Membelek - belek fb harini, terjumpa dengan artikel ni.. rasa macam nak share je dengan semua.. yelah, mungkin juga ada di kalangan kita yang pernah terfikir seperti Datin ni.. hihi.. 
Bagi diri ummi pula, untuk berdengki or cemburu dengan bidadari Syurga tu, InsyaAllah tidaklah..kerana sedar yang bidadari Syurga ini di kurniakan oleh Allah, bukan sekadar sebagai nikmat untuk orang lelaki sahaja.. malah buat orang perempuan juga.. InsyaAllah.. :) Cuma, doa yang tidak pernah pudar sejak dulu.. mengharapkan semoga diri ini akan terpilih menjadi Ketua Bidadari bagi suami ku yang tersayang di Syurga kelak.. Ameen. (tinggi cita - cita tu.. :) )"Ustaz, boleh tak kalau di syurga nanti, saya tak nak suami saya ada bidadari?"Soalan  ini pernah dikemukakan oleh seorang wanita (entah datin mana tah),  sewaktu sesi soal jawab dalam satu kuliah (kalau aku tak silap, oleh  Ustaz Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz), pada sekitar awal 90-an.
Jawapannya nanti dulu. Aku nak bincang hal yang lebih penting. Haha..
Datin  tersebut wajar diberi ucapan syabas kerana berani menyuarakan apa yang  terbuku di kalbu ramai wanita. Tapi pasti kebanyakannya tak tergamak nak  luahkan perasaan tu.
Mmm...nampaknya sampai begitu sekali kaum  wanita ni meluat dengan bidadari syurga. Aku guna perkataan 'meluat'  sebab aku rasa inilah istilah yang paling sopan. Mungkin ada yang sampai  rasa benci bila mendengar perkataan 'bidadari', aku tak nafikan.
Apa puncanya sampai jadi macam tu? Penjelasan yang paling mudah, sebab cemburu.
Penjelasan  yang lebih mendalam; sebab wanita sebegitu menyangka bahawa suaminya  adalah MILIK mutlak si isteri. Sebagaimana miliknya terhadap kereta  Mercedesnya dan rumah banglonya. Tak mahu KONGSI dengan orang lain.
Aku  pernah menghadiri majlis ilmu yang dianjurkan satu jemaah  tabligh..ustaz yang sedang memberi amanat kepada bakal-bakal da`ie itu  ada menyebut, "Jangan sekali-kali ceritakan mengenai bidadari apabila  anda sedang membicarakan tentang nikmat syurga di khalayak yang ada  wanita menghadirinya. Dikhuatiri jika anda tidak bersedia dengan ilmu  yang cukup, majlis ilmu itu akan hanya menimbulkan rasa benci di  kalangan wanita yang masih lemah imannya.."
Fuhh~! Sampai begitu sekali rupanya. Dahsyat..
Aku tak sangka sampai begitu sekali, hingga 'pantang' disebut tentang bidadari di depan wanita.
Tapi..Dalam Al-Qur'an kan bidadari disebut tanpa berselindung?
Ohoho...mungkin tak apa la sebab kebanyakan wanita di luar sana tak faham pun bila mendengar atau membaca Qur'an.
Habis, nak biarkan macam tu je? Biarkan je wanita 'bermusuh' dengan bidadari? Tak ada cara nak 'mendamaikan' dua golongan ni ke?
Biar aku beritahu apakah jawapan ustaz yang awal tadi.
"Di  syurga nanti, selagi puan tak berenggang dengan suami puan, suami puan  seakan-akan tak nampak pun bidadari.. Tak perlu lah puan risau sangat.  Yang penting sekarang, usahakan agar puan bersama suami dapat menjadi  ahli syurga. Kalau isteri terpaksa masuk neraka buat sementara, dan  suami yang masuk syurga dulu, saya tak jamin la bidadari tak ganggu  dia.." Padat dan bersahaja jawapan yang diberikan ustaz, disambut gelak  ketawa hadirin. Si datin tunduk sambil tersenyum kelat.
Hmm..kenapa  suami tak nampak bidadari bila isterinya ada? Sebab wanita ahli syurga  kelak akan dijadikan oleh Allah sebagaiketua bidadari. Hebatnya  kecantikan ketua bidadari ni, adalah ibarat cahaya bulan mengambang  penuh di musim panas. Para bidadari yang lain pula ibarat  bintang-bintang yang bertaburan di sekelilingnya. Hanya menyerlah tika  bulan menyepi.
Maka apabila Ketua Bidadari itu hadir, si suami  seolah-olah terpukau, dan bidadari yang lain seakan tak kelihatan,  ataupun nampak kecil saja. Macam gadis jelita dikelilingi budak-budak  tadika. Tentu saja fokus si suami takkan beralih dari melihat isterinya.
Hebat kan ? Tapi macam mana kalau tiada bidadari langsung? Kan lagi bagus kalau tiada saingan?
Tidak juga.
Andai  tiada bidadari, maka cantiknya Ketua Bidadari umpama bulan penuh di  langit yang kosong. Kejelitaannya jadi kurang menyerlah kerana dia  cantik sorang-sorang, tak ada siapa yang kurang dari dia, jadi pada  siapa dia nak dibandingkan? Pada jiran di mahligai bersebelahan yang  jaraknya sejauh mata memandang?
Wahai wanita penghuni syurga; anda  sama cantik saja dengan Ketua Bidadari yang lain. Tak berapa  seronoklah. Anda hanya paling cantik di mata suami anda. Begitu juga  Ketua Bidadari yang menjadi jiran anda, tercantik di mata suaminya.
Satu  perkara lagi, para bidadari syurga adalah penghuni asal yang telah  Allah tempatkan di situ. Mereka penduduk asal syurga. Tak bolehlah nak  halau mereka pula. Nanti mereka mengadu pada Allah. Mereka tidak pernah  berbuat dosa, taraf mereka seakan malaikat yang sentiasa makbul doanya.
Cuma  mereka ini Allah kurniakan nafsu sebagaimana manusia. Tetapi nafsu  mereka bersih (tidak takabbur terhadap Allah) dan tidak terhijab.
Dalil  tentang mereka mempunyai nafsu, dalam surah Al-Waqi`ah ada ayat yang  berbunyi `uruban atraaba, yang apabila diterjemahkan bermaksud:
"
sentiasa merindui (suami mereka yang berada di dunia) dan muda belia usia mereka".
Di dalam bahasa Arab, kalimah `uruban juga bermaksud berahi berpanjangan..
Dalam  istilah yang agak kurang sopan (minta maaf), mereka ini sentiasa  merindui jimak. Saya mohon maaf sekali lagi, tapi wanita dengan sifat  sebeginilah yang diidamkan oleh hampir semua lelaki. (ah..aku rasa bukan  HAMPIR semua, tapi memang SEMUA lelaki normal macam tu).
Tentang  pengertian kalimah atraaba pula, nantilah bila ada masa yang sesuai aku  huraikan dalam artikel yang khusus tentang bidadari..for guys only.
Baiklah.  Anda dah nampak, cara untuk mengelakkan suami anda dari melayani  bidadari, ialah dengan sentiasa ada di sisi suami. Senang saja bukan?
Barulah bidadari lain tak 'kacau daun'.
Betul?
Tapi adakah anda pasti?
Kita rujuk sebuah hadith yang menceritakan tentang keadaan penghuni syurga;
Para  Sahabat bertanya, adakah penghuni syurga melakukan jimak, dan  bagaimanakah keadaan mereka? Dijawab oleh Rasulullah, "Benar. Oh,  sungguh hebat sekali. Tenaga dan kenikmatan mereka Allah gandakan kepada  seratus, dan mereka sekali pun tidak akan merasa letih." ~au kama qaal
Hmm.  Maknanya, kalau Ketua Bidadari tak mahu berenggang dengan suami, maka  alamatnya tak keluar dari bilik la. Layanlah sampai dia puas.
"Tak kisah, janji dia tak layan bidadari.." mungkin itu jawapan seorang wanita.
Saya  beritahu lagi; Ahli syurga juga tidak tidur, kerana terdapat hadith  yang menyatakan bahawa "tidur itu saudara mati, maka ahli syurga tidak  memerlukan kepada tidur, tidak mengantuk, dan tidak letih, lapar, atau  dahaga..". (au kama qaal)
Jenuh la kali ni tak turun-turun dari  katil. Sanggupkah anda? Berapa minggu anda sanggup? Berapa tahun? Berapa  dekad? Berapa kurun?
Jika di hati anda terdetik rasa bosan, para  bidadari di luar bilik akan mengetuk pintu sambil bertanya bilakah  gilirannya akan sampai. "Ketua! Biar kami pula ambil alih!" ..mungkin  itu yang mereka kata.
"Biarlah diorang menunggu kat luar..aku takkan tinggalkan suami aku!" Mungkin ada wanita yang berfikir begini.
Izinkan saya bertanya lagi; "Tak nak pergi shopping ke?" ; )
"Eh, shopping? Shopping apa? Kat mana?"
Mafhum  daripada beberapa hadith yang mutawatir, Pada setiap Jumaat Allah  adakan suatu 'pasar' di syurga. Di pasar inilah, ahli syurga diberi  nikmat terbesar antara segala nikmat di syurga, iaitu diizinkan melihat  kepadaNya. Tiada satu pun ciptaanNya yang mengatasi keindahan Sang  Pencipta, Rabbul Jalil yang bersifat Al-Jamiil.
Dan di 'pasar'  syurga inilah Allah sediakan segala pakaian, makanan, dan perhiasan  (barang kemas dan aksesori) yang berbagai-bagai rupa, beraneka warna dan  bentuk.
Ahli syurga cuma perlu melihat kepada contoh 'produk'  yang dipamerkan, niatkan "Aku mahu yang ini!"; maka dengan serta-merta  benda itu sudah dipakai di tubuhnya. Boleh juga meminta seperti itu  apabila terlihat ada ahli syurga yang lain, memakai sesuatu yang menarik  perhatiannya.
Kenapa perlu ada pasar? Kan boleh minta saja dari dalam bilik?
Perlunya  ada pasar ini kerana ahli syurga ketika itu dah tak tahu apa lagi yang  mahu diminta, kerana terlalu lama dan banyaknya nikmat yang diperolehi  mereka.
Ibarat anda dah dapat semua file/software yang anda  ingini, sampai anda tak tahu nak download software/file apa lagi di  internet. Dah tak tahu nak 'search' apa, sampai termenung di depan  superkomputer yang terhebat dan terlaju di dunia, milik anda. Lebih  kurang macam tu la ibaratnya.
Maka di 'pasar' syurga inilah  terdapat pakaian dan barang kemas serta aksesori wanita (dan lelaki)  dalam 'rekabentuk terbaru'...'latest design'
kata sesetengah orang. Sebab itu ahli syurga tidak akan merasa jemu.
Dan apa yang paling hebat, semua yang ada di pasar ini adalah PERCUMA!
Ibarat  Ivana Trump pergi shopping di HyperMall milik ayahnya yang asyik pecat  orang ("you're fired!"). Tapi di syurga pastinya berjuta-juta-juta kali  lebih mewah. Dan anda kekal muda selama-lamanya, tak macam minah saleh  tu..
Di pasar syurga tu, semua benda yang menyenangkan hati anda  boleh didapati.. Niat saja nak pakaian baru, anda akan tiba di  Department Pakaian Wanita.
"Handbag LV (Louis Vuitton) ada ke?"
..cheh. Ada sorang minah yang baca artikel ni boleh terfikir nak tanya camni..
Begini sajalah. Biar saya bacakan mafhum sebuah hadith lagi.
"Jannah  itu ialah satu kawasan yang tersangat luas. Terdapat lembah, sungai,  pohon, dan bukit. Tanah di tengah-tengahnya yang paling tinggi, dan  Al-Firdaus berada di tempat yang paling tengah dan paling tinggi".
belum habis lagi..ada sambungan hadith ni;
"Keseluruhan  syurga itu terdapat seratus tingkat. Pada tingkat yang terendah dan  pertama, kesemua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya  diperbuat daripada perak. Tingkat yang kedua, semua sudu senduknya,  gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada emas; pada tingkat yang  ketiga, sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada yaqut,  lu'lu' dan zabarjad (batu-batu permata yang mahal), dan pada sembilan  puluh tujuh tingkat lagi hanya Allah yang mengetahuinya. Jarak antara  satu tingkat dengan tingkat yang lain adalah sejauh jarak langit dan  bumi."
Rasulullah hanya sempat meninjau tiga tingkat yang pertama sahaja sewaktu isra' dan mi`raj.
Syurga  tingkat pertama yang terendah adalah untuk ahlul fitrah, manusia yang  tidak pernah beriman tetapi seruan tauhid tidak pernah sampai kepada  mereka ketika hidup di dunia dahulu. Mereka diizinkan masuk ke syurga  setelah selesai menjalani qisas di mahsyar, jika mereka ada menzalimi  sesama mereka. Inilah tanda betapa Maha Pemurahnya Allah Yang Maha Adil,  tidak menzalimi seorangpun hambaNya.
Tingkat pertama ini juga  adalah untuk para muallaf yang hanya sempat mengucapkan syahadah tanpa  satu pun amalan baik, dan tiada satu pun kalimah Allah yang sempat  dipelajarinya.
Maka sekiranya kita umat Islam ini berjaya ke  syurga, tempat kita adalah bermula dari tingkat yang kedua, atau lebih  tinggi lagi. Tingkat kedua, barang-barang perkakas dapur serta  perabutnya diperbuat daripada emas.
Saya tanya; Di dunia sekarang  (di bumi) ini, adakah pakaian dan barang kemas kita diperbuat daripada  bahan yang serupa dengan bahan membuat perabut dan peralatan dapur?
Anda  tahu jawapannya ialah tidak. Bahan untuk pakaian dan perhiasan kita  lazimnya mestilah lebih mahal daripada bahan membuat perabut dan  perkakas dapur.
Ertinya, bila sudu dan meja pun diperbuat daripada  emas, agaknya apakah bahan yang jadi pakaian dan barang kemas ahli  syurga? Sudah tentu lebih mahal daripada emas!
Ya. Bahan dan unsur  yang lebih mahal itulah yang dibuat pakaian ahli syurga..termasuk juga  kasut tumit tinggi dan handbag (jika anda mahu, pasti ada!), termasuk  juga barang kemas yang ada di Pasar Syurga tu.
Ketika itu jika  anda ternampak handbag LV dari alam dunia, mungkin anda akan terasa  jijik nak menyentuhnya macam tengok tahi ayam. Mana ada kelas!
Emas pun setakat jadi jug air je..Gelas minuman pun dibuat daripada berlian (kalau anda menghuni syurga tingkat atas sikit).
Hm..Di  pasar yang bagaikan real-life catalogue ini, semuanya lebih mahal dari  perkakas dan pinggan mangkuk anda. Terlalu banyak pilihan. Shopping la  sebanyak mana yang anda mahu. Tak perlu trolley. Kalau anda nak suruh  bidadari bawakan barang yang anda shopping itu pun, mereka pasti gembira  dapat membantu.
Janganlah lupa pula..para bidadari itu juga khadam anda yang sangat suka berkhidmat. Anda kan ketua mereka?
Ingat  ni, kesemuanya anda tak perlu bayar! Bayarannya telah dilangsaikan  dengan keringat, darah dan air mata anda ketika di dunia dahulu.
Tapi kalau nak dapatkan 'design' terbaru tu, kenalah keluar dari rumah
(istana) dan tengok sendiri di pasar Jumaat. Di pasar ini juga ahli syurga akan bersosial, bertemu rakan lama dan saudara mara.
Berapa  luas pasar tu? Jika anda terbang menaiki buraq selama sehari pun belum  habis melihat keseluruhan bahagian 'pasar' itu. (kalau naik kenderaan  yang lebih laju, anda tak nampak apa-apa sebab laju sangat, mengatasi  kelajuan cahaya).
Dan sudah tentu suami anda pun nak pergi ke  Pasar Jumaat itu juga untuk melihat Allah Rabbul Jalil. Ajaklah suami  shopping sekali!
Setiap minggu, akan ada design terbaru yang boleh  anda dapati. Setiap minggu juga anda boleh datang shopping di pasar  ini. Sampai tahun depan, kurun hadapan, alaf hadapan...sampai bila-bila.  Tiada had usia di syurga..
Soalan terakhir saya: Yang mana lebih  menyeronokkan bagi anda; shopping dengan suami, atau pergi shopping  bersama bekas teman-teman rapat, rakan sekolej (atau rakan serumah) anda  dahulu?
..dan mungkin pada kurun hadapan, suami anda nak pergi  memancing di sungai syurga bersama bekas rakan sekampungnya...atau  mungkin dia cuma nak 'berehat di rumah' saja..
Dah la..tak payah  risau. Perasaan cemburu tu kerana disebabkan kejahilan tentang fitrah  lelaki dan tak faham kehendak suami. Ahli syurga tidak ego dan cemburu  buta. Di syurga tiada hasad dengki dan tiada sifat takabbur.
Qaalu salaaman-salaama~
Terima kasih atas perkongsian ini : 
Don Firdaus