Wednesday, 17 December 2014

ANAK-ANAK DAN SKRIN

Kita sekarang berada dalam zaman lambakan skrin yang pelbagai. Baik dari segi teknologi yang digunakan, kualiti yang dipaparkan, mahupun dari segi saiz dan harga yang ditawarkan. Ada pengguna yang inginkan skrin yang besar-besar buat tontonan seisi keluarga, ataupun buat tontonan pengunjung restorannya. Ada pula pengguna yang inginkan skrin bersaiz kecil, supaya dia boleh menonton bila-bila masa dan di mana sahaja.Teknologi membawa perubahan dan menyebabkan hidup menjadi lebih pantas. Apabila menyebut tentang teknologi, kita biasanya teringat akan kepintaran manusia. Kita teringat kepada nama-nama tokoh yang mencipta peralatan teknologi itu. Kita terlupa, sebenarnya Allah-lah yang membuka jalan kepintaran itu kepada manusia, sesuai dengan zaman dan kesungguhan mereka. Kita lupa kepada...

Monday, 15 December 2014

MEMBELEK HELAIAN AL-QURAN YANG DIBASAHKAN SEDIKIT DENGAN AIR LIUR

 SOALAN :Assalamualaikum, Benarkah perbuatan membelek helaian al-Quran dengan bantuan air liur itu haram? Apakah dalil yang mengatakan ia haram? JAWAPAN :Waalaikumussalam.Kata ulama' :حسن السُّؤَالِ نِصْفُ الْعِلْمِ  Soalan yang baik / pandai bertanya itu sebahagian daripada ilmu.بسم الله الرحمن الرحيمAmalan ini biasa dilakukan oleh orang-orang tua kita dahulu, apabila mereka mengaji al-Quran. Adapun kita sekarang, jarang kita melakukannya, apatah lagi rata-rata kita yang ber'whatsapp' biasanya memiliki al-Quran digital, tidak dibelek helaiannya dengan cara begitu.Yang pasti, air liur manusia suci, bukan najis.Persoalan pokok dalam perkara ini ialah : Adakah perbuatan itu tidak sopan terhadap al-Quran?Tidak ada dalil khusus dari nas dalam perkara ini. Walau bagaimanapun,...

Saturday, 6 December 2014

PENGIKTIRAFAN

Sekali sekalakau akan merasaipenat lelah tak dihargainama dijaja meratakerana sebab yang tak diketahuimemadam segala jasa yang pernah dikerahyang telah diperas.Jangan menangis!Adakah kau lakukan kerana manusia?Atau menagih secangkir pahala dariNya?Tatkala manusia lupajangan engkau sesekali berputus asaDia, Tuhan Yang Maha Kayatidak menghantar kita ke duniadengan sebab yang sia-sia.Kerana hidup ini sebentar,buatlah apa yang lebih uta...

Friday, 7 November 2014

TELEKUNG LYCRA?

Soalan : Apakah hukum memakai kain telekung lycra semasa solat? Adakah benar tidak sah solat dengan memakainya kerana nampak susuk badan?Jawapan :بسم الله الرحمن الرحيمTelekung lycra menjadi pilihan wanita, pada pandangan kita, ialah kerana faktor cuaca di tempat kita. Apatah lagi jika seseorang wanita itu sedang berbadan dua, ataupun sedang di ambang menopause. Mereka ingin beribadah dengan selesa, lalu ingin memilih jenis kain yang selesa dipakai.TELEKUNG BUKAN SYARAT SAH SOLATSelalu kita sebutkan, memakai telekung bukankah suatu kewajipan. Syarat sah solat itu ialah menutup aurat, bukan memakai telekung solat. Pakaian untuk solat tidak semestinya berwarna putih, tidak semestinya kosong tanpa corak. Jika pakaian harian kita sudah bersih, cukup syarat menutup aurat, longgar, kita boleh...

Wednesday, 22 October 2014

NABI 'ISA ITU, HAMBA ALLAH DAN UTUSAN-NYA

Soalan :Seorang Kristian di negara Barat telah memeluk Islam dalam satu majlis. Beliau mengucapkan dua kalimah syahadah, tetapi selepas itu menambah (diajarkan kepadanya agar menambah sebutan) iaitu 'Dan 'Isa itu hamba-Nya serta pesuruhNya.'Persoalannya, bolehkah dua kalimah syahadah ditambah begitu?Jawapan :Alhamdulillah.Islam berkembang baik, di Timur, mahupun di Barat. Dalam banyak keadaan, umat Islam di sana berdakwah lebih baik daripada kita, dengan persediaan ilmu dan peralatan yang cukup, antara lain kerana mereka memahami tingginya nilai akidah yang benar, masyarakat mereka rencam dan mereka telah terbiasa dengan budaya ilmu.DUA KALIMAH SYAHADAH, TIDAK BOLEH KURANG, TIDAK BOLEH LEBIHSyahadah memang ada dua komponen, dua kalimah, sepertimana...

Sunday, 6 July 2014

MEMANFAATKAN PELUANG RAMADAN DENGAN TADABBUR AL-QURAN

Assalamualaikum.Soalan :Bagaimana sepatutnya saya membaca al-Quran dalam bulan Ramadan? Saya kurang lancar membacanya, serta sibuk pula. Hampir mustahil saya dapat khatam dalam Ramadan ini. Dalam majlis khatam al-Quran yang pernah saya ikuti, kami pun hanya membaca sedikit sahaja setiap seorang, mengikut kumpulan. Saya berasa iri hati kepada mereka yang lancar membaca, apatah lagi yang dapat faham maknanya. Betulkah apa yang saya rasa?Jawapan :Tahniah, kerana hasrat mulia itu menandakan kita selangkah lagi mendekati al-Quran. Walaupun puan ada keterbatasan dari segi keupayaan membaca dengan lancar dan juga dari segi keluangan masa, puan masih ada hasrat untuk membaca al-Quran dengan sebaiknya dalam Ramadan.1. Iri hati yang baik Iri hati yang...

Monday, 28 April 2014

IBU, APA MAKNA 'ALLAHYARHAM?'

Sesekali, anak kita tentu akanbertanya tentang kematian.Pixomar : FreeDigitalPhotos.netKematian, meskipun ingin sekali kitajauhi, ia tetap berlaku di sekeliling kita, dan dapat dijangkau pula olehanak-anak kita. Jika tidak kelmarin, barangkali hari ini. Jika tidak hari ini,mungkin esok. Itulah yang selalu Allah sebut dalam al-Quran, antaranya dalamayat 26 dan 27 Surah al-Rahman.Saya mengucapkan terima kasih kepadaibu-ibu yang sudi berkongsi dialog dan soalan anak-anak. Adakalanya lucu.Banyak pula yang mengesankan jauh ke dalam hati, malah membuka minda kitasebagai ibu dan bapa.Kerana anak-anak itu bersih, danmereka bertanya kerana benar-benar ingin tahu.Pixtawan : FreeDigitalPhotos.netSoalan-soalan anak tetap perludiusahakan...

Page 1 of 751234567Next

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Powerade Coupons