawat. Di situ, pemuda itu dilatih dan di rawat dengan pelbagai cara untuk meyakinkan bahawa dia seorang manusia, bukan seekor kambing. Setelah setahun menerima rawatan, dia pun di uji oleh pakar prikologi yang merawatnya. "Baiklah. Sekarang saya ingin bertanya, siapa kamu?" tanya doktor pakar."Saya manusia.""Bukan...