Thursday, 12 September 2019

KHURAFAT SURAT BERANTAI

SOALAN : Assalamualaikum. Maaf ustazah, harap dapat kiranya ustazah beri ulasan tentang sebaran ini. Saya dahului dengan ucapan terima kasih.JAWAPAN :Waalaikumussalam.1. Tulisan tersebut bercampur baur antara kebenaran dengan kebatilan.2. Tulisan tersebut mengandungi pendustaan terhadap Nabi Muhammad saw yang dilarang dan diancam dengan neraka, sebagaimana sabda baginda saw dalam hadith yang sahih :ومن كذب علي متعمدا فليتبوأ مقعده من النارMaksudnya : "Dan sesiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja, bersedialah mengambil tempatnya dalam neraka."(Sahih al-Bukhari, Kitab Ahadith al-Anbiya', Bab Ma Dhukira min Bani Israil.)3. Tulisan tersebut sebenarnya mengandungi 2 bahagian, menggabungkan 2 tulisan yang pernah dikemukakan persoalannya...

Saturday, 15 June 2019

TINDANAN PUASA GANTI, PUASA 6 SYAWWAL, PUASA ISNIN DAN PUASA HARI PUTIH

Soalan Lanjutan :Assalamualaikum Ustazah, Sekiranya kita mahu berpuasa sunat 6 hari dalam Syawwal, pada hari Isnin ini 17 Jun 2019, yang juga jatuh pada hari Bidh 13 Syawwal 1440 H, bagaimana niat yang perlu kita buat?Jawapan Ringkas :Berdasarkan perbincangan yang panjang dalam kuliah yang lalu, yang kita ringkaskan daripada pelbagai sumber dan pandangan, termasuk syarat-syarat tadakhul, maka kesimpulannya :1. Jika puan ada puasa ganti, puan perlu niat puasa ganti qadha’ Ramadhan SAHAJA, dengan niat dan harapan Allah sudi kurniakan pahala juga untuk kelebihan 3 perkara/hari tersebut, kerana kita tinggalkan puasa dalam bulan Ramadhan kerana mematuhi perintah Allah. Amalan yang disukai Allah swt ialah amalan wajib, barulah amalan...

Thursday, 25 April 2019

BERSUMPAH DENGAN AL-QURAN

Assalamualaikum.Ada satu kes, seorang ibu mertua telah bersumpah dengan al-Quran untuk tidak mmbenarkan anak menantunya pulang menjejaki rumah. Dan si mertua akhirnya menyesal. Apakah kafarah yang dikenakan terhdap sumpah yang dibuat oleh ibu mertua tersebut.?Mohon pencerahan.📝📝📝📝📝📝📝Waalaikumussalam.Dalam Islam, sumpah dan nazar ada hukumnya tersendiri, ada dalil daripada ayat-ayat al-Quran dan hadith-hadith Nabi Muhammad saw.Sebelum kita berbincang lebih lanjut tentang masalah ini, elok kita memperingati antara sesama kita, agar tidak membiasakan diri dengan suka bersumpah. Ia dibimbangi kelak akan menyusahkan orang yang bersumpah, dan jika sudah terbiasa lidah dengan bersumpah, dibimbangi pula terjebak pula dengan sumpah palsu. Bersumpah...

Friday, 1 March 2019

BOLEHKAH BERMAIN CATUR

Assalamualaikum.Mohon pandangan ustazah tentang permainan chess.JawapanJawapan bagi persoalan bermain chess ataupun catur dirasakan sudah banyak diberikan oleh mereka yang lebih berautoriti. Ringkasnya ulama’ terbahagi kepada 3 golongan, mereka mengatakan bermain catur hukumnya :1. Haram2. Makruh3. HarusPada kita, permainan chess apabila tidak melibatkan sebarang perkara yang dilarang seperti perjudian dan melalaikan pemain daripada kewajipan, hukumnya harus.Tidak ada sebarang hadith yang thabit ataupun sahih yang boleh menjadi dalil bagi larangan bermain chess.Ramai para ulama dahulu mengharamkannya, berdasarkan hadith mawquf dan kias kepada hukum bermain dadu. Kemungkinan pada zaman mereka chess melibatkan perkara berikut :a. unsur...

Friday, 15 February 2019

Ustazah, Bumi Ini Bulat Ataupun Mendatar?

🔴 Kita beberapa kali menerima persoalan ini khususnya daripada mereka yang percaya bumi ini mendatar. Kita merasakan bahawa tidak perlu berbahas kerana mempelajari al-Quran dan al-Hadith secara berdisiplin itu lebih penting dan membuka ruang untuk kita memahami perkara ini dari perspektif al-Quran dan al-Hadith. Apabila ditanya berulangkali, maknanya mereka yang mengatakan bahawa bumi itu mendatar juga sebenarnya tidak begitu yakin dengan teori tersebut. Ini berbeza bagi mereka yang sentiasa mengikuti pengajian secara berkala dan berdisiplin serta memiliki teks rujukan pengajian. Hal ini jelas kerana ilmu wahyu sering membincangkan persoalan kejadian alam yang membuktikan kebesaran Allah. Kita akan menelusuri dari ayat ke ayat, dari...

Wednesday, 16 January 2019

Adakah Wanita Mendapat Pahala Berjemaah Apabila Ke Masjid?

🔴Assalamualaikum.Mohon pencerahan ustazah tentang kelebihan wanita ke masjid. Adakah wanita akan mendapat kelebihan seperti lelaki, ataupun kelebihannya tidak akan diperolehi oleh wanita, walaupun dia ke masjid?🔴Waalaikumussalam.Ulama’ berbeza pandangan dalam soal ini.📌Pahala berjemaahYang nyata, hadith sahih solat berjemaah lebih afdal 27 ataupun 25 darjat adalah UMUM untuk lelaki dan wanita, kerana tidak ada dalil jelas menunjukkan ia hanya diperolehi oleh lelaki, jika kedua-dua hadir solat berjemaah di masjid.Kedua-dua hadith, dengan lafaz 27 darjat dan 25 darjat, diriwayatkan dalam Sahih al-Bukhari.Perbezaan 27 dan 25 darjat itu dijelaskan oleh para ulama', bergantung kepada kualiti solat, ramainya jemaah dan kualiti jemaah solat itu.Hadith...

Page 1 of 751234567Next

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Powerade Coupons