Gambar : Anak sebagai penghibur, dan sebagai pemangkin untuk lebih berfikiran positif.
Tahukah anda, jika anda ingin menjadi orang yang berjaya anda perlulah memiliki minda dan pemikiran yang positif. Dengan berfikiran positif hidup anda akan lebih tenang dan tidak mudah stress. Stress juga akan mengakibatkan emosi anda tidak seimbang dan anda tidak mampu untuk menggunakan sepenuh potensi anda untuk berjaya. Saya teringat satu cerita…
Al-kisah, ada sebuah bas yang penuh dengan penumpang tapi bukanlah padat sangat cuma tempat duduk dalam bas tu sahaja yang penuh. Jadi, seorang pak cik ni dengan 3 orang anaknya yang masih kecil baru sahaja menaiki bas tersebut. Anak-anak kecil tersebut tersangatlah nakal! Mereka membuat bising, memekik, mengacau orang dan sebagainya. Bayangkan… anda berada dalam bas tersebut dan anak-anak kecil tersebut membuat bising. Kemudian, ketika anda sedang membaca surat khabar… anak-anak kecil ini datang dan tarik surat khabar anda. Ayah kepada anak-anak kecil itu pula hanya senyum dan buat tak tahu.
Saya pasti sudah tentu anda sangat marah dengan anak-anak kecil tersebut bukan? Saya pasti jika diberi peluang sudah tentu anda mahu lempang anak-anak kecil tersebut hahaha! Ada seorang mak cik di atas bas tersebut begitu hairan. Kenapa ayah beliau tidak marah kepada anak-anak kecil tersebut? Mak cik tersebut segera menanyakan soalan kepada pak cik tersebut. “Kenapa tak melarang anak-anak kamu yang sedang membuat kacau dalam bas ni?” tanya mak cik tu kepada ayah anak-anak kecil tersebut. Beliau menjawab “Biarlah… biarlah mereka bergembira seketika kerana anak-anak kecil tersebut masih tidak tahu bahawa ibu mereka meninggal pagi tadi di hospital. Kami ni naik bas untuk ke sana” jawab pak cik tersebut tunduk.
Kini, jika anda berada dalam bas tersebut… saya yakin anda tidak akan marah terhadap anak-anak kecil tersebut. Betul tak? Jika sebelum ini anda stress dengan kelakuan anak-anak kecil tersebut, kini anda tidak marah lagi. Kenapa? Bukan kerana ibu anak-anak kecil tersebut mati… tetapi kerana ANDA BERFIKIRAN POSITIF! Jika anda berfikiran positif, pasti semua masalah yang datang akan dapat diselesaikan dengan cara yang terbaik.
Selepas ini, beranggapan baiklah sesama manusia.
0 comments:
Post a Comment