Wednesday, 11 May 2011

'PERALATAN PERKAHWINAN'


Mata saya terpaku pada papan tanda kedai
yang tertulis 'Kedai Peralatan Perkahwinan.'



Seperti biasa, soalan mula
menerjah ke kotak fikiran saya.















"Adakah benar perkahwinan memerlukan peralatan itu?"





Kedai
seumpama itu tumbuh dengan pesat di bandar-bandar utama. Memang menjadi
lokasi tumpuan menjelang musim perkahwinan, membuat keuntungan
berganda-ganda, walaupun tidak ada satu pun 'peralatan perkahwinan'
dalam kedai itu ada sangkut pautnya dengan majlis walimah yang asal
dalam Islam.





Baik
bakal pengantin mahupun ahli keluarga, mereka ditekan oleh frasa 'nanti
apa kata tetamu dan sanak saudara,' menyebabkan ada kalanya mereka
mengabaikan perkara-perkara yang lebih penting, dan mengeluarkan belanja
lebih daripada yang sepatutnya. Itulah yang saya simpulkan daripada
keluhan dan aduan yang pernah diterima, rata-rata daripada golongan yang kurang berkemampuan.



Tidak kurang yang mengadu, banyaknya kes 'bermasam muka' di kalangan saudara mara disebabkan oleh 'peralatan perkahwinan' itu.




Baik kerana tidak cukup, tidak lengkap, ataupun tidak sepakat memilih.



Majlis-majlis perkahwinan yang sepatutnya ceria dan penuh kesyukuran seringkali disulami dengan kata-kata yang tidak perlu, berkisar tentang peralatan-peralatan yang tidak berapa perlu.




Elok
juga barangkali kepada mereka yang mampu, membuka ala-ala 'Kedai
Persediaan Perkahwinan' yang lebih tepat konsepnya, biarpun 'kedai alam
maya', supaya boleh dikunjungi oleh anak muda yang bakal memasuki alam
rumahtangga.





Yang
penting 'kedai' itu menyediakan 'peralatan yang benar-benar
diperlukan.'








Menyedarkan bakal mempelai baru, dan juga mengingatkan
'mempelai lama', bahawa rumahtangga itu adalah salah satu medan perjuangan untuk
membuat pahala, meningkatkan amal soleh dan membuat bekal hidup yang
sebentar.


0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Powerade Coupons