
🔴SOALAN :Assalamualaikum Ustazah,Benarkah dalam bulan Ramadhan, pahala amalan sunat digandakan menjadi pahala amalan wajib?Ramai penceramah menyebutkan tentang gandaan ini sempena Ramadhan kali ini. Mohon pencerahan.🔴JAWAPAN :Waalaikumussalam.🔴 Ramadhan adalah bulan yang mulia dalam Islam. Al-Quran mula diturunkan dalam bulan Ramadhan iaitu ayat 1-5 Surah al-'Alaq. Menurut Safiy al-Al-Rahman al-Mubarakfuri dalam al-Rahiq al-Makhtum, peristiwa penurunan wahyu pertama di Gua Hira' jatuh kepada 21 Ramadhan.🔴 Secara umumnya, terdapat 2 jenis gandaan pahala. Pertama gandaan dari sudut bilangan. Kedua, gandaan dari sudut besarnya pahala.🔴 Dalam bulan Ramadhan, ada amalan yang digandakan dalam bentuk bilangan, dan...