Wednesday, 19 September 2018

POLEMIK HARI 'ASYURA'

🔴Kita menerima banyak persoalan tentang hari ‘Asyura’, termasuk dikirimkan juga tulisan-tulisan daripada Syiah serta riwayat-riwayat palsu tentang amalan-amalan sempena hari ‘Asyura’.🔴Tidak berkesempatan menulis dan menjawab panjang, cuma dinasihatkan agar kita semua ingat 5 poin ringkas ini :📌1.  Puasa hari ‘Asyura’ itu sunnah. Ini berdasarkan hadith yang sahih :صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ وَصِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُNabi Muhammad saw bersabda, maksudnya :"Puasa hari 'Arafah aku harapkan agar Allah ampunkan dosa tahun sebelum dan tahun selepasnya, dan puasa 'Asyurā' aku...

Saturday, 15 September 2018

FIQH AL-WAQI’ (1)

Assalamualaikum.🔴Fiqh al-Waqi’ sebenarnya tidak boleh difahami selagi mana kita tidak memahami fiqh-fiqh asas seperti Fiqh al-Ibadat, Fiqh Perbandingan, Fiqh al-Kitab wa al-Sunnah dan juga Fiqh al-Awlawiyyat. Tidak mungkin seseorang boleh ‘membaca realiti’ masyarakat dengan perspektif yang baik dan benar, sedangkan dia belum memahami perkara yang asas. ‘Membaca realiti’ bergantung kepada kualiti lensa yang digunakan dan juga kadar pencahayaan yang mencukupi. Lebih dahulu daripada itu, seperti dalam memahami apa-apa fiqh sekalipun, ia memerlukan niat yang ikhlas. 🔴Memahami bab poligami mesti kembali kepada asas ayat al-Quran (Al-Nisa’ ayat 3) iaitu jika tidak mampu berlaku adil, ataupun takut tidak berlaku adil, hendaklah berkahwin...

Thursday, 6 September 2018

MENGHAYATI ERTI TAUHID ULUHIYYAH

⭕️Assalamualaikum ustazah dan sahabat semua. Saya ada soalan berkenaan Tauhid Uluhiyyah. Sebagai muslim kita wajib melaksanakan semua perintah Allah dan meninggalkan larangannya, barulah kita telah ada Tauhid Uluhiyyah, betul begitu, ustazah? Bagaimana jika kita melakukan perkara yang Allah larang? Adakah rosak iman kita ? Terima kasih.⭕️Waalaikumussalam.🔴 Soalan yang baik sebahagian daripada ilmu. حسن السؤال نصف العلمSoalan baik terbit daripada niat yang baik, biasanya akan membuahkan banyak manfaat kepada orang lain.  Sebenarnya ramai orang mempunyai persoalan yang sama namun tidak tahu bagaimana hendak mengungkapkannya.🔴 Tauhid Uluhiyyah bermakna kita MEYAKINI bahawa Allah adalah Tuhan Ilaah, iaitu Tuhan yang...

Page 1 of 751234567Next

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Powerade Coupons