Wednesday, 29 August 2018

KEPENTINGAN MENGHAYATI DOA AL-MA’THURAAT : PENGHULU ISTIGHFAR

🔴1. Al-ma’thurat adalah zikir-zikir dan doa-doa, daripada al-Quran dan hadith nabi saw.Al-ma’thurat disusun berdasarkan zikir dan doa-doa yang dianjurkan oleh nabi saw. Setiap doa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad saw ada khasiat dan kelebihan sendiri. Tidak sama nilainya dengan doa karangan kita sendiri.🔴2. Doa mesti dihayati. Memohon sesuatu kepada Allah tanpa memahami apa yang kita minta umpama menulis surat permohonan kepada seseorang tetapi tidak tahu apa yang kita mohon dalam surat itu.Doa yang dihayati lebih mudah dikabulkan Allah. Kita hamba yang lemah dan banyak dosa, mesti berdoa kepadaNya dengan penuh harap, bukan secara sambil lewa ataupun main-main.Doa adalah ibadah. Oleh itu,  memohon kepada selain daripada Allah,...

Monday, 20 August 2018

KELEBIHAN PUASA SUNAT HARI ‘ARAFAH

🔴SOALAN Benarkah puasa Hari ‘Arafah boleh menghapuskan dosa selama 2 tahun? 🔴JAWAPAN RINGKAS 📌Dimaklumi bahawa ada sedikit polemik di kalangan para ulama’ dalam membicarakan  hadith kelebihan puasa ‘Arafah.📌Ringkasnya, langgam bahasa Nabi Muhammad saw dalam hadith kelebihan puasa Hari Arafah tidak sama dengan langgam bahasa baginda saw dalam  hadith kelebihan puasa Ramadhan.Perhatikan nada pasti dalam hadith kelebihan puasa Ramadhan :من صام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه.Makaudnya :“Sesiapa yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan penuh iman dan mengharapkan pahala, diampunkan dosanya yang telah lalu.”(Sahih Bukhari, Kitab Iman, Bab Sawm Ramadan Ihtisaban min al-Iman)Manakala dalam hadith  tentang kelebihan puasa ‘Arafah, nada baginda saw berbeza...

WAKTU DOA HARI ARAFAH DI MALAYSIA

🔴SOALAN Mohon pencerahan Ustazah.Sebagaimana yang kita tahu, doa pada hari ‘Arafah adalah doa mustajab. Adakah kita di Malaysia dituntut untuk berdoa pada masa para hujjaj (orang-orang yang menunaikan haji) sedang wuquf di ‘Arafah? Ataupun kita berdoa pada hari ‘Arafah mengikut kalendar kita?🔴JAWAPAN RINGKAS📌Ulama’ berbeza pandangan sama ada kelebihan berdoa pada Hari Arafah itu khusus bagi mereka yang menunaikan haji sahaja ataupun umum untuk semua.Di kalangan mereka ada yang mengatakan bahawa yang rajih, yang lebih tepat ialah umum untuk semua.Mereka yang wuquf di Arafah dan juga mereka yang berada di negara masing-masing mendapat kelebihan mustajab doa pada Hari ‘Arafah.📌Ulama’ juga menerima perbezaan masa sesuatu tempat sebagai sebab kepada perbezaan tibanya Hari ‘Arafah,...

Sunday, 19 August 2018

PUASA ISNIN DAN HARI ‘ARAFAH

Assalamualaikum, Ustazah.Apakah status hadith kelebihan Puasa Hari Tarwiyah yang dikatakan dapat menghapuskan dosa setahun?Jika hari Tarwiyah jatuh hari Isnin dan hari ‘Arafah jatuh hari Selasa, adakah kita perlu niat puasa Hari Tarwiyah untuk puasa hari Isnin tersebut dan niat puasa Hari ‘Arafah untuk hari berikutnya? (Selasa)?Waalaikumussalam.Jawapan Ringkas :1. Banyak tulisan tentang kelebihan puasa 10 hari terawal dalam bulan Zulhijjah bercampur-campur dengan hadith palsu dan rekaan fadilat.2. Tidak ada puasa sunat sempena hari Tarwiyah secara khusus. Yang ada hanya puasa sunat hari ‘Arafah.3. Niat puasa pada hari Isnin sebelum Hari ‘Arafah itu ialah puasa sunat hari Isnin, BUKAN puasa sunat hari Tarwiyah.4. Niat puasa keesokannya...

Saturday, 18 August 2018

MOHON PERLINDUNGAN ALLAH DARIPADA KEBURUKAN PERBUATAN DIRI SENDIRI

🔴 Keburukan (شر)  boleh terhasil akibat daripada kita melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya kita lakukan. Boleh jadi juga terhasil akibat daripada kita tidak melakukan sesuatu yang sepatutnya kita lakukan.Sebagai contoh, keburukan boleh terhasil akibat kita tidak meletakkan sesuatu perkara pada konteks yang betul.Keburukan juga boleh terhasil akibat kita meletakkan seseorang pada tempat yang tidak betul.Ataupun akibat kita tidak beristighfar memohon agar Allah ampunkan dosa dan kesalahan kita.🔴 Atas kelemahan diri sebagai insan, semua orang ada kebarangkalian melakukan apa yang tidak patut dilakukan, ataupun tidak melakukan apa yang sebenarnya patut dilakukan.🔴 Nabi Muhammad saw menitipkan doa yang baik dan penting bagi kita...

Wednesday, 15 August 2018

ISLAM DALAM BIASAN POLITIK

🔴 Islam,  wajah asalnya  jernih dan indah. Allah swt memelihara dua sumber agama, iaitu al-Quran dan al-Sunnah, supaya kita sentiasa dapat melihat dan menghayati wajah asal agama yang kita cintai.🔴Kefahaman tentang Islam sering muncul dalam wajah yang ditempel, dicacatkan, digelapkan ataupun diwarnakan dengan warna yang kita inginkan. Sedangkan Islam ada warna dan cahayanya sendiri. Lebih indah dan gemerlap tanpa perlu digilap, tanpa perlu ditambah apatah lagi dikurangkan. Oleh itu, banyak disiplin yang telah digariskan oleh para ulama’ dalam memelihara keaslian dan ketulinannya. Disiplin yang digarap bagi mengawal tingkahlaku insan agar tidak melakukan sesuatu yang merosakkan kefahaman  agama.Kefahaman Islam yang...

Wednesday, 8 August 2018

SUSUKAN BAYI

📌SOALANAssalamualaikum Ustazah.Adakah benar hadith ini :📌JAWAPAN RINGKASWaalaikumussalam.🔴Ya, hadith ini thabit, berasal daripada hadith penuh yag lebih panjang. Berdosa besar bagi wanita menghalangi bayinya mendapatkan haknya. Bayi dalam keadaan lemah dan mengharapkan ihsan sepenuhnya daripada ibu.🔴Susu formula boleh diberikan jika tidak memudaratkan bayi ataupun memang diperlukan bayi, serta mendapat keizinan suami.Zaman Nabi saw ada ibu susuan. Apabila ada sebab lain dan tidak memudaratkan bayi, ia tidak dinamakan sebagai ‘menghalangi bayi.’🔴Memberikan anak-anak ‘yang fitrah’ tentulah yang terbaik, melainkan jika ada masalah.والله أ...

Saturday, 4 August 2018

SEGERAKAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA

🔴Soalan Assalamulaikum Ustazah. Apakah dalil daripada nas al-Quran dan al-Hadith yang menunjukkan bahawa perlu disegerakan pembahagian harta pusaka. Semoga Allah mempermudahkan urusan kami bagi menguruskan pembahagian pusaka nanti.Segala kerjasama ustazah saya dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.🔴Jawapan RingkasWaalaikumussalam wrt wbt.Ayat al-Quran yang paling jelas agar disegerakan pembahagian harta pusaka ialah ayat 11-12 Surah al-Nisa’. Telah ditentukan hak siapa yang berhak bagi harta si mati dengan kadarnya, tentunya mengandungi  hikmah yang besar daripada Allah swt.Antara hadith sahih yang menjelaskan hal ini ialah hadith berikut :Sabda Rasulullah saw :مَنْ تَرَكَ مَالاً فَهُوَ لِوَرَثَتِهِ.Maksudnya :“Sesiapa...

Page 1 of 751234567Next

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Powerade Coupons