
Assalamualaikum.Soalan :Bagaimana sepatutnya saya membaca al-Quran dalam bulan Ramadan? Saya kurang lancar membacanya, serta sibuk pula. Hampir mustahil saya dapat khatam dalam Ramadan ini. Dalam majlis khatam al-Quran yang pernah saya ikuti, kami pun hanya membaca sedikit sahaja setiap seorang, mengikut kumpulan. Saya berasa iri hati kepada mereka yang lancar membaca, apatah lagi yang dapat faham maknanya. Betulkah apa yang saya rasa?Jawapan :Tahniah, kerana hasrat mulia itu menandakan kita selangkah lagi mendekati al-Quran. Walaupun puan ada keterbatasan dari segi keupayaan membaca dengan lancar dan juga dari segi keluangan masa, puan masih ada hasrat untuk membaca al-Quran dengan sebaiknya dalam Ramadan.1. Iri hati yang baik Iri hati yang...