Wednesday, 27 June 2012

Terjerat Oleh Cinta..

“Saya tak boleh hidup tanpa awak. Saya boleh mati kalau awak pergi. Saya tak tahu untuk apa hidup di dunia kalau awak meninggalkan saya..” Kita pasti akan terbang melayang-layang ke langit apabila seseorang pesanan text sms sebegitu kepada kita. Terasa diri begitu dipuja dan dihargai sehinggakan menjadi sebegitu penting dalam kehidupan seseorang. Kita pasti tersipu – sipu malu dan merah padam muka kerana sangat terharu, lalu mengatakan “Awak, janganla begitu..”Kita memang tidak layak meletakkan cinta kepada manusia secara berlebihan. Apatah lagi mereka yang baru mengenal cinta seperti remaja dalam melabuhkan cinta. Sebenarnya orang yang kita cintai itu biasa – biasa sahaja, tetapi kita memandangnya luar biasa kerana selalu mendengar...

Kasih Si Kecil..

Seekor anak kucing yang kecil mungil sedang berjalan-jalan di ladang pemiliknya. Ketika dia mendekati kandang kuda, dia mendengar binatang besar itu memanggilnya. “Kamu mesti masih baru di sini, cepat atau lambat kamu akan mengetahui bahawa pemilik ladang ini mencintai saya lebih dari binatang lainnya. Kerana saya mampu mengangkut banyak barang untuknya, saya kira binatang sekecil kamu tidak akan bernilai sama sekali baginya”, ujarnya dengan sinis.kucing kecil itu menundukkan kepalanya dan pergi. Tapi, dari kandang sebelah, ia mendengar suara seekor lembu. “Saya adalah binatang yang paling terhormat di sini sebab puan di sini membuat keju dan mentega dari susu saya. Kamu tentu tidak berguna bagi keluarga di sini”, dengan nada mencemuh.Belum...

Jika Masa Lalu Kelam, Bagaimana Dengan Masa Depan?

Kebanyakan orang sering mengaitkan keadaan sekarang dengan masa depannya. Apa yang terjadi sekarang akan menentukan masa depan. Apakah anda semua setuju?Dave Pelzer, seorang penulis buku bestseller menuliskan kisah hidupnya dalam triloginya yang terkenal, A Child Called It, The Lost Boy, dan A Man Named Dave. Sebelum itu, Dave menulis rangkuman kisah hidupnya dalam buku Help Yourself. Biografi Dave Pelzer menjadi terkenal kerana termasuk kategori kisah penderaan kanak-kanak terburuk di California.Kisahnya seperti ini. Selama 12 tahun pertama, Dave mengalami penyiksaan fizikal dan mental dari ibunya yang penagih alkohol. Penderitaan Dave seolah-olah tak berhujung. Dave dipaksa minum dari talang air berkarat yang bocor. Dia terpaksa...

Jacqueline Saburido Seorang Wanita Yang Sangat Tabah..

Jacqueline Saburido adalah di antara jemputan yang pernah diwawancara dalam rancangan OPRAH.Ia mengisahkan bagaimana dia telah menderita akibat kemalangan yang menimpanya. Jacqueline telah ditemui dalam keadaan melecur selepas terbakar teruk hanya dalam 45 saat sahaja. Kereta yang dipandunya telah dilanggar oleh sebuah kereta lain yang dipandu oleh remaja berusia 17 tahun dalam keadaan mabuk dalam perjalanan pulang ke rumahnya pada Disember 1999.Selepas kejadian ngeri tersebut, Jac terpaksa menjalani lebih daripada 40 kali pembedahan.Ketika di temubual dalam rancangan Oprah,Jacqueline Saburido dipertemukan dengan ibu pemandu yang melanggarnya buat pertama kali dan Jacqueline Saburido dengan rela hatinya memaafkan pemuda yang melanggarnya.Sikap...

Monday, 25 June 2012

Kenali Mursyidul Am Ikhwan Muslimin dari dahulu sehingga sekarang

Mursyidul Am Pertama:Hassan al-Banna (1928 - 1949)Lihat wajahnya,terpancar di raut wajahnya ketenangan yang mendamaikan..semangat kepemudaan di matanya dan keperibadian yang menyejukan hati-hati disekelilingnya..Satu kata-katanya yang sangat disukai :“ Andai diumpamakan ISLAM seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh,maka aku akan berjalan ke seluruh dunia bagi mencari jiwa-jiwa muda..aku tidak ingin mengutip dengan ramainya bilangan mereka. Tapi aku ingin hati-hati yang ikhlas untuk membantu dan bersamaku membina kembali bangunan using itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah.”Mursyidul Am Kedua:Hassan al-Hudhaibi (1949 - 1972)Salah seorang penulis Islam berkata mengenai beliau : “Saya melihatnya beliau adalah sosok...

Najla Ali ~ Wajah Baru Wanita Pertama Mesir…..

Najla ‘Ali atau lebih dikenali sebagai Ummu Ahmad (bersempena dengan nama anak sulungnya Ahmad) telah dilahirkan pada 1962. Beliau bakal diumumkan sebagai Wanita Pertama Mesir dalam sedikit masa lagi.Beliau berkahwin dengan Mohammad Morsi ketika berumur 17 tahun. Najla kemudiannya melanjutkan pelajarannya di bidang ‘translation’ di USA ketika menemani suaminya yang sedang melanjutkan pelajarannya di sana.Najla pernah bertugas sebagai seorang penterjemah yang begitu komited dengan ajaran Islam. Di antara sumbangan beliau di AS ialah dengan bekerja sebagai penterjemah tanpa gaji secara langsung bagi para wanita muallaf Amerika dalam pengajian mereka di Bait Thalib Muslim di Los Angeles, AS.Beliau adalah seorang isteri, ibu dan aktivis...

Sunday, 24 June 2012

Musibah Lenyap, Doapun Hilang

Saat diri dilanda musibah, barulah kita sedar akan kudrat kita sebagai hamba Allah. Kita menjadi lemah, tidak berdaya, malah hampir berputus asa terhadap apa yang menimpa kita. Agaknya, kita lupa bahawa Allah memberi ujian berdasarkan kesanggupan kita.Musibah dirasakan terlalu berat. Tidak mampu dipikul. Sampai satu tahap, kita merasakan hidup kita sudah tidak ada harapan lagi. Lalu kita duduk mengeluh pada Allah, memohon agar dihilangkan ujian itu."Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengankesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya." [2:286]"Ya Allah.. mengapa aku diuji dengan musibah ini? Sesungguhnya aku tidak berdaya menanggungnya....

Al-Quran Yang Kita Abaikan

Setelah belasan atau puluhan tahun kita hidup, bagaimanakah interaksi kita dengan al-Quran? Bagaimanakah kualiti bacaan al-Quran kita?Bagaimanakah pula dengan penghayatan kita terhadap apa yang ditulis dalam al-Quran? Sejauh manakah kita merasakan bahawa al-Quran itu hidup dalam hati kita, dan hidup kita secara keseluruhannya adalah berpandu kepada acuan al-Quran?Persoalan-persoalan ini mungkin akan menimbulkan jawapan-jawapan yang kurang memuaskan atau mungkin mengecewakan.“Eh, aku dah khatam dah waktu darjah 5 dulu tau!”.“Takpelah, aku tak pandai sangat baca Quran, segan la nak tadarus”.“Kalau ada masa lapang aku baca la Quran”.“Ye ke Quran ni lengkap?”.“Alah, aku baca je, tak pernah tengok pun maknanya. Takpe, dapat pahala jugak”.“Dah...

Saturday, 23 June 2012

ASAL USUL KEJADIAN MANUSIA

Betapa payahnya malaikat meminta tanah dari bumi… Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam, Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi , bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi khuatir Adam jadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Tuhan, ia tidak dapat berbuat apa-apa, mendengar sumpah bumi. Begitulah seterusnya, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi masih sama dan selepas itu Allah memerintahkan malaikat Israfil, tetapi malangnya jawapan bumi masih tidak berganjak, dan masing-masin kembali dengan tangan yang hampa. Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke...

Wednesday, 20 June 2012

SAYANGI DIRI SEBELUM MENYAYANGI ORANG LAIN

Selagi kita manusia selagi itu kita berbeza. Islam mengiktiraf perbezaan. Perbezaan bukan semestinya satu pertentangan. Perbezaan adalah rahmat kerana sudut pandang yang berbeza itu memberikan satu perspektif yang lebih holistik. Setiap individu, kelompok… pasti ada titik butanya masing-masing. Apa yang dilihatnya jelas, mungkin kabur pada pandangan orang lain. Manakala ada yang dilihatnya kabur, jelas pula pada pandangan orang lain. Dengan menggabungkan pelbagai sudut pandang, ufuk pandangan kita akan lebih luas. Dan ini mengurangkan sikap prajudis dan ketaksuban.  Manfaatkan persamaan. Uruskan perbezaan. Apapun, adab dan akhlak dalam berbeza pandangan itu sangat penting dan utama dipertahankan. Adab itu lebih utama dipertahankan...

Monday, 18 June 2012

Jom kenali Presiden baru Mesir..Dr Mohamed Morsy

- Dilahirkan pada Ogos 1951, di wilayah Syarqiyyah.- Dia, isteri dan 5 orang anaknya merupakan penghafal al-Quran- Menerima Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dari Universiti Kaherah pada tahun 1975.- Master dalam Kejuruteraan Metalogi dari universiti yang sama pada tahun 1978.- PhD dalam bidang kejuruteraan dari Universiti Southern California, 1982.- Bekerja sebagai pensyarah, pembantu, dan pengganti di Fakulti Kejuruteraan, Universiti Kaherah,- Pengajar dan pembantu di University of Southern California,- Profesor dan pembantu di Universiti Ridge Utara di Amerika Syarikat di California antara tahun 1982-1985.- Ketua Jabatan Bahan Sains, Fakulti Kejuruteraan Universiti Zagazig tahun 1985 - 2010.- Pakar penyelidik bahan di bidang industri Mesir.-...

Umat Islam Di Myanmar Di Seksa

Sekiranya kita melakukan tinjauan di kalangan umat islam hari ini dan bertanya mengenai umat Islam yang tertindas, nescaya kita akan mendapat jawapan Palestin, Afghanistan, Iraq, Chechnya dan sebagainya. Namun tidak ramai di kalangan kita yang menginsafi terhadap permasalahan umat Islam Rohingya.Selama beberapa dekad, orang-orang Rohingya telah menjadi mangsa pelanggaran hak asasi manusia yang sistematik dan meluas di tangan junta tentera Myanmar (Burma).Dalam satu laporan terbaru yang dikeluarkan oleh Pusat Hak Asasi Manusia Ireland (ICHR), seorang pakar undang-undang hak asasi manusia antarabangsa mendakwa bahawa kekejaman massa yang dilakukan oleh kerajaan junta tentera terhadap minoriti Rohingya yang tinggal di daerah Barat Myammar...

Sunday, 17 June 2012

Kisah Wanita Yang Sangat Sabar (Sedih!)

Kisah tentang seorang wanita yang telah kehilangan seisi keluarganya dalam satu malapetaka tetapi masih lagi tersenyum dan tenang.Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Di waktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya. “Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu, tidak lain ia pasti kerana wanita itu tidak pernah risau dan bersedih hati”, katanya.Wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, “Apakah katamu hai saudaraku? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan tiada seorang pun yang mengetahui hal ini.”Abu Hassan bertanya, “Bagaimana hal yang merisaukanmu?”...

Saturday, 16 June 2012

ORANG IKHLAS TERTINDAS?

Ramai yang mengeluh, bukan kecewa, tetapi sekadar meluahkan rasa… betapa kebaikan dipersia. Isteri yang setia, dipersiakan suami. Suami yang baik, ditinggalkan isteri. Ibu-bapa yang dipinggirkan anak-anak… Inilah warna kehidupan yang kita perlu hadapi. Langit tidak selalu cerah. Hidup tidak sentiasa indah. Dipergilirkan antara senang dan susah, agar di hati kita ada sabar dan syukur. Umpama malam dan siang, barulah tercipta keharmonian, keseimbangan…Lalu di pagi Jumaat ini, saya tulis satu kisah lama… sekadar untuk mengingatkan diri dan pembaca. Satu tulisan untuk membujuk hati sendiri atas satu pertanyaan, orang ikhlas tertindas? Atau soalan yang lebih “dalam” dan sukar  daripada itu… benar-benarkah kita orang yang ikhlas...

Tuesday, 12 June 2012

Salahkah Lewatkan Solat Untuk Bekerja?

Peringatan besar buat para pekerja di dunia ini !!Sekiranya telah masuk waktu solat, BERHENTI BUAT KERJA seketika !!BERHENTI BUAT KERJA seketika !!Fokuskan tumpuan anda untuk laksanakan Solat !!“Tapi aku busy, aku kena siapkan kerja dulu ! kalau tak siap, macam mana nak dapat rezeki untuk sara family aku? Lagipun,banyak masa lagi.. nanti aku solatlah..”Sampai hati anda mengeluarkan kata-kata sebegitu!!Anda Lupakah?! Siapa yang beri REZEKI @ KEJAYAAN ?? “ ALLAH !! ”Ya.. Sudah pasti !! Allah yang Maha Kaya itulah yang memberi rezeki kejayaan buat para pekerjaNya. Maka,solatlah.. وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا لَا نَسْأَلُكَ رِزْقاً نَّحْنُ نَرْزُقُكَ وَالْعَاقِبَةُ لِلتَّقْوَى“Dan perintahkanlah keluargamu mendirikan...

Sunday, 10 June 2012

Jentikan Kasih

Masih teringat ketika masih kanak-kanak di kampung dahulu. Apabila hujan lebat, kita begitu seronok bermain air. Tidak kira di tepi sungai atau berhampiran tali air. Kita ketawa, gembira dan terjerit-jerit dengan kawan-kawan.Tetapi tidak lama… ibu akan datang dengan ranting kayu menyuruh kita pulang. Kalau tetap berdegil, kita akan menerima habuan. Apalagi, kita pun menangis. Sewaktu itu kita tertanya-tanya, mengapa ibu menghalang kita berseronok-seronok?Kini kita telah dewasa, kenangan itu masih basah dalam ingatan. Kita tersenyum. Kenangan itu adalah bukti kasih sayang ibu. Sekarang kita faham, ibu melarang kerana kasih. Ibu merotan kerana sayang. Bukan kerana ibu cemburu, jauh sekali benci apatah lagi untuk mendera. Ibu nampak...

Page 1 of 751234567Next

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Powerade Coupons