Thursday, 24 December 2020

HADITH PALSU : BACAAN 100, 000 KALI SURAH AL-IKHLAS

Soalan :Assalamualaikum ustazah.Adakah membaca surah al-Ikhlas sebanyak 100 ribu kali mempunyai kelebihan yang dinyatakan dalam hadith?Jawapan :Waalaikumussalam.🔴Bilangan bacaan 100 ribu ini  sebenarnya datang daripada HADITH PALSU. Jangan sebarkan hadith palsu dan jangan percaya kepada ganjaran dalam hadith palsu.Perbuatan menyebarkan hadith palsu menempah neraka kerana hadith palsu adalah satu bentuk pendustaan atas nama Nabi Muhammad saw.🔴Banyakkan bacaan al-Ikhlas dengan pemahaman dan penghayatan kerana  kandungannya membentuk TAUHID dalam jiwa dan amalan kita.Inilah maksud hadith sahih, iaitu membaca Surah al-Ikhlas dengan penghayatan menyamai 1/3 al-Quran kerana 1/3 al-Quran mengandungi persoalan TAUHID. Ia bukan bermaksud...

Wednesday, 16 December 2020

BERNAZAR PUASA SEMINGGU

 Assalamualaikum Ustazah.Anak saya bernazar mahu menunaikan puasa selama seminggu jika dia berjaya dalam peperiksaannya.Adakah puasa nazar itu perlu ditunaikan secara berturut-turut, ataupun boleh diselang selikan sehingga cukup seminggu berpuasa?Jawapan Ringkas :Waalaikumussalam.Puasa nazar wajib ditunaikan kerana ia sejenis janji ataupun sumpah atas nama Allah. Jika tuan empunya diri memang ada niat untuk puasa nazar berturut-turut selama seminggu, maka puasa nazar itu tidak boleh ada senggang, tidak boleh selang seli, mesti dilakukan secara berterusan sehingga cukup 7 hari.Jika tuan empunya diri yang bernazar tidak berniat bahawa puasa seminggu itu berturut-turut, maka tidak mengapa dia tunaikan secara selang seli mengikut kemampuan...

HADITH PALSU ELAK MATI MENDADAK

🔴 SoalanAssalamualaikum Ustazah,Mohon pencerahan, adakah kita boleh amalkan amalan ini untuk elakkan mati mendadak?Terima kasih.🔴 Jawapan :Waalaikumussalam.📌 Ini hadith palsu. Haram menyebarkannya atas nama Nabi Muhammad s.a.w.📌 Versi asal hadith palsu ini lebih panjang, lebih banyak fadilat-fadilat rekaan yang ditempelkan padanya.Tidak ada satu pun doa yang diajar oleh Nabi Muhammad saw dalam bentuk  cukup dibaca sekali seumur hidup. Doa ma’thur dalam hadith-hadith yang sahih dan thabit adalah doa-doa yang perlu selalu diulangi, sentiasa memohonnya kepada Allah. 📌 Apakah sebenarnya maksud mati mendadak yang dikehendaki oleh tulisan tersebut?📌 Dalam ilmu fiqh, para ulama’ membincangkan persoalan mati mendadak dengan...

Sunday, 15 November 2020

Hadith Palsu Pelaris Barangan

Assalamualaikum.Apa pandangan ustazah tentang topi, kopiah dan pakaian lain yang berlogo capal yang dikatakan direka dan dijual supaya orang ingat kepada Nabi dan berselawat. Lambang ini juga kelihatan terpampang sebagai penaja ceramah dan sebagainya.Waalaikumussalam.Ini jawapan kita secara ringkas.Haram menggunakan hadith palsu dalam apa tujuan sekalipun, termasuk untuk menyuruh orang berbuat baik. Lakaran capal berasal daripada kepercayaan pelakar terhadap satu HADITH PALSU, kononnya Nabi Muhammad saw naik dengan selipar-seliparnya ke arasy pada malam mi’raj. Inilah sebab mengapa kita dapati capal yang dilakar, bukan pakaian lain. Berdusta atas nama Nabi Muhammad saw ataupun membuat dan menyebar hadith palsu diancam dengan neraka....

Thursday, 12 November 2020

HUKUM BERI ISYARAT HORMAT MENGGANTIKAN BERJABAT TANGAN

Soalan :Assalamualaikum.Tersebar satu tulisan yang mengatakan bahawa memberi isyarat hormat ke dada menggantikan bersalam itu haram kerana meniru perbuatan orang kafir. Mohon pandangan ustazah.Jawapan Ringkas :Waalaikumussalam.Pelbagai Isu TularBanyak isu tular seiring dengan menularnya waba’ Covid-19. Bermula dengan kontroversi bahawa Covid -19 itu dikatakan sebagai konspirasi Yahudi, isu pemakaian mask semasa solat tidak sah, penjarakan semasa solat berjamaah meniru amalan kuil, penetapan had jemaah semasa solat Jumaat agenda musuh Islam, sehinggalah kepada isu ini, iaitu memberi isyarat hormat bagi menggantikan berjabat tangan.Dalam isu penjarakan semasa solat berjamaah di masjid misalnya, ada yang mendakwa cara itu meniru agama lain di tempat ibadat mereka. Disebarkan gambar perbandingan...

Friday, 23 October 2020

KEPERCAYAAN KEPADA LAKARAN CAPAL DAN NUR MUHAMMAD

 🔴Soalan Assalamualaikum, ustazah. Saya hendak bertanya 2 soalan :1. Bolehkah terangkan maksud ayat yang viral ini :‘Kalau bukan kerana Rasulullah ﷺ, nescaya tiadalah alam ini. Wujudnya kejadian alam ini. Alas kaki Nabi Muhammad ﷺ itu agung di atas kepala seluruh alam semesta, dan segenap makhluk itu semuanya berada dibawah bayangnya.’2. Benarkah kita perlu muliakan lakaran capal nabi? Dikatakan umat Islam dimuliakan kerana mencintai pemilik capal tersebut.🔴Jawapan : Waalaikumussalam.Menjawab soalan pertama :📌 Perenggan yang saudari tanyakan itu mengandungi 3 kepercayaan yang salah :1. ⛔️Percaya kepada konsep wahdatul wujud. Konsep ini menyalahi konsep akidah dalam al-Quran dan al-Sunnah yang jelas menyatakan Allah sebagai...

Wednesday, 14 October 2020

JANGAN PENDEKKAN ZIKIR AJARAN NABI MUHAMMAD SAW

 🔴 Soalan :Ada rakan-rakan saya yang masuk kumpulan zikir hu hu. Sejak mereka menyertai group zikir itu, mereka tidak lagi berminat menyertai majlis-majlis ilmu yang diikuti sebelum ini. Minta pencerahan ustazah adakah boleh kita zikir hu hu ataupun Allah Allah Allah?🔴 Jawapan :Ramai yang tidak tahu mengapa para ulama’ tidak benarkan zikir al-ism al-mufrad. Allah Allah Allah.Rupa-rupanya ia menyalahi ajaran Nabi Muhammad saw. Zikir menyalahi sunnah inilah menjadi syiar, amalan sufiyyah, amalan kumpulan-kumpulan tertentu.Nabi Muhammad saw ajarkan zikir-zikir dengan lafaz penuh, membawa maksud mengagungkan Allah dan memuji Allah. Nabi ajarkan zikir yang mendatangkan pahala.Misalnya :📌سبحان الله 📌الحمد للهالله أكبر📌لا...

BERPADA DENGAN PETUNJUK NABI SAW UNTUK MANFAAT ORANG HIDUP DAN SI MATI

🔴 SOALAN Assalamualaikum.Seorang kenalan memberitahu bahawa apabila ahli keluarga meninggal dunia, hendaklah dibahagi-bahagikan bacaan 70,000 kali ucapan لا اله الا الله dengan adik beradik, lalu hadiahkanlah kepada si mati.Diceritakan juga bahawa orang yang mengamalkannya bermimpi didatangi oleh arwah lalu meminta dibuatkan lagi.Adakah amalan ini memang dianjurkan oleh Nabi Muhammad saw?Minta pencerahan ustazah.🔴 JAWAPANWalaikumussalam. 📌 Ringkasan : Amalan ini bukan amalan yang datang daripada Nabi Muhammad saw.📌 Apabila kita belajar agama, penting kita pastikan penyampainya ambil berat tentang bahaya hadith palsu dan menjauhi perkara-perkara khurafat. Demikian juga amalan-amalan yang tiada...

Page 1 of 751234567Next

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Powerade Coupons