Soalan : Adakah para wali diberikan ilmu ladunni, sebagaimana diberikan wahyu kepada para Rasul dan nabi, Khadir, dan juga lebah sehingga pandai membuat sarang yang unik di tempat bersih?Jawapan :🔸Ilmu yang Allah kurniakan kepada makhluk umumnya ada dua jenis.1. Ilmu syar'i2. Ilmu kauni.Ilmu Ladunni itu, boleh jadi diberikan dalam bentuk Ilmu Syar'i atau Ilmu Kauni. Jika tidak termasuk dalam salah satu daripadanya, maka ia dibimbangi tipuan syaitan yang disangka ilham daripada Allah.Ilmu syar'i contohnya ialah solat waktu 5 kali sehari semalam dan selawat Ibrahimiyyah. Ia diajar oleh Nabi Muhammad saw yang menerima wahyu.Jika ada orang mendakwa bermimpi mendapat selawat yang pelbagai, lengkap dengan fadilat tertentu, maka ia...