Saturday, 5 March 2016

MEMOTONG KUKU DAN RAMBUT SEMASA HAID DAN HADATH BESAR


Assalamualaikum. 





Soalan : 





Bolehkah wanita dalam haid dan nifas memotong kuku dan rambut?











Jawapan Ringkas : 





- Kepercayaan bahawa wanita haid dan nifas tidak boleh memotong kuku dan rambut adalah TIDAK BERASAS, seperti percaya kuku dan rambut tersebut datang menuntut di akhirat kerana tuannya tidak mencucinya. Ia berasal daripada hadith palsu. 





- Tiada nas al-Quran mahupun hadith menyatakan syariat melarang wanita haid dan nifas memotong kuku ataupun rambut. 





- Jika kita belajar Fiqh Wanita dalam tajuk 'perkara yang dilarang dilakukan oleh wanita haid dan nifas', memotong kuku dan rambut TIDAK TERMASUK dalam senarai larangan.





- Hadith yang sahih menunjukkan bahawa Nabi Muhammad saw menyuruh 'Aisyah ra menyikat rambut dalam haid, bererti pasti akan ada rambut yang gugur bersama sikatan tersebut. Tiada arahan daripada baginda agar rambut yang gugur ketika haid dikumpul dan dibasuh.





- Demikian juga orang yang berjunub, tidak mengapa jika memotong kuku sebelum mandi. Tidak perlu basuh kuku yang telah dipotong itu.





- Kesemua sunan fitrah boleh dilakukan apabila perlu semasa haid, nifas dan junub tanpa kecuali.





- Untuk mengatakan sesuatu itu haram ataupun makruh, para ulama' memerlukan dalil yang jelas. Tiada dalil yang thabit dalam perkara ini, maka mereka mengatakan wanita dalam haid dan nifas BOLEH memotong kuku dan rambut. 





Persoalan memilih masa yang lebih baik, itu persoalan lain. 





يسروا ولا تعسروا


والله أعلم

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Powerade Coupons