
Assalaamualaikum.🔴 Antara kluster yang banyak muncul di Terengganu sebelum ini ialah kluster majlis tahlil kematian. Kluster yang dilaporkan bolehlah kita membilangnya, yang tidak dilaporkan malah disembunyikan tidaklah kita ketahui berapa jumlahnya.Sayangnya ia dinamakan sebagai kluster agama, walhal jika para sahabat masih hidup pada zaman kita ini, merekapun pasti hairan dengan kaifiyyat dan lafaz muqaddimah majlis tahlil itu.🔴 Sebenarnya, apabila ada kematian, setelah selesai hutang piutang dan pengurusan jenazah, ada 2 perkara penting yang diajarkan oleh Nabi Muhammad saw yang perlu kita lakukan berterusan untuk si mati, kerana 2 perkara ini sangat bermanfaat untuknya.1️⃣ Pertama mohonkan rahmat Allah untuknya.2️⃣ Kedua mohonkan keampunan...