Saturday, 26 March 2011

Wanita Perlu Waspada: Jangan Hias Kereta Anda Dengan Anak Patung

Memandangkan wanita gemar sangat nak hias kereta dengan pelbagai koleksi patung macam gambar kat atas tu, maka artikel yang kami terima melalui emel ini ‘wajib’ anda baca. Nak tahu kenapa? Anda bacalah untuk mengetahuinya..Semalam, saya sampai ke ofis agak awal. Jadi saya duduk dululah dalam kereta sambil mendengar lagu. Tiba-tiba, terkejut saya apabila ternampak kereta peronda polis berhenti dibelakang saya. Dengan penuh gaya, seorang polisi datang ke arah saya.“Selamat Pagi, Cik Kak..”“Errr selamat pagi”.. jawab saya, dengan nada yang terkejut. Tahu yang saya nampak panik, polis tu tersenyum sambil berkata:“Selalu ke ofis, memandu sorang diri ke?”..“Errr.. ya, saya sorang je. Apahal Encik..?”“Beginilah, saya cuma nak menasihatkan awak...

Thursday, 24 March 2011

Adakah anda seorang yang berfikiran positif?

Gambar : Anak sebagai penghibur, dan sebagai pemangkin untuk lebih berfikiran positif. Tahukah anda, jika anda ingin menjadi orang yang berjaya anda perlulah memiliki minda dan pemikiran yang positif. Dengan berfikiran positif hidup anda akan lebih tenang dan tidak mudah stress. Stress juga akan mengakibatkan emosi anda tidak seimbang dan anda tidak mampu untuk menggunakan sepenuh potensi anda untuk berjaya. Saya teringat satu cerita…Al-kisah, ada sebuah bas yang penuh dengan penumpang tapi bukanlah padat sangat cuma tempat duduk dalam bas tu sahaja yang penuh. Jadi, seorang pak cik ni dengan 3 orang anaknya yang masih kecil baru sahaja menaiki bas tersebut. Anak-anak kecil tersebut tersangatlah nakal! Mereka membuat bising, memekik, mengacau...

Tuesday, 22 March 2011

Tudung Labuh sebagai Safety Factor kepada muslimat

  Suka dengan perumpamaan yang di berikan oleh Khairul Nizam Alais dalam tulisan nya. Tudung Labuh sebagai Safety Factor kepada muslimat. Tepat. Kekadang sukar juga bagi ummi untuk memberikan jawapan sekiranya di tanya dengan soalan sebegini. InsyaAllah tulisan nya ini akan membuka kembali minda pembaca yang terkadang memandang selekeh kepada kami yang tampil dengan pemakaian sebegini. InsyaAllah juga bermanfaat buat semua, dan terima kasih di atas keprihatinan dan jawapan yang baik dari Saudara Khairul terhadap aurat wanita. ----------------------------------------------------“Okey, ada apa-apa yang hendak ditanya lagi?”, mungkin sahaja ini adalah kata penamat pada malam ini sebelum bersurai."Emm...Abah, saya nak tanya satu soalan...

Monday, 21 March 2011

Mengapa Perempuan Moden Inggeris Memilih Islam?

Ipar tiri Tony Blair, Lauren Booth, ternyata tidak sendirian memilih Islam sebagai agama barunya sekembalinya melawat kota suci Qom, Iran. Pilihan iman wartawan dan penyiar television Iran itu rupanya juga diikuti sejumlah perempuan moden Britain lainnya.Eve Ahmed, perempuan yang bertugas sebagai penulis adalah di antara yang dimaksudkan. Eve dilahirkan di London, ibunya orang Inggeris sementara ayahnya Muslim berasal Pakistan. Dari kecil, ia dibesarkan sesuai dengan iman ayahnya. Namun sesungguhnya dia tak dapat menerimanya. "Ketika berusia 18 tahun dan kuliah, saya menolaknya."Islam, selama ini, selalu ditolak Eve. Menurut pengakuannya, banyak hal yang remeh temeh dilarang oleh Islam. Misalnya, tak boleh mengunyah chewing gum,...

Sunday, 20 March 2011

Artis Bertudung Sesatkan Masyarakat dalam Diam

Peminat bersorak girang melihat aksi awek bertudung di atas pentas. Bersorak bukan kerana awek bertudung itu beraksi ghairah di atas pentas, tetapi bersorak girang melihatnya hebat menyanyi. Kelunakan suaranya membuatkan peminat terpana.Kepala yang disarung tudung menyebabkan peminat lebih dekat kepadanya. Kononnya awek yang bertudung adalah perempuan yang baik dan wajar untuk dicontohi. Inilah pemikiran sempit yang membelenggu umat Islam hari ini, akibat daripada penerapan hukum sekular. Asalkan bertudung sahaja, mereka itu membawa imej Islam.Masyarakat menjadikan artis sebagai contoh, bukan al-Quran dan as-Sunnah sebagai sandaran undang-undang. Sekiranya artis itu bertudung, tudung seperti itulah yang akan dicontohi fesyennya, tanpa...

Wednesday, 2 March 2011

Impikan rumahtangga Syurga tanpa kehilangan CINTA..

Sekiranya di minta untuk memilih antara dua, ummi tetap dengan pendirian ummi!.. inginkan kedua - duanya tanpa kehilangan salah satu.. antara kemewahan dan keselesaan hidup dengan kemesraan dan keharmonian dalam rumahtangga?.. Sudah pasti anda juga ingin kan kedua - duanya kan?.. tidak ingin melepas kan salah satu darinya, bukan kerana tamak.. tetapi itulah hakikatnya manusia.. sentiasa ingin kan yang terbaik untuk dirinya dan kehidupannya.. Ingin ummi kongsikan di sini, satu garapan yang menarik dari Ust Pahrol agar kita berfikir dan muhasabah kembali mengenai kehidupan yang sedang kita lalui sekarang. Di pihak manakah kita?.. adakah tergolong di kalangan mereka yang terlalu mengejarkan kemewahan dan keselesaan hidup, tanpa menghiraukan rumahtangga...

Page 1 of 751234567Next

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Powerade Coupons