
SOALAN : Mengapa ada ustaz ustazah larang tahlil, ada yang suruh tahlil selepas kematian?Apa sebenarnya hukum kenduri kematian. Bagaimana pula dengan membuat tahlil dan kenduri arwah untuk nenek moyang yang telah lama meninggal dunia?JAWAPAN : 1. Asal Makna TahlilTahlil itu maksudnya sebutan kalimah لا إله إلا الله.Tahlil adalah serangkai dengan tasbih iaitu سبحان الله, tahmid iaitu الحمد لله, dan takbir iaitu lafaz الله أكبر. Semua lafaz itu adalah zikir, diganjari pahala yang besar apabila kita menyebutnya, dengan syarat kita memahami dan menghayatinya.Jika ada orang bukan Islam melagukan kalimah لا اله الا الله tanpa memahami dan tanpa terlintas sedikitpun akan apa maknanya, dia tidaklah dikira memeluk Islam, dengan...