Wednesday, 17 December 2014

ANAK-ANAK DAN SKRIN

Kita sekarang berada dalam zaman lambakan skrin yang pelbagai. Baik dari segi teknologi yang digunakan, kualiti yang dipaparkan, mahupun dari segi saiz dan harga yang ditawarkan. Ada pengguna yang inginkan skrin yang besar-besar buat tontonan seisi keluarga, ataupun buat tontonan pengunjung restorannya. Ada pula pengguna yang inginkan skrin bersaiz kecil, supaya dia boleh menonton bila-bila masa dan di mana sahaja.Teknologi membawa perubahan dan menyebabkan hidup menjadi lebih pantas. Apabila menyebut tentang teknologi, kita biasanya teringat akan kepintaran manusia. Kita teringat kepada nama-nama tokoh yang mencipta peralatan teknologi itu. Kita terlupa, sebenarnya Allah-lah yang membuka jalan kepintaran itu kepada manusia, sesuai dengan zaman dan kesungguhan mereka. Kita lupa kepada...

Monday, 15 December 2014

MEMBELEK HELAIAN AL-QURAN YANG DIBASAHKAN SEDIKIT DENGAN AIR LIUR

 SOALAN :Assalamualaikum, Benarkah perbuatan membelek helaian al-Quran dengan bantuan air liur itu haram? Apakah dalil yang mengatakan ia haram? JAWAPAN :Waalaikumussalam.Kata ulama' :حسن السُّؤَالِ نِصْفُ الْعِلْمِ  Soalan yang baik / pandai bertanya itu sebahagian daripada ilmu.بسم الله الرحمن الرحيمAmalan ini biasa dilakukan oleh orang-orang tua kita dahulu, apabila mereka mengaji al-Quran. Adapun kita sekarang, jarang kita melakukannya, apatah lagi rata-rata kita yang ber'whatsapp' biasanya memiliki al-Quran digital, tidak dibelek helaiannya dengan cara begitu.Yang pasti, air liur manusia suci, bukan najis.Persoalan pokok dalam perkara ini ialah : Adakah perbuatan itu tidak sopan terhadap al-Quran?Tidak ada dalil khusus dari nas dalam perkara ini. Walau bagaimanapun,...

Saturday, 6 December 2014

PENGIKTIRAFAN

Sekali sekalakau akan merasaipenat lelah tak dihargainama dijaja meratakerana sebab yang tak diketahuimemadam segala jasa yang pernah dikerahyang telah diperas.Jangan menangis!Adakah kau lakukan kerana manusia?Atau menagih secangkir pahala dariNya?Tatkala manusia lupajangan engkau sesekali berputus asaDia, Tuhan Yang Maha Kayatidak menghantar kita ke duniadengan sebab yang sia-sia.Kerana hidup ini sebentar,buatlah apa yang lebih uta...

Page 1 of 751234567Next

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Powerade Coupons