A. Khadir dalam nusus itu, ada ulama’ yang mengatakan dia adalah insan, dan ada yang mengatakan dia adalah malaikat. Jika malaikat, maka dia menerima perintah Allah dalam melakukan sesuatu kepada makhlukNya. Apa hairannya jika malaikat menjadi guru kepada Nabi Musa as. Malaikat Jibril umpama guru kepada Nabi Muhammad saw.
Malaikat tentunya tidak sama dengan manusia. Apa yang dilakukannya tidak tertauk kepada syariat kepada manusia. Malaikat maut misalnya, memang tugasnya mencabut nyawa!
Tamat.
B. Setinggi mana pun guru, tetap tidak akan menandingi, mangatasi ataupun melewati apa yang telah dibawa oleh Rasulullah saw.
C. Guru yang jujur tahu akan keterbatasannya.
Pelajar yang jujur juga tahu keterbatasan dirinya dan keterbatasan guru.
Dalam dunia ini ada guru yang tidak jujur dan ada pelajar yang tidak jujur, dan kita tidak mahu masuk ke dalam kedua golongan itu.
D. Syarat mendapat ilmu yang baik tidak berada pada pelajar dan guru sahaja, tetapi juga pada sukatan yang datang daripada wahyu kepada nabi terakhir.
Tiada wahyu lagi selepasnya.
Sukatan itulah yang membimbing guru dan pelajar.
E. Seni menyampaikan kebenaran tentang sesuatu adalah perkara lain pula, mesti sesuai dengan penerima dan sesuai dengan situasi semasa.
Adakalanya melalui cara 1, kebenaran dipandang serong dan menimbulkan gegak gempita. Namun melalui cara B penerima terpaksa mengangguk sahaja tanpa dapat berkata apa-apa.
Melainkan jika ada pemfitnah yang mengadu domba, twist di sana sini, maka kebenaran tenggelam dalam lautan kecelaruan dan ketakutan entah kepada apa.
F. Dalam usaha belajar agama, tidak semua orang berpeluang mendapat sukatan yang bagus. Tidak semua juga berpeluang mendapat guru yang bagus. Seringkali terdedah dengan selawat rekaan, guru yang membawa hadith palsu, ataupun guru yang salah hurai, saah faham dan lain-lain.
Ada juga yang berpeluang mendapat sukatan yang bagus, guru yang bagus, tetapi tidak pula mahu mengikut apa yang dia perolehi. Mahu yang dulu-dulu juga walaupun tidak diketahui asal usulnya.
Poin ini menyedarkan kita tentang kepentingan permohonan hidayah dalam setiap rakaat, permohonan hidayah dalam doa istiftah pembuka solat malam, dan kepentingan hidayah dalam doa pendek ajaran Nabi Muhammad saw dalam hadith yang sahih :
اللهم اهدني وسددني