Assalamualaikum. Soalan : Bolehkah wanita dalam haid dan nifas memotong kuku dan rambut?Jawapan Ringkas : - Kepercayaan bahawa wanita haid dan nifas tidak boleh memotong kuku dan rambut adalah TIDAK BERASAS, seperti percaya kuku dan rambut tersebut datang menuntut di akhirat kerana tuannya tidak mencucinya. Ia berasal daripada hadith palsu. - Tiada nas al-Quran mahupun hadith menyatakan syariat melarang wanita haid dan nifas memotong kuku ataupun rambut. - Jika kita belajar Fiqh Wanita dalam tajuk 'perkara yang dilarang dilakukan oleh wanita haid dan nifas', memotong kuku dan rambut TIDAK TERMASUK dalam senarai larangan.- Hadith yang sahih menunjukkan bahawa Nabi Muhammad saw menyuruh 'Aisyah ra menyikat rambut dalam haid, bererti pasti akan ada rambut yang gugur bersama...