Tuesday, 27 March 2012

Kisah 4 “Isteri” – Jagalah Yang Pertama

Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu. Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain. Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila...

Biodata Nabi Muhammad S.A.W

• Nama: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim• Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka'abah) • Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah• Nama bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim• Nama ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf• Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)• Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)• Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih dikenali Halimah As-Sa'diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)USIA 5 TAHUN• Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk...

Ustaz Azhar Idrus ~ Kitab Muhimmah

Koleksi Short Note Kuliah (ustaz Azhar Idrus)Salam...sedikit Perkongsian Nota Kuliah yg lepas.. di Surau Pak Tuyu,Trgganu..Jumaat(4/11/11)... * Kitab Muhimmah... - Jangan nampak amalan yang buat itu sebab atas kelebihan diri sendiri... - Syurga itu untuk orang yang bertaubat, selain dari Nabi dan Rasul... - Barangsiapa tidak memohon ampun kepada Allah, Allah marah padanya... Barangsiapa memohon ampun kepada Allah, Allah suka padanya... --> Faedah kahwin a. Dapat zuriat... b. Dapat tunaikan hak-hak anak dan isterinya... c. Berpesan-pesan kepada ahlinya, dapat pahala... - Rumah tangga yang aman, kurang perbezaan pendapat antara ahlinya... - Bertolak ansurlah dengan ahli keluarga... - Kesusahan menanggung akan ahlinya, seperti susah...

Kesilapan Kita Sebagai Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-Anak

1. Kesilapan pertama: Kurang Berdoa Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah * Saidul (penghulu) istighfar * Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9) * Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38) * Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41) Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah * Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128) * Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Fuqan, 25:74) * Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya. 2. Kesilapan kedua: Banyak membaeri belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan...

I'm proud to be Muslim

Don’t just be MUSLIM & PROUD.. Be MUSLIM & PRACTICING ! Don’t TELL them you are a MUSLIM.. SHOW them you are a MUSLIM !~Inspirational Islamic Quotes from the Holy Qur...

DUNIA IBARAT PULAU

Berkata Imam Ghazali Rahimahullah: Dunia ini boleh diibaratkan seperti sebuah pulau yang penuh dengan beraneka permainan, keseronokan, keindahan, kecantikan, dan bekalan. Dan manusia diibaratkan seperti penumpang-penumpang yang sedang belayar di dalam sebuah kapal untuk menuju kepada satu destinasi, maka kapal itu singgah sebentar di pulau itu supaya penumpangnya dapat mengambil bekalan dan mengumpul dana dengan secukupnya. Sebelum penumpang-penumpang turun ke pulau itu kapten kapal memberi penerangan kepada penumpang-penumpang supaya sentiasa ingat dan berwaspada ketika berada di pulau itu, jangan sekali-kali terleka kepada keindahan, kecantikan, dan keseronokan, tujuan penumpang-penumpang turun ke pulau hanyalah untuk mengambil...

TV ~ Alat Dajjal Kuasai Minda Kita ~

Hampir setiap rumah ada TV. Dianggap keperluan hidup terkini, seolah-olah manusia tak boleh hidup tanpa TV. Sebenarnya ia banyak keburukan dari baik, seumpama keris dicipta bukan untuk memotong bawang. Disini sedikit kupasan tentang tv: 1. Hampir 90 % rancangan TV adalah maksiat. Pendedahan aurat wanita, rancangan muzik, hiburan, lawak cukup untuk melalaikan manusia. 2. TV akan memendekkan umur anda. Anda leka menonton, setiap hari berapa jam yang kita bazirkan untuk menghadapnya. sedangkan kita sangat berkira-kira dengan imam yang membaca surah panjang ketika Maghrib dan Isyak. Tiba ajal, kita tidak sempat bersedia untuk menemui Allah Yang Maha Esa. 3. TV adalah Dajjal. Suaranya sampai diseluruh pelusuk bumi. Dia bercakap...

Monday, 26 March 2012

Doa dari azab kubur

Doa Rasulullah:“ Ya Allah, aku berlindung denganMu dari azab kubur, dari azab api neraka, dari fitnah kehidupan dan kematian dan dari fitnah al-Masih ad-Dajjal”. Sudah bersediakah kita...bagaimanakah keadaan tempat persinggahan kita nanti...apakah taman-taman syurga yg menanti...atau lohong-lohong neraka...bermuhasabahlah wahai diri...mohonlah keampunan dan rahmat dariNya...sesungguhnya kita cuma hamba yg menumpang...By: Kufi Store by Karya K...

Sunday, 25 March 2012

Red Tide in KK

Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE MicrosoftInternetExplorer4 /* Style Definitions */ table.MsoNormalTable {mso-style-name:"Table Normal"; mso-tstyle-rowband-size:0; mso-tstyle-colband-size:0;...

Tuesday, 20 March 2012

Panduan Isteri Solehah

Dari Aisyah ra. yang menceritakan; Aku bertanya Rasulullah; "Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang perempuan ?". Jawab Nabi; "Suaminya". Aku bertanya lagi; "Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang lelaki?". Jawab Nabi; "Ibunya". (HR al-Hakim)Pada suatu hari seorang wanita bernama Zainab yang bergelar Khatibatin-nisa’ telah menemui Rasulullah SAW lalu berkata: "Aku telah diutus oleh kaum wanita kepada engkau. Jihad yang diwajibkan oleh Allah ke atas kaum lelaki itu, jika mereka luka parah, mereka mendapat pahala. Dan jika mereka gugur pula, mereka hidup disisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki. Manakala kami kaum wanita, sering membantu mereka. Maka apakah pula balasan kami untuk semua itu ?" Bersabda Rasulullah...

Monday, 19 March 2012

Manisnya Bergelar Wanita

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari empat aspek.Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).Kedua,...

Salam Selepas Solat ~ Kuliah Ust Azhar Idrus

Assalamualaikum...sedikit perkongsian note kuliah maghrib UAI di Masjid Batu Buruk (08/03/2012)-Kitab Hidayatul Salikin..Bab Salam Selepas Solat..1. Salam adalah selepas baca tahiyat akhir..sekurang2 sebutan salam adalah "Assalamualaikum" ..dan sebutan "Warahmatullah" itu hanyalah sunat..dan jika hanya menyebut "Assalam" iaitu akhir sebutan dgn huruf "mim" sudah sah solat t'sebut.2. Kadar sebanyak mana b'paling muka masa salam sekadar org belakang nampak pipi kita,jika beralih dada batallah solat..3. Diluar solat hanya sunat memberi salam,tetapi dlm solat wajib m'beri salam..tanpa salam solat tdk sah..4. Wajib jawab salam jika b'lafaz..jika salam dlm tv atau radio hanya fardhu kifayah menjawabnya..tulisan salam juga tidak wajib dijawab..5....

Sunday, 18 March 2012

HATI YANG PALING INDAH

Sehingga saat ini, saya masih termenung panjang tatkala mengulang baca sebuah sajak yang baru saya siarkan dua hari yang lalu.CINTA 100%.Andai ada yang bertanya, berapa peratuskah cintamu untuk ayah ibumu?Pasti jawapanku, 100%.Andai ada yang bertanya, berapa pula peratus cintamu pada suamimu?Pasti jawapanku, 100%.Andai ada yang bertanya, berapa peratuskah cintamu untuk anak-anakmu?Pasti jawapanku 100%.Andai ada yang bertanya, berapa pula peratus cintamu untuk saudara seakidahmu?Pasti jawapanku, 100%.Andai mereka bertanya, lalu berapa pula peratus cintamu untuk dirimu sendiri?Pasti jawapanku, 100%.Andai mereka keliru lantas tertanya-tanya, masakan begitu?Bukankah setelah dibahagi, cinta itu pasti berkurang peratusannya?Pasti jawapanku, beserta...

Subhanallah! Air Sungai Membeku

Subhanallah! Air Sungai Membeku | Pemandangan yang anda lihat ini ialah pemandangan di kaki Pergunungan Wasingtoon Valley. Fenomena ini terjadi kerana pergunungan tersebut terkepung ais dan membuatkan air sungai ini membeku. Jom tengok gambar air sungai pelik membeku di bawah ini. Subhanallah!Sumber : Melayukini.net - Semasa musim panas kawasan sekitarnya popular kepada orang ramai untuk melakukan aktiviti camping dan mandi manda. Fenomena sungai pelik yang sungguh menakjubkan yang kita sendiri tak pernah tau dan tak pernah melihat kejadian seperti ini sebelum ini…. Subhanallah, semua ini adalah tanda kekuasaan Allah S...

Monday, 12 March 2012

Didik Hati Agar Sentiasa Redha

Firman Allah yang bermaksud:“Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu, Dialah yang mentakdirkan adanya kematian dan kehidupan untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu; siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya.” – (Surah al-Mulk, ayat 1-2) . Menyingkap maksud firman Allah itu, manusia sentiasa akan diuji dengan kebaikan dan kesulitan. Segala perkara atau peristiwa berlaku dengan izin dan kehendak Allah.Bagi Allah segala-galanya adalah kebaikan untuk hamba-Nya. Penerimaan manusia boleh jadi berbeza sama ada perkara itu baik atau buruk kecuali orang mukmin yang memiliki keimanan sebenar. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:“Allah sungguh kagum kepada orang mukmin, apabila menerima nikmat ia bersyukur dan apabila ditimpa musibah...

Sunday, 11 March 2012

Di Sebalik Keindahan Pasangan Kita

Kata Ustaz : "Kita ini semuanya sama,tiada beza muda ataupun tua,jangan menyombong atau takbur sesama manusia,sekalipun kita berpangkat atau berilmu-kerana di sisi ALLAH SWT kita semuanya sama - cuma yang membezakan kita hanyalah AMAL dan TAQWA"DI SEBALIK KEINDAHAN PASANGAN KITAADA kalanya seseorang memiliki pasangan hidup berparas menarik tetapicakapnya pedas lagi menyinggung.Ada pasangannya rupawan, bahasanya sedap didengar tetapi sangat boros.Ada pula pasangannya indah dan jimat tetapi malas beribadah.Kerencaman dalam mencari jodoh ini pernah diibaratkan dalam satu hadis: 'Manusia itu seperti unta. Antara 100 ekor unta, sangat sulit kamu menemukan seekor yang sangat baik tunggangannya.' (Hadis riwayat Bukhari dan...

Page 1 of 751234567Next

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Powerade Coupons