Saturday, 30 June 2018

SOLAT SUNAT ZUHUR 4 RAKAAT DAN CARA MENUNAIKANNYA


🔴 SOALAN : 





BAGAIMANAKAH CARANYA KITA HENDAK SOLAT SUNAT ZUHUR 4 RAKAAT?





🔴JAWAPAN :





A. Solat Rawātib Muakkadah





🔸Solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu dinamakan sebagai solat sunat rawātib. Solat sunat rawātib ada yang muakkadah, dan ada yang ghayr muakkadah.  





Sunat muakkadah bermakna Nabi Muhammad saw selalu melaziminya.






Manakala sunat ghayr muakkadah ialah amalan yang ada kalanya Nabi Muhammd saw melakukannya, ada kalanya baginda saw tidak mengerjakannya. 





Oleh kerana itu, sunat muakkadah amat ditekankan dan amat dituntut agar kita menunaikannya, kerana selain fadilatnya besar, kita mendapat pahala ittiba’, iaitu mengikut Nabi Muhammad saw yang hampir-hampir tidak pernah meninggalkannya.





🔸Berdasarkan hadith yang sahih, solat sunat Zuhur muakkadah ialah :


  1. 4 rakaat sebelum Zuhur 

  2. 2 rakaat selepas Zuhur






B. Dalil Hadith Sahih 4 Rakaat Sebelum Zuhur





🔸Dalam Sahih al-Bukhari, Aisyah ra dengan jelas meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad saw selalu tidak tinggalkan solat sunat 4 rakaat sebelum Zuhur.














Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari, diletakkan dalam Kitab al-Tahajjud/Abwab al-Tatawwu’, Bab Solat Sunat Zuhur 2 rakaat. Hadith sebelumnya ialah hadith riwayat Abdullah bin ‘Umar.





Manakala dalam Sahih Muslim,  ada  hadith lain, juga daripada ‘Āisyah ra. : 





عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ شَقِيقٍ، قَالَ سَأَلْتُ عَائِشَةَ عَنْ صَلاَةِ، رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم عَنْ تَطَوُّعِهِ فَقَالَتْ كَانَ يُصَلِّي فِي بَيْتِي قَبْلَ الظُّهْرِ أَرْبَعًا ثُمَّ يَخْرُجُ فَيُصَلِّي بِالنَّاسِ ثُمَّ يَدْخُلُ فَيُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ 





Maksudnya :


Abdullah bin Syaqiq melaporkan bahawa dia bertanya kepada ‘Aisyah ra tentang solat sunat Rasulullah saw. Jawab ‘Aisyah :


‘Baginda saw selalu solat (sunat) di rumah saya 4 rakaat sebelum fardhu Zuhur, kemudian keluar solat (fardhu Zuhur) bersama orang ramai. Kemudian baginda masuk ke rumah lalu menunaikan solat (sunat selepas Zuhur) 2 rakaat...’





(Sahih Muslim, Kitab Solah al-Musāfirīn wa Qasriha, Bab Jawāz al-Nāfilah Qāiman wa Qā’idan, wa Fi’li Ba’di al-Rak’ah Qāiman wa Ba’diha Qā’idan).





Hadith ‘Aisyah ra  ini juga menjadi dalil bahawa solat sunat rawātib lebih afdal dikerjakan di rumah berbanding di masjid.





🔸Amalan melazimi solat sunat 4 rakaat sebelum Zuhur sangat baik, kerana ada riwayat lain yang menerangkan kelebihannya, iaitu riwayat daripada Ummu Habibah ra. 















Maksudnya : Ummu Habibah melaporkan bahawa Rasulullah saw bersabda, “Sesiapa yang solat (sunat rawātib) sehari semalam sebanyak 12 rakaat, dibina untuknya rumah di dalam syurga, iaitu 4 rakaat sebelum Zuhur, 2 rakaat selepas Zuhur, 2 rakaat selepas Maghrib, 2 rakaat selepas ‘Isya’ dan 2 rakaat sebelum Subuh.”





Ketiga-tiga hadith penting dalam soal ini datang daripada 2 orang isteri Nabi Muhammad saw, iaitu ‘Aisyah ra dan Ummu Habibah ra.





🔸Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan kelebihan solat sunat rawātib 12 rakaat setiap hari, tiba-tiba terlupa ataupun ada aral yang menyebabkan dia tidak dapat melaksanakan solat sunat 4 rakaat sebelum Zuhur, dia boleh qadha’ solat 4 rakaat itu selepas solat fardhu Zuhur. 















C. Cara/Kaifiyyah Solat Sunat 4 Rakaat Sebelum Zuhur





Terdapat pelbagai pandangan ulama' dalam hal ini.





Ringkasnya, berdasarkan hadith dan taraf hadith-hadith tersebut, solat sunat 4 rakaat sebelum Zuhur dilakukan menurut urutan yang paling afdal dan seterusnya, seperti berikut :





🔸1. Paling afdal dilakukan secara 2 rakaat, 2 rakaat, dalam 2 solat berasingan, iaitu dengan 2 salam. ✅




🔸2. Dilakukan 4 rakaat sekaligus dengan 2 tasayahhud, satu salam seperti solat Zuhur. 





🔸3. Dilakukan 4 rakaat sekaligus dengan satu salam. 





Ditunaikan 4 rakaat sekaligus tanpa duduk tasyahhud awal. 





Hal ini sama seperti kita solat Witir 3 rakaat dalam kesuntukan masa, dilakukan 3 rakaat sekaligus dengan satu salam sahaja, tanpa duduk untuk bacaan tasyahhud pada rakaat kedua, sebaliknya terus bangun dari sujud untuk rakaat ketiga.





Walau bagaimanapun, cara pertama paling afdal, kerana solat sunat paling afdal dilakukan secara 2-2 rakaat. Hadith yang menyebut tentang solat sunat Zuhur 4 rakaat satu salam adalah hadith daif.





والله أعلم





Rujukan ringkas dan bacaan lanjut :













0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Powerade Coupons