🍀 Persoalan
Seseorang telah melafazkan sumpah dengan nama Allah untuk tidak mengikuti agamawan yang menekankan kepentingan untuk menghayati al-Quran dan hadith-hadith yang sahih dengan disiplin yang betul. Dia menamakan ajaran tersebut sebagai wahabi. Setiapkali diperingatkan tentang bahaya hadith palsu dan pentingnya beramal dengan hadith sahih misalnya, dia akan menggelarkan orang yang mengingatkannya sebagai wahabi. Lafaznya seperti berikut :
والله وتالله وبالله
Demi Allah. Demi Allah. Demi Allah. Saya tidak akan ikut ajaran wahabi.
Apa pandangan ustazah?
🍀 Jawapan Ringkas :
📌Pertama : Kerugian Apabila Kabur Tentang Kebenaran
Setiap perkataan yang ada dalam agama ini ada asal usulnya. Apabila kita belajar fiqh misalnya, kita akan diajarkan tentang definisi sesuatu ibadah menurut bahasa dan istilah. Apa makna solat dari sudut bahasa dan istilah, apa makna puasa dari sudut bahasa dan istilah, apa makna zakat sudut bahasa dan istilah, apa makna haji dari sudut bahasa dan istilah dan seterusnya.
Demikian juga apabila kita mempelajari akidah, kita akan mempelajari perkara yang sama. Apa maksud tauhid dari segi bahasa dan istilah, apa maksud iman dari sudut bahasa dan istilah, apa makna syirik dari sudut bahasa dan istilah.
Malah apabila kita belajar bab Tazkiyah al-Nafs dan akhlak pun, kita akan menemui perkara yang sama. Apa makna taqwa dari sudut bahasa dan istilah? Apa makna sabar dari sudut bahasa dan istilah? Apa makna hasad dari sudut bahasa dan istilah? Bagaimana ia berbeza dengan ghibtah dan al-ightibat?
Mempelajari agama secara berdisiplin begini akan menyedarkan kita besarnya hikmah mengapa Allah turunkan al-Quran dalam bahasa Arab, dan dihuraikan maknanya oleh Nabi kita Nabi Muhammad s.a.w. dalam bahasa Arab, di tengah-tengah masyarakat Arab ketika itu.
Oleh yang demikian, apabila ada istilah yang disalah guna ataupun diputarbelitkan, kita akan segera dapat mengenalpasti puncanya. Lama dahulu Islam sering dikaitkan dengan keganasan. Perkataan terrorist selalu dikaitkan dengan Islam, dengan tujuan untuk menakut-nakutkan orang bukan Islam kepada Islam. Seorang pelajar nakal di sebuah sekolah yang baik, apabila ditangkap polis, adalah menjadi sesuatu yang pelik jika media melaporkan sekolah itu sebagai sekolah budak jahat. Apa nasib pelajar-pelajar lain yang baik-baik dan pandai-pandai? Apa nasib guru-guru yang bertungkus lumus menyampaikan ilmu dan mendidik, termasuk mendidik pelajar nakal itu selama ini, tetapi tidak didengari dan tidak diikuti?
Demikianlah perkataan wahabi menjadi mainan tanpa difahami akan maknanya. Perkataan ini tidak boleh diberikan definisi yang tepat dari sudut bahasa apatah lagi dari sudut istilah. Malang sekali jika agamawan yang mengajarkan penghayatan al-Quran dengan disiplin yang betul, menekankan penghayatan hadith sahih degan disiplin yang betul, menekankan kepentingan ibadah dan akhlak yang baik, tiba-tiba dituduh sebagai wahabi yang digambarkan sebagai orang jahat. Umat Islam akan kerugian besar kerana al-Quran dan hadith adalah pusaka peninggalan Nabi Muhammad s.a.w. yang masih kekal sehingga hari ini, dan memahaminya hendaklah dengan disiplin yang benar.
Tulisan lanjut tentang asal usul tuduhan ‘fahaman wahabi‘ boleh dibaca di sini.
📌Kedua : Suruhan Bertaqwa Dalam Bersumpah
Orang yang bersunpah dalam kes ini sepertinya tidak tahu tentang perlunya bertaqwa dalam bersumpah.
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda :
مَنْ حلَفَ علَي يمينٍ ثمَّ رأَى اتقَي للهِ منْهَا فليَأْتِ التَّقوَى
Maksudnya : Sesiapa yang bersumpah dengan nama Allah untuk sesuatu perkara, kemudian merasakan dia lebih takut, lebih taqwa kepada Allah berbanding perkara yang dia sumpahkan itu, hendaklah dia utamakan taqwa.
(Sahih Muslim, Kitab Sumpah)
Maknanya, apabila seseorang itu menyedari bahawa perkara yang disunpahkan itu mendatangkan kemurkaan Allah, dia wajib melanggar sumpah itu dan wajib membayar denda kaffarah sumpah.
Sebagai contoh, jika dia bersumpah dengan nama Allah dia tidak akan bercakap dengan jiran sebelahnya, apabila dia menyedari sumpah itu tidak selari dengan sifat memaafkan yang dianjurkan dalam al-Quran dan tidak selari dengan anjuran berbuat baik kepada jiran, maka dia perlu memilih taqwa kepada Allah. Ini bererti dia perlu bercakap dengan jirannya dan membayar kaffarah sebagai denda kerana melanggar sumpah atas nama Allah.
Demikianlah juga dalam kes yang ditanyakan ini. Orang tersebut perlu memilih taqwa kerana perintah supaya mematuhi Allah dan rasul termaktub dalam al-Quran, dan Nabi Muhammad s.a.w. melarang perbuatan berdusta atas nama baginda s.a.w. Dengan kata lain, berdusta atas nama Nabi Muhammad s.a.w., menyebarkan hadith palsu dan mengamalkannya adalah dilarang dan dimurkai Allah.
Bagaimana dia boleh bersumpah untuk tidak mengikuti orang yang memberi saranan yang penting dalam agama?
📌Ketiga : Sumpah Sah Dan Wajib Menunaikan Kaffarah Sumpah
Sunpah dalam kes ini sah kerana mencukupi syarat. Sumpahnya termasuk dalam kategori al-yamin al-mun’aqidah.
Dia bersumpah dengan nama Allah untuk meninggalkan perkara wajib, iaitu mengikuti disiplin ilmu yang benar, sedangkan Allah s.w.t. menyuruh orang beriman bersama-sama dengan orang yang benar. Dia tidak pula menyebut in syaa Allah dalam lafaz sumpahnya.
Siapa yang mengenali orang yang bersumpah seperti ini hendaklah menasihatkan supaya dia bertaubat. Wajib ke atasnya melanggar sumpah dan wajib ke atasnya menunaikan denda - kaffarah sumpah. Ini adalah berdasarkan dalil ayat al-Quran dan hadith yang sahih. Hadith suruhan bertaqwa dalam bersumpah yang telah dinyatakan di atas menjelaskan ayat al-Quran berikut :
0 comments:
Post a Comment