Wednesday, 26 September 2012

CUKUP HANYA SEKALI!

“Sebelum mengharap Allah menilai kita dengan baik… didiklah diri menilai orang lain dengan baik terlebih dahulu. Yang penting bukan siapa yang kita lihat tetapi ‘siapa kita’ ketika melihatnya!”  Maksudnya, kita akan menilai seseorang dengan fikiran, hati dan perasaan kita. InsyaAllah, jika kita dapat melihat sisi baik pada diri seseorang itu petanda fikiran, hati dan perasaan kita juga baik. Syukurlah. Namun, jika sebaliknya, berhati-hatilah… itu petunjuk akan kejahatan diri kita bukan orang yang kita lihat. Begitulah dalam hidup ini, kita mesti memulakan kebaikan daripada diri kita sendiri. Caranya? Bermula dengan sangka baik. Lihat yang baik-baik. InsyaAllah, lama-kelamaan kita akan jadi baik dan mendapat kebaikan. Pernah...

Saturday, 22 September 2012

Kisah Syiling dan pekerja.

TINGG! Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen. Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama,tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya.Dia menyambung semula kerjanya. TINGG! Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya.Lelaki itu menoleh ke kiri,kanan dan disekelilingnya.Tiada siapa yg berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.Tidak lama kemudian,lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama,dia mengambil dan menyimpannya."Rezeki aku!" kata lelaki itu dalam hati. Lelaki itu tidak sedar,logam syiling itu sebenarnya dicampakkan...

Monday, 17 September 2012

Jangan Tonton Filem Hina Nabi ~ Pesanan Imam al-Sudaisi

Bismillah.Kecoh!  Gegak gempita!  Geger lagi umat Islam seluruh dunia dengan filem terbaru, ” Innocence of Muslims” arahan Sam Bacile yang menghina Rasulullah s.a.w dan Islam.Pelbagai reaksi umat Islam dan non-muslim yang menghormati hak-hak antara kaum dan agama terhadap isu ini.  Apabila ia dimuat naik ke youtube, trailer 14 minit ini lebih mudah diakses oleh sesiapa sahaja.  Jadi kemungkinan ada di antara umat Islam yang ‘cuba-cuba’ mahu lihat sejauh manakah dikatakan filem ini menghina Nabi s.a.w dan Islam?  Rentetan dari itu, Imam Al-Sudaisi berpesan; Jangan tonton filem yang menghina Rasulullah saw. Dibimbangi terlintas di fikiran ‘wajah palsu’ Nabi semasa menyebut nama Baginda s.a.w.Sebarkan...

Page 1 of 751234567Next

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Powerade Coupons