
Sumber FotoSaya adalah di antara mereka yang tidak meminati matapelajaran sejarah, semenjak berada di bangku sekolah rendah.Saya adalah generasi yang pernah menduduki Peperiksaan Penilaian Darjah Lima. Ketika itu kami belajar subjek Sejarah dan Geografi.Saya pun terlelap semasa menjalani peperiksaan Sejarah di peringkat SRP. Meskipun mendapat A, ia tiada erti yang besar kepada saya sebab belum mampu menghayatinya. Saya tidak faham apa pentingnya mengingati tarikh, dan mengapa cerita-cerita bagaikan tiada kesinambungan. Apatah lagi pada zaman saya itu, semua soalannya dalam bentuk objektif. Meminjam semula istilah kami pada zaman pesekolahan, "Boleh cuba-cuba tembak jawapannya."Sepanjang pengalaman saya mengajar dalam kelas-kelas formal,...