Assalamualaikum.
📌 Didapati berlaku banyak salah faham dalam pengajian yang dinamakan sebagai pengajian bersanad. Pernah ditemui pengajian bersanad yang menggunakan kitab jawi yang terdapat banyak hadith palsu di dalamnya.
📌 Ada juga yang memalsukan ‘sanad’ untuk meramaikan pengikut ajaran dan fahaman tertentu. Sangat malang apabila para pengikut menyangka ‘sanad’ yang palsu itu sampai kepada Nabi Muhammad saw.
📌 Malah lebih jauh dari itu, sanad pernah ditawarkan secara online oleh guru yang dikatakan memiliki sanad dan dikatakan menghafaz ribuan hadith!
Malangnya didapati banyak hadith-hadith palsu disebarkan malah diamalkan, menandakan terlalu banyak perkara yang perlu disemak dalam dakwaan-dakwaan tersebut.
📌Sanad tujuannya ialah memelihara ketulinan ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw. Apabila sanad disalah guna dan disalah fahami, maka tujuan ini tidak terpelihara lagi.
📌 Hadith Nabi Muhammad saw termasuk hadith dalam Sahih Bukhari hendaklah dipelajari dengan guru yang benar-benar menjaga sunnah Nabi Muhammad saw secara amanah dan berdisiplin. Jika tidak, ada banyak penyelewengan dalam agama boleh berlaku semasa menghuraikan hadith yang sahih.
Zikir-zikir daripada hadith Nabi Muhammad saw yang sahih misalnya didiamkan, dibawa pula zikir-zikir yang tiada asal.
Sama seperti ayat-ayat al-Quran, perlu dipelajari dengan guru yang betul dan disiplin yang betul. Berapa ramai yang salah guna ayat al-Quran sehingga sanggup menyokong amalan zikir menari yang tiada asalnya dalam ajaran Islam.
اللهم إنا نسألك علما نافعا
Dr Nabilah Hasan
21/6/21
Isnin
10 Zulqa’dah 2021