
🔴 SOALAN : BAGAIMANAKAH CARANYA KITA HENDAK SOLAT SUNAT ZUHUR 4 RAKAAT?🔴JAWAPAN :A. Solat Rawātib Muakkadah🔸Solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu dinamakan sebagai solat sunat rawātib. Solat sunat rawātib ada yang muakkadah, dan ada yang ghayr muakkadah. Sunat muakkadah bermakna Nabi Muhammad saw selalu melaziminya.Manakala sunat ghayr muakkadah ialah amalan yang ada kalanya Nabi Muhammd saw melakukannya, ada kalanya baginda saw tidak mengerjakannya. Oleh kerana itu, sunat muakkadah amat ditekankan dan amat dituntut agar kita menunaikannya, kerana selain fadilatnya besar, kita mendapat pahala ittiba’, iaitu mengikut Nabi Muhammad saw yang hampir-hampir tidak pernah meninggalkannya.🔸Berdasarkan hadith yang sahih, solat...