
-Masjid kecil yang terletak di Fateh, Istambul ini mempunyai nama yang pelik iaitu 'Sonki Yadam' dalam sebutan bahasa Turki yang membawa maksud "seolah-olah aku telah makan".-Namun di sebalik namanya yang pelik, ia mempunyai kisah tersendiri yang menarik.-Dalam buku bertajuk "Perkara-perkara Yang Menakjubkan Dalam Sejarah Uthmaniah" karangan Aurkhan Mohd Ali, beliau mengisahkan :Pada masa dahulu terdapat seorang lelaki yang wara' bernama Khairuddin Afandi yang tinggal di kawasan ini. Dikisahkan bahawa apabila setiap kali beliau melalui kawasan pasar dan ingin membeli buah-buahan, daging atau manisan, beliau akan berkata pada dirinya sendiri : 'Sonki Yadam' iaitu bermaksud "seolah-olah aku telah makan" lalu menyimpan wang dalam bakulnya...