Saturday, 27 June 2020

Melindungi Diri Dari Corona & Syaitan

🔴 SOALAN LANJUT :Apa makna hukum Allah al-kawni?🔴 JAWAPAN :Hukum Allah al-kawni : Hukum ataupun ketetapan Allah terhadap alam, semua makhluk ciptaanNya. Setiap ciptaan ada kadar tersendiri - sifat, jangkahayat, habitat, rezeki, kelemahan, tarikh ajal dsb.Nyamuk misalnya ada kadar yang ditetapkan Allah baginya. Tempoh hayat tertentu, sifat tertentu, habitat tertentu. Ada hukum Allah al-kawni pada nyamuk secara keseluruhan dan ada hukum Allah al-kawni pada setiap nyamuk. Demikianlah semua makhluk Allah, ada kadar yang telah ditetapkan Allah. Manusia, bintang, matahari, lebah, semut, galaksi dan juga coronavirus.Ahli sains, termasuk sains perubatan memerhatikan sebahagian besar hukum Allah al-kawni ini pada makhluk-makhluk Allah yang...

Sunday, 14 June 2020

MEMATUHI PERINTAH DAN MENINGGALKAN LARANGAN ALLAH

Assalamualaikum.Bagi melakukan sesuatu amalan soleh, beberapa siri kuliah diperlukan bagi membimbing kita melakukan sesuatu amalan ibadah dengan betul. Kita belajar sejarah pensyariatannya, syaratnya, rukunnya, ‘sah batal’, falsafah penghayatannya dan sebagainya.Namun bagi meninggalkan larangan Allah, cukup dengan kita tahu bahawa sesuatu itu dilarang, kemudian kita pun terus meninggalkannya kerana Allah.Meskipun tempoh untuk ‘tahu dengan betul’ tentang perkara yang dilarang itu adakalanya agak panjang, umpamanya larangan hasad dengki dan larangan berdusta atas nama Nabi Muhammad saw, namun pelaksanaannya tidak perlu kepada ‘how to’ yang pelbagai. Apa yang penting ialah ilmu yang sahih, niat yang benar, kemudian tinggalkan sahaja. Niat ialah...

Page 1 of 751234567Next

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Powerade Coupons