Sunday, 30 October 2011

CINTA YANG TAK MASUK AKAL

Seorang ayah pergi merantau ke luar negara untuk mencari rezeki meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak. Dia seorang yang penyayang dan sangat dikasihi dan dihormati pula oleh ahli keluarganya.Setelah keadaannya di rantau orang agak stabil, dia menghantar surat pertama kepada keluarganya. Mereka sangat gembira menerima surat yang sungguh bermakna dari seorang ayah yang sangat dikasihi dan disayangi. Sampul surat itu ditenung berulang kali. Masing-masing memeluk dan mengucup surat tersebut bagai tidak mahu dilepaskan. Kemudian surat yang berharga itu disimpan di dalam pembalut sutera yang indah. Sekali sekala surat itu dikeluarkan dari pembalutnya untuk dibersihkan daripada debu dan habuk. Kemudian meletakkan kembali di dalam...

Permakanan: Yahudi Menipu Kita...

Bijak sungguh yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW.Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang yahudi tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum. Teruskan membongkar kebijaksanaan yahudi menipu umat Islam...Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah:"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil"Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.1. Kita diajar...

Friday, 28 October 2011

KOTAK-KOTAK KEHIDUPAN - KOTAK RUMAHTANGGA

Sumber FotoDunia penuh dengan kotak-kotak.Rumahtangga adalah salah satu kotak di antara kotak-kotak kehidupan yang lain. Kotak politik, kotak isu-isu global, kotak ekonomi, kotak dunia akademik dan pelbagai lagi kotak-kotak yang berserakan dalam ruang kehidupan dunia.Meskipun kehidupan ini tampak seperti satu, ia tetap berada dalam kotak sendiri. Ada ketua pasukan dan ada pemainnya sendiri.Ini bukan soal sekularisasi.Ini, mungkin, soal organisasi.Sumber FotoSemakin banyak kita mendengar luahan, meniti fasa-fasa dalam kehidupan, kita akan akur, banyak cabaran rumahtangga yang tidak dapat diselesaikan. Penyelesaian utama bukan di pejabat Qadhi ataupun di mahkamah syariah. Penyelesaian utama, sebelum menjadi lebih kronik ialah penyelesaian di...

Monday, 24 October 2011

Look closely, and tell me what you see..

Tertarik untuk membuat posting tentang gambar kat bawah ni.. cuba anda perhatikan betul - betul gambar di bawah.. dan, cuba berikan konklusi anda berdasarkan gambar tersebut.. ( ni apa yang ummi sangka kan.. )oo.. gambar yg kat atas tu, mesti berkait dengan kaabah tiruan yang di buat di Amerika ( seperti gambar di bawah ni..)Tapi, salah sebenarnya tanggapan ummi tu.. dan,ini penjelasan nya.. ( yg ummi perolehi di sini.. It's Sunnah )Look closely, and tell me what you see before you hit "See More"------Right. So when I first saw the top picture I was indifferent. I was like: "Oh, all right, another picture of the Kaaba." Boy was I wrong!It is actually a magnet in the shape of a cube with iron fillings scattered around it. The magnetic field...

Sunday, 23 October 2011

PENGEMBARAAN NABI YAAKUB

Sikap cemburu dan iri hari yang telah menguasai diri Ishu semakin menjadi-jadi terhadap saudaranya Yaakub, sehingga ia berani membuat berbagai- bagai ancaman untuk menakut-nakutkan saudaranya itu. Sikapinitidakdapat dibendung lagi setelah dicalonkan oleh ibunya kepada Nabi Ishak untuk didoakan supaya Yaakub mendapat keberkahan pada umurnya, dilimpahi rezeki yang banyak dan baik serta mendapat keturunan yang baik serta soleh.Ishu mengancam Yaakub yang ia pada suatu masa nanti bahawa zuriatnya akan membinasakan keturunannya kelak. la juga menunjukkan sifat bangganya di hadapan Yaakub kerana berjaya memiliki isteri-isteri yang cantik serta ramai anak. Sedang Yaakub pula tidak mempunyai isteri dan anak, apa lagi harta benda, langsung...

KEHIDUPAN YANG SEDERHANA

Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda:"Kezuhudan merupakan pertaruhan bagi seorang mukmin." Baginda s.a.w. pernah berkata:"Allah s.w.t. telah menawarkan kepadaku hendak menukarkan bukit-bukau diMekah menjadi emas tetapi aku menadahkan tangan ku kepadaNya sambil berkata:"Ya Allah, aku suka makan pada satu hari dan berlapar pada hari berikutnya supaya aku dapat mengingatiMu apabila lapar dan memuji-mujiMu serta mensyukuriMu apabila kenyang."Pada suatu ketika Nabi Muhammad s.a.w.telah berpisah selama sebulan daripada isteri-isterinya kerana salah seorang daripada mereka telah menyinggung perasaannya. Selama sebulan Baginda s.a.w.  tinggal berseorangan dalam sebuah bilik....

Thursday, 20 October 2011

Kenapa pakai tudung besar-besar ya? tak rimas?

Pada suatu petang....berhampiran surau Fakulti Perakaunan, UUM.Seusai solat, saya mengambil tempat di sisi seorang perempuan melayu yang tidak bertudung. Sambil saya membetul-betulkan lipatan tudung, perempuan di sebelah saya menegur." Awak, boleh saya tanya?""Hmm, iya..boleh" Jawab saya sambil tersenyum."Kenapa awak pakai tudung besar-besar ya..tak rimas ke?" Dia bertanya.Saya terdiam. Tak menyangka, itu soalannya. "Tapi kenapa ya?""Tak ada apa-apa..saja nak tahu, sebelum ni tertanya-tanya sendiri je" Dia menjawab. Kelihatan dia benar-benar ingin tahu.Saya tersenyum. Fikiran ligat berputar mencari jawapan yang sesuai. Lama merenung jauh, akhirnya tercerna satu idea." Hmm...sebelum saya jawab soalan tu, saya nak tanya awak dulu,boleh?"Dia mengangguk"Kenapa...

Wednesday, 19 October 2011

SAYANG…BAHAGIAKAH KITA?

Sayang.. moga bahagia yg dikecapi, kekal hingga ke Syurga.. AmeenSepasang suami isteri sedang menaiki basikal pada suatu petang. Suami di hadapan, manakala isterinya membonceng di belakang. Mereka melalui jalan berhadapan sebuah vila. Kebetulan di halaman vila tersebut sedang duduk pemilik dan isterinya sambil santai-santai minum petang.Tiba-tiba pandangan kedua-dua pasangan suami isteri itu bertembung. Pasangan suami isteri yang sedang bersantai di halaman vila merenung pasangan suami isteri yang sedang berbasikal melalui hadapan vilanya.Walaupun hanya seketika berpandangan tetapi hati mereka sempat berbicara…“Alangkah bahagianya mereka,” bicara hati suami yang sedang menunggang basikal. “Rumah besar, duduk bersantai pula dengan menikmati...

Thursday, 13 October 2011

Cara Rasulullah SAW jaga kesihatan

Cara Rasulullah SAW jaga kesihatan. ♥ bangun sebelum subuh ♥ jaga kebersihan ♥ tak makan berlebihan ♥ gemar berjalan kaki ♥ tak pemarah ♥ optimis dan tak putus asa ♥ tak iri hati ♥ pem...

Monday, 10 October 2011

TIDURLAH ANAKKU SAYANG

Sayu hati, melihatkan wajah - wajah suci yang tidak berdosa ini.. moga berbahagia lah mereka di sana.. Ameen..tidurlah wahai anakku pejamkanlah matamulupakan hal dunia ininanti kita bermain lagisyurga yang indah sedang menggamit dan menantimu di sanaHamparan indah buatmu kekasih Allahdan beburung hijau bertebangan di angkasadi mulut mulut mereka bercahaya gemilang bak mentaribersama rahmat Allah sentiasa mengiringi merekadunia ini hanyalah sepintas lalu buatmubagai satu mimpi tanpa sebarang kenyataantiada harapan mampu diikutiyang ada hanya janji janji palsudunia yang dipenuhi dengan khayalan andaikata kau berada di siniia akan merosakkan akal keremajaanmudunia tipu daya yang mengelilingimu bagaikan serigalayang akan membawamu ke jalan kesesatananakku...

Monday, 3 October 2011

MENGGATIH KEHIDUPAN

ما عندكم ينفد وما عند الله باق ولنجزين الذين صبروا أجرهم بأحسن ما كانوا يعملون"Apa yang ada padamu akan hilang lenyap, dan apa yang ada pada Allah adalah kekal.Dan kami pasti akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka kerjakan. "Surah al-Nahl ayat ...

Page 1 of 751234567Next

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Powerade Coupons