Assalamualaikum.Adakah orang daimul hadath boleh solat jama' Zuhur dan Asar dengan satu wudhu'?Dari segi niat, adakah orang daimul hadath perlu niat untuk mengangkat hadath kecil, ataupun perlu niat berwudhu' untuk mengharuskan solat?Mohon pencerahan.Waalaikumussalam.Ada dua masalah berbeza di sini. Niat wudhu' dan wudhu' orang daimul hadath. 🔴1. Niat Wudhu'🔸Orang yang sudah ada masalah, sepatutnya diberi pandangan yang mudah dalam fiqh. Apatah lagi dalam bab niat wudhu'.Niat sebenarnya sangat mudah, sehingga tiada perincian khusus tentang niat daripada Nabi saw. Maka, Fiqh Sunnah membantu dalam masalah ini.🔸Syeikh Abdul Rahman Nasir al-Sa'di, pengarang kitab Bahjah Qulub al-Abrar membahagikan niat kepada dua. Pertama ialah نية العمل iaitu niat amalan dan kedua ialah نية المعمول له...