Saturday, 20 November 2021

TUDUHAN TERHADAP ZIKIR AJARAN NABI MUHAMMAD SAW DALAM HADITH SAHIH

Menjawab satu tulisan yang mendakwa zikir ajaran Nabi Muhammad saw itu berat dan tidak sesuai untuk kita yang bukan nabi !Assalamualaikum. Usahlah terpengaruh dengan kenyataan dan dakwaan yang sudah diterbalikkan, demi hendak melariskan zikir rekaan.Jahatnya manusia sehingga sanggup menutup kebaikan ajaran Nabi Muhammad saw demi untuk menjual barangan sendiri.Orang yang berusaha melariskan ajaran nabi mereka gelar wahabi, manakala yang melariskan ajaran rekaan mereka gelar wali, walhal Nabi Muhammad saw adalah wali yang tertinggi.Hakikatnya, sepanjang 20 tahun pengalaman, berdikit-dikit menerima aduan dan soalan.Zikir rekaan itu sebenarnya tidak ringan pada lidah kerana bahasa Arabnya sudah compang camping.Zikir rekaan itu tidak seindah susunan yang diajarkan oleh Nabi Muhammad saw, kerana...

Monday, 1 November 2021

‘Blackish Discharge’ Semasa Rawatan Endometriosis

🔴 Soalan :I m now under treatment for my endometriosis tht I m suffering. Doctor gave me lucrin for 6 months to stop my period.So I m not supposed to get my period for 6 months. But through tht I did experience some sort of blackish discharged. I could still perform solat kan ustazah?🔴 Jawapan :Rawatan mungkin mengambil masa untuk hentikan darah haid. Perlu dapatkan nasihat doktor, jika darah itu memang datang dari kitaran biasa yang masih berbaki, maka ia adalah haid.Pendarahan yang dialami oleh mereka yang mengalami Endometriosis boleh datang dari 2 sumber, iaitu darah dari kitaran haid biasa dan darah dari Endometriosis. Jadi seeloknya sahkan dengan doktor darah yang keluar itu.Pada pandangan ustazah, darah kehitaman yang keluar itu dikira sebagai darah haid apabila :a. Lucrin...

Wednesday, 18 August 2021

CATATAN 10 MUHARRAM 1443H

Assalaamualaikum.🔴 Antara kluster yang banyak muncul di Terengganu sebelum ini ialah kluster majlis tahlil kematian. Kluster yang dilaporkan bolehlah kita membilangnya, yang tidak dilaporkan malah disembunyikan tidaklah kita ketahui berapa jumlahnya.Sayangnya ia dinamakan sebagai kluster agama, walhal jika para sahabat masih hidup pada zaman kita ini, merekapun pasti hairan dengan kaifiyyat dan lafaz muqaddimah majlis tahlil itu.🔴 Sebenarnya, apabila ada kematian, setelah selesai hutang piutang dan pengurusan jenazah, ada 2 perkara penting yang diajarkan oleh Nabi Muhammad saw yang perlu kita lakukan berterusan untuk si mati, kerana 2 perkara ini sangat bermanfaat untuknya.1️⃣ Pertama mohonkan rahmat Allah untuknya.2️⃣ Kedua mohonkan keampunan...

Saturday, 24 July 2021

CATATAN : RIYAD AL-SALIHIN, BAB IKHLAS, HADITH 2

RIYAD AL-SALIHIN - BAB IKHLAS - HADITH 2 Sedikit perkongsian dan kesimpulan hari ini. Dikongsikan juga slides yang di’skip’ kerana faktor masa yang terhad.MUQADDIMAHKita bersama pagi ini untuk memenuhi tuntutan ukhuwwah Islamiyyah. Semakin berusia semakin kita mencari erti di sebalik tindakan, pilihan dan keputusan yang kita buat, maka cara terbaik ialah mencari erti dalam ajaran al-Quran dan al-Sunnah.Ukhuwwah Islamiyyah ada tuntutannya. Dalil yang kita ambil hari ini ialah satu ayat dan 1 hadith. Ayat yang memberitahu kita tentang tuntutan ukhuwwah ialah ayat 71 Surah al-Taubah. Manakala hadith yang memberitahu perkara yang sama ialah sabda Nabi Muhammad saw : انصر أخاك ظالمًا أو مظلومًا (Sahih al-Bukhari)IMAM NAWAWISelain...

Sunday, 18 July 2021

Adakah haram memasak daging korban untuk dibahagikan kepada fakir miskin?

 Assalamualaikum Ustazah,Benarkah daging korban haram dimasak untuk diagihkan sebagai hadiah dan sedekah kepada fakir miskin?Jawapan Ringkas :Para ulama’ berbeza pendapat dalam hal ini.Namun tiada dalil yang jelas menyatakan begitu.Sedekah daging korban itu boleh diberikan dalam bentuk daging mentah ataupun yang telah dimasak. Pastikan sekurang-kurang 1/3 diperolehi oleh faqir miskin.Daging korban lebih afdal dibahagikan dalam bentuk daging mentah. Namun tiada masalah jika ada keperluan mendesak untuk membahagikan daging korban itu dalam bentuk yang telah dimasak.Daging aqiqah lebih afdal dibahagikan dalalm bentuk yang telah dimasak. Namun tiada masalah jika ada keperluan membahagikan untuk daging aqiqah dalam bentuk mentah.والله أعلمIsnin9 Zulhijjah 1442H19 Julai 2...

Monday, 5 July 2021

Monday, 21 June 2021

SALAH FAHAM DAN SALAH GUNA ‘SANAD’

 Assalamualaikum.📌 Didapati berlaku banyak salah faham dalam pengajian yang dinamakan sebagai pengajian bersanad. Pernah ditemui pengajian bersanad yang menggunakan kitab jawi yang terdapat banyak hadith palsu di dalamnya.📌 Ada juga yang memalsukan ‘sanad’ untuk meramaikan pengikut ajaran dan fahaman tertentu. Sangat malang apabila para pengikut menyangka ‘sanad’ yang palsu itu sampai kepada Nabi Muhammad saw.📌 Malah lebih jauh dari itu, sanad pernah ditawarkan secara online oleh guru yang dikatakan memiliki sanad dan dikatakan menghafaz ribuan hadith! Malangnya didapati banyak hadith-hadith palsu disebarkan malah diamalkan, menandakan terlalu banyak perkara yang perlu disemak dalam dakwaan-dakwaan tersebut.📌Sanad  tujuannya ialah memelihara ketulinan ajaran...

Sunday, 16 May 2021

SELAMAT HARI GURU

NostalgiaLebih kurang 10 tahun yang lalu, setiap kali lalu di hadapan bangunan yang menempatkan premis Kelas Bimbingan Saudara Kita, hati saya terdetik, bagusnya kalau saya dapat mengajar ‘di sini.’ Namun ketika itu saya sibuk menyiapkan tugasan pengajian, sibuk dengan keluarga dan sibuk dengan pelbagai urusan remeh temeh dan saya juga bukan orang tempatan untuk bertanyakan sesuatu yang berkaitan. Maka detik hati kekal sebagai detikan setiap kali saya lalu di hadapan premis itu.Sehinggalah pada suatu hari, ketika mengajar tafsir Surah al-Kautsar di sebuah surau, sahabat penyantun yang hadir ke kuliah membawa kenalannya bersama. Katanya, beliau adalah  ‘saudara kita.’Seusai kuliah, kekanda saudara kita tersebut datang berjumpa saya,...

Tuesday, 27 April 2021

KERJAKAN SOLAT DENGAN KHUSYU’, JANGAN ZIKIR MENARI!

🔴 SOALAN :Mohon pencerahan ustazah tentang zikir menari dalam video ini. Adakah benar amalan ini berasaskan amalan para sahabat? 🔴 Amalan dan tulisan dalam video ini menyalahi sebahagian besar ayat al-Quran, hadith sahih dan prinsip dalam agama Islam.📌1. Riwayat dalam video ini adalah riwayat PALSU yang disandarkan kepada Ali bin Abi Talib ra. Ada beberapa riwayat PALSU yang disandarkan kepada sahabat2 utama untuk mengabui mata umat Islam, selain daripada disandarkan kepada Nabi Muhammad saw.Poin no 1 : Video ini menyebarkan RIWAYAT PALSU. Bahaya hadith palsu jelas dapat merosakkan umat Islam. Amalan sebenar ditinggalkan, mahu pula mengamalkan perkara yang dilarang oleh Nabi Muhammad saw.Kalau benar mahu mengingati Allah,...

Monday, 26 April 2021

20 KESILAPAN SEBAHAGIAN ORANG YANG BERPUASA

Ramadhan 1421H  sebahagiannya sudah berlalu, mankala sebahagian lagi masih berbaki. Masih belum terlambat untuk menyemak 20 kesilapann yang biasa dilakukan oleh sebahagian orang yang berpuasa, agar kita dapat berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya.Kesilapan 1 : Tidak Mendalami Hukum Hakam Tentang Siyaam & QiyamKesilapan 2 : Tidak Malu Kepada AllahKesilapan 3 : Melampau & MembazirKesilapan 4 : Melampau Dalam BerdoaKesilapan 5 : Memberatkan Ahli Keluarga Dengan Penyediaan Makan Dan MinumKesilapan 6 : Tidur Pada Waktu SahurKesilapan 7 : Meringan-ringankan Solat SubuhKesilapaan 8 : Tidur Sepanjang HariKesilapan 9 : Tidak Membaca al-QuranKesilapan 10 : Tidak Berdoa Semasa Berpuasa Dan Ketika BerbukaKesilapan 11 : Tidak...

Friday, 26 March 2021

ADAKAH DISYARIATKAN SAMBUTAN NISFU SYAABAN?

 Assalamualaikum.🔴Soalan : Adakah terdapat amalan khusus yang perlu dilakukan sempena Nisfu Syaaban?Benarkah Nabi Muhammad saw menganjurkan kita menyambut Nisfu Syaaban, qiyamullail pada malamnya, dan berpuasa pada siangnya? Mohon pencerahan. 🔴Jawapan :🔸1. TIADA amalan khusus yang disyariatkan sempena Nisfu Syaabana. Puasa dan QiyamullailHadith-hadith yang disebarkan bahawa Nabi saw menyuruh qiyamullail pada  malam nisfu Syaaban dan puasa pada siangnya adalah hadith PALSU, ataupun SANGAT DAIF.Jadi, para ulama' TIDAK memasukkan puasa sempena nisfu Syaaban ke dalam senarai puasa-puasa sunat. b. Membaca Yasin 3 kaliTidak disyariatkan membaca Yasin 3 kali pada Malam Nisfu SyaabanBagi mereka yang belajar Fiqh Ibadat lengkap dengan dalil al-Quran dan al-Hadith, mereka...

Page 1 of 751234567Next

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Powerade Coupons