
Soalan : Saya mendapat maklumat bahawa ada larangan yang mengatakan bahawa daging korban yang telah disimpan lebih dari 3 hari tidak boleh dimakan lagi (haram dimakan) tetapi mesti dibahagikan. Benarkah?Jawapan : Memang terdapat hadith yang sahih di mana Nabi Muhammad saw melarang menyimpan daging korban lebih daripada 3 hari. Namun hukum itu sudah mansukh, kerana wujud hadith sahih lain yang menyatakan Nabi Muhammad saw membenarkan daging korban disimpan lebih daripada 3 hari. Inilah pandangan jumhur ulama'.Kata Ibn Qudamah dalam kitab al-Mughni : Ali (dan Ibn Umar) ra hanya sempat mendengar hadith yang melarang, tetapi tidak sampai kepada mereka hadith yang membenarkan selepas daripada itu. Perkara yang sama telah disebut...