Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda:"Kezuhudan merupakan pertaruhan bagi seorang mukmin." Baginda s.a.w. pernah berkata:"Allah s.w.t. telah menawarkan kepadaku hendak menukarkan bukit-bukau diMekah menjadi emas tetapi aku menadahkan tangan ku kepadaNya sambil berkata:"Ya Allah, aku suka makan pada satu hari dan berlapar pada hari berikutnya supaya aku dapat mengingatiMu apabila lapar dan memuji-mujiMu serta mensyukuriMu apabila kenyang."
Pada  suatu ketika Nabi Muhammad s.a.w.telah berpisah selama sebulan daripada  isteri-isterinya kerana salah seorang daripada mereka telah menyinggung  perasaannya. Selama sebulan Baginda s.a.w.  tinggal berseorangan dalam  sebuah bilik. Suatu khabar angin yang tersebar dikalangan para sahabat  mengatakan Nabi Muhammad s.a.w. telah menceraikan isteri-isteri Baginda  s.a.w.. 
Apabila  Umar r.a.hu mendengar berita angin tersebut, dia pun berlari-lari  kemasjid. Setibanya dia dimasjid ia dapati sahabat-sahabat Nabi Muhammad  s.a.w. sedang duduk termenung dan kesedihan jelas terbayang diwajah  mereka. Meninggalkan mereka,Umar r.a.hu berjalan pula kerumah anaknya  Hafsah yang menjadi isteri Nabi Muhammad s.a.w.Dia mendapati Hafsah  menangis-nangis didalam biliknya. Dia bertanya:"Mengapa kamu menangis?  Bukankah selama ini aku telah melarang kamu supaya jangan melakukan  sesuatu yang mungkin menyinggung perasaan Nabi Muhammad s.a.w.?"
Kemudian  dia berjalan kemasjid sekali lagi. Kelihatan olihnya beberapa orang  sahabat sedang menangis berdekatan dengan mimbar.Disini dia duduk  bersama-sama sahabat yang lainnya tetapi oleh kerana terlalu sedih dia  bangun lalu berjalan kearah bilik  Nabi Muhammad s.a.w. yang terletak  ditingkat atas masjid itu. Dia mendapati Rabiah, seorang hamba, sedang  menduduki tangga bilik itu. Melalui Rabiah, dia meminta izin hendak  berjumpa dengan Nabi Muhammad s.a.w.
Nabi  Muhammad s.a.w.tidak melahirkan sepatah katapun sebagai menjawab  permintaannya. Permintaannya untuk menemui Nabi Muhammad s.a.w.dibuat  beberapa kali dan hanya pada kali yang ketiga sahaja Nabi Muhammad  s.a.w. mengizinkan dia naik. Apabila ia masuk, ia dapati Nabi Muhammad  s.a.w. sedang berbaring diatas sekeping tikar yang diperbuat daripada  daun pokok tamar. Kesan-kesan tikar itu jelas kelihatan berbekas  dibadan Nabi Muhammad s.a.w.Berdekatan dengan Baginda s.a.w. terdapat  sebuah bantal yang diperbuat daripada kulit binatang dan yang disumbat  dengan kulit-kulit pohon tamar.
Umar r.a.hu bercerita: 
"Saya menyampaikan salam kepadanya lalu bertanya: 'Sudahkah Tuan menceraikan isteri-isteri Tuan?" Bagimda s.a.w. menafikan perkara itu. Saya merasa agak lega sedikit dan sambil berseloroh saya mengatakan:"Ya Rasulullah, kita kaum Quraish selamanya telah menguasai wanita-wanita kita tetapi keadaan berlainan sungguh dengan orang-orang Ansar. Mereka dikuasai wanita-wanita mereka sehingga wanita-wanita kita telah terpengaruh." Nabi Muhammad s.a.w.. tersenyum mendengar kata-kata saya yang agak lucu itu.
Selepas itu saya memerhati keadaan didalam bilik itu. Saya lihat ada tiga keping kulit binatang yang telah disamak dan sedikit barli disuatu sudut. Selain dari itu tidak ada sesuatu apa pun.
Saya lalu menangis. Nabi Muhammad s.a.w. bertanya:"Mengapa kamu menangis?" Saya menjawab:"Betapa tidak, Ya Rasulullah, saya sedih melihat bekas-bekas tikar yang Tuan tiduri dibadan Tuan dan sedih melihat keadaan bilik ini. Semuga Allah s.w.t. mengurniakan Tuan dengan bekalan-bekalan yang lebih banyak. Orang-orang Parsi dan Rumawi yang tidak menyembah Allah s.w.t. mempunyai raja yang mewah. Mereka hidup ditaman yang ditengah-tengahnya mengalir anak-anak sungai sedangkan Pesuruh Allah s.w.t. hidup didalam keadaan serba miskin."
Semasa saya mengeluarkan kata-kata tadi, Nabi Muhammad s.a.w.. sedang bersandar dibantal, Baginda s.a.w. lantas bangun dengan serta merta dan berkata: "Wahai Umar, nampaknya kamu masih didalam keraguan. Kesenangan dan keselesaan hidup yang bakal kita perolehi diakhirat nanti sudah tentu lebih baik daripada apa yang terdapat didunia ini. Kalau didunia ini mereka hidup senang dan mewah, keadaan akan berubah diakhirat kelak. Disana kita yang akan menikmati segala-galanya."
Mendengar kata-kata Nabi Muhammad s.a.w.saya berasa kesal lalu berkata:"Ya Rasulullah, berdoalah kepada Allah s.w.t. agar Dia mengampuni saya. Saya telah bersalah didalam hal ini."
Seorang  hamba Allah telah bertanya kepada Aishah mengenai tikar bantal Nabi  Muhammad s.a.w. Jawab Aishah:"Ianya terdiri dari sebuah bantal yang  diperbuat daripada kulit binatang yang diisikan dengan kulit-kulit pohon  tamar." 
Soalan  yang sama dikemukakan kepada Hafshah. Dia menjawab:"Ianya terdiri dari  sehelai kain tarpal yang dilipat dua. Pada suatu hari, untuk memberi  keselesaan kepada Nabi Muhammad s.a.w.saya telah menghamparkan kain itu  berlipat empat. Pada esok paginya itu Nabi Muhammad  s.a.w.bertanya:"Apakah yang awak hamparkan untuk saya malam tadi?" Saya  menjawab:"Kain yang sama tetapi berlainan lipatannya." Nabi Muhammad  s.a.w.berkata:"Lipatkannya seperti dahulu. Keselesaan yang bertambah itu  akan menghalangkan Tahajjud."
18:16



 Posted in:  
0 comments:
Post a Comment