Thursday, 27 August 2015

NIAT PUASA SUNAT SELEPAS SUBUH DAN SYARATNYA

Soalan : Seseorang yang melazimi puasa sunat Isnin dan khamis terlupa bahawa hari tersebut ialah hari khamis.  Dia beranggapan hari itu hari Rabu. Kelaziman minum pagi sebelum subuh tetapi dia mungkin minum sedikit air selepas solat subuh. Hanya pada ketika beliau dlm perjalanan membeli sarapan (7.30 pagi) dan melihat kakitangan kerajaan berbaju batik, baru terdetik hari khamis kah hari ini?Bolehkah dia meneruskan untuk berniat puasa sunat pada hari itu?Jawapan :بسم الله الرحمن الرحيمPerbezaan di antara puasa sunat dengan puasa wajib ialah puasa sunat dibolehkan niat pada siangnya jika tiba-tiba seseorang itu hendak berpuasa, ataupun terlupa niat pada malamnya, dengan syarat dia BELUM makan dan minum pada hari itu, iaitu bermula selepas terbit fajar sadiq ataupun selepas masuk waktu...

Sunday, 23 August 2015

PERLUKAH BELAJAR SECARA BERSANAD?

بسم الله الرحمن الرحيمMUQADDIMAH# Sepanjang peristiwa banjir ini, banyak pengajaran yang boleh kita ambil, sementelah banyak berita dan maklumat palsu yang diterima, kemudian terus disebarkan.Dari Kelantan diisytihar darurat, orang hilang belum ditemui dikatakan sudah diuruskan jenazahnya, sehinggalah tersebar nombor ahli penyelamat, yang rupa-rupanya mereka adalah mangsa banjir. Begitu pantas sampai ke pengetahuan orang ramai. Sekali butang 'send' ditekan, ia umpama arus banjir yang deras, tak dapat ditahan-tahan lagi.Asalnya perlu berhati-hati ; menyaring mana yang betul, mana yang palsu. Namun hal ini dilupakan, kerana masing-masing merasakan dia sedang membantu dengan menyebarkan.Walhal, kepalsuan maklumat yang tersebar itu, sebenarnya...

Friday, 21 August 2015

DRAF NOTA MENGAJI SURAH AL-INSAN

KANDUNGAN RINGKAS SURAH⏰Ayat 1-3Surah ini dimulakan dengan bicara tentang permulaan kejadian insan, dibekalkan dengan pendengaran dan penglihatan, dan ditunjukkan jalan : kemudiannya insan pun terbahagi kepada dua golongan, yang bersyukur dan yang kufur. Seterusnya diberitakan tentang balasan untuk orang yang bersyukur dan orang yang kufur.⏰ Ayat 4-6Bagi yang kufur, diceritakan ringkas balasannya : rantai kaki, belenggu tangan rantainya bersambung ke tengkuk, dan dibakar dengan api neraka.Sedangkan bagi yang bersyukur,  (kontras dengan yang kufur), mereka dapat minum dalam gelas, minuman yang bercampur dengan kafur, tersedia dalam mata air yang dapat disalirkan ke kediaman mereka mengikut keperluan mereka sendiri.⏰Ayat 7-11Kemudian dipuji...

Sunday, 9 August 2015

BERAKIT-RAKIT KE HULU, BERENANG-RENANG KE TEPIAN

"Mematuhi perintah Allah dan perintah Rasulullah saw zahirnya tampak susah, namun kesusahan itu umpama setitis air, sedangkan kesenangan yang ada di belakangnya umpama sebuah lautan...Sedangkan mengikut syahwat dan meninggalkan perintah Allah dan RasulNya pula zahirnya tampak senang, namun kesenangan itu umpama setitis air, sedangkan kepayahan yang tersembunyi di sebaliknya umpama sebuah lautan.Cahaya ilmu, cahaya hidayah, tidak akan didapati melainkan dengan cara MUJAHADAH, sedangkan maklumat, insan akan memperolehinya dengan apa cara sekalipun.""...Ilmu tanpa usaha akan menerbitkan jadal, ilmu dengan usaha mewarisi amal dan keharuan di dalam jiwa."Mawsu'ah Fiqh al-Qulub, halaman 7-8.Hadir pada saat-saat umat Islam berada di persimpangan,...

Friday, 7 August 2015

BERPUASA SUNAT 6 SYAWAL PADA HARI JUMAAT SAHAJA, BOLEHKAH?

Dimakruhkan puasa hari Jumaat sahaja sekiranya kita berpuasa sunat.Hikmah larangan ialah kerana Jumaat adalah 'hari raya' mingguan bagi umat Islam. Oleh kerana itu, dilarang menjadikan Jumaat sebagai hari berpuasa secara khusus.Melakukan puasa sunat 6 hari dibulan Syawal, kerana ia puasa sunat, maka ia termasuk dalam larangan ini. Oleh itu, jika hendak berpuasa sunat Syawal pada hari Jumaat, puasalah juga sehari sebelumnya ataupun sehari selepasnya.Dikecualikan (tidak menjadi makruh) jika hari Jumaat itu jatuh kepada hari memang disunatkanpuasa seperti hari 'Asyura' (10 Muharram) ataupun hari Arafah (9 Zulhijjah), ataupun jika seseorang itu memang selalu puasa sunat selang sehari.Jika puan berpuasa ganti dengan harapan mendapat juga pahala...

Page 1 of 751234567Next

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Powerade Coupons